MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Cara Login Website Public Gold

December 7, 2013

[Dikemaskini 20 Mei 2015] Dah pernah beli emas dengan Public Gold, tapi tak tahu nak login ke website untuk buat order sendiri. Ataupun dulu pernah login kali pertama menggunakan Temporary Username, tapi kali ni tak dapat login bila guna Username yang sama. Nak lock order sendiri, tapi tak tahu nak buat atau ada masalah untuk login. Nak mintak tolong dealer, tapi dealer pun kekadang tak sempat lock harga yang kita nak. Jadi, macam mana nak buat?

Ini isu teknikal biasa orang rujuk pada saya. Bagi yang tak pernah beli emas dari Public Gold, ikuti panduan di artikel saya bertajuk “Cara Mudah Beli Emas Public Gold“. Bagi yang pernah beli, ikut panduan di bawah ini supaya anda jadi pelabur merdeka! Tak perlu terlalu bergantung kepada dealer. Uruskan sendiri semua urusan jual beli. Rujuk kepada dealer hanya untuk dapatkan consultation jer.

Untuk login ke website Public Gold. Ikut langkah yang saya sediakan ni step-by-step:

  1. Dapatkan Username
  2. Dapatkan Password
  3. Login Ke Website

Langkah #1 – Dapatkan Username

Username sebenar untuk login ke website Public Gold ialah Account Code (atau selalu diistilahkan sebagai “PG Code”). Setiap orang yang pernah beli terus daripada Public Gold akan diberi PG Code tak kira samada anda pembeli biasa ataupun dealer Public Gold.

Untuk dapatkan PG Code, buka balik Sales Order yang anda terima daripada Public Gold. Lihat bahagian yang tertulis “Account Code”. Account Code itulah username anda untuk login ke website Public Gold.

sales order public goldDapatkan PG Code anda daripada Sales Order sebelum ni.

Kalau anda tak pasti “Account Code” anda, contact dealer yang tolong lock order untuk anda masa kali pertama beli emas dengan Public Gold. InsyaAllah dealer boleh dapatkan untuk anda. Kalau anda beli direct dari office Public Gold tanpa melalui dealer, anda call balik cawangan Public Gold yang anda berurusan. Bagi tahu yang anda nak dapatkan PG Code untuk login ke website.

Langkah #2 – Dapatkan Password

Ok, bila dah dapatkan PG Code sebagai “Username”, sekarang ni anda perlu dapatkan “Password” untuk login.

cara beli emas public gold - 01Skrin #1 : Pergi ke web www.publicgold.com.my, dan klik “Login”.

web public gold forgot passwordSkrin #2 : Tekan “Forgot Password”.

web public gold email berdaftarSkrin #3 : Masukkan PG Code (atau ID, atau A/C Code) anda, dan “Submit”

email security code web public goldSkrin #4 : Buka email, copy “Security Code”, dan klik activition link.

web public gold new password

Skin #5 : Masukkan “Security Code” yang anda terima dalam email seperti Skrin #4, dan masukkan Password yang baru.

Langkah #3 – Login Website

Ok, sekarang anda dah boleh login website Public Gold dan boleh buat order sendiri. Pergi ke website www.publicgold.com.my dan klik “Login”.

login web public goldSkrin #6 : Masukkan username dan password baru. Dan pastikan tick “I am human”.

Untuk buat belian, anda boleh ikuti langkah yang saya tunjukkan dalam artikel “Cara Mudah Beli Emas Public Gold (Online)“. Ikut betul-betul langkah mulai SKRIN #7 dalam artikel tu.

Kalau Tak Berjaya?

Ada sesetengah orang masih tak dapat login lepas ikut step yang saya terangkan ni. Kalau macam tu, kena minta Public Gold tolong resetkan password. Caranya, masuk website bahagian Contact Us > Enquiry, isi borang tu dan copy paste ayat saya di bawah ni dalam ruangan mesej.

I could not login to this website using my PG Code. I’ve tried to reset the password but still unsuccessful. Could you help me on this matter. Thank you.

Enquiry Public Gold

Lepas tu, tunggu respond daripada staff Public Gold melalui email. Biasanya paling lewat pun mereka akan respond dalam masa setengah hari bekerja.

Mudah-mudahan panduan ini membantu anda menjadi penyimpan emas yang merdeka, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
7 Disember 2013
3 Safar 1435

[Artikel ini dikemaskini pada 20 Mei 2015. Semua komen di dalam posting ini sebelum tarikh ia dikemaskini mungkin tidak lagi relevan]

About the author 

  • Assalamualaikum Saudara Zulkifli,

    Bolehkah saya “walk-in” ke mana2 pejabat Public Gold dan terus membuat pembelian? Adakah ianya dibenarkan?

    Terima kasih.

    • Wslm En. Nazrin,

      Boleh. Tapi limit beli secara walk-in cuma RM3,000 jer.

      Kalau En. Nazrin beli walk-in, boleh letakkan nama saya sebagai introducer / dealer. Nanti senang saya bantu kalau perlu follow-up dengan staff Public Gold. Mohd Zulkifli b. Shafie, kod PG002369, hp 019-336 8009.

  • assalamualaikum saudara….terima kasih ats perkongsian ilmu mengenai public gold…saya mmg berminat utk melabur dgn mmbeli public gold tp myb secara kecilan dl….

  • Assalamualaikum wbt Tuan Zulkifli

    Terima kasih banyak di atas perkongsiaan yang sangat2 membantu. Saya baru pertama kali menjengh blog tuan dan terus membuat pembelian 1 gram melalui GAP. Nama tuan juga diletakkan sebagai introducer. Saya mempunyai persoalan, sekiranya saya ingin membuat pembelian rm30k, bolehkah ianya dilakukan melalui GAP dan adakah automatically menjadi agen? Sy tgl di Sarawak dan di sini tidak pasti ada safe deposit atau tidak. Mohon pandangan tuan. Tq

    • Wslm En. Mizan.

      Alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya.

      Boleh, sekarang ni promosi beli RM30k kaedah GAP, automatik jadi Priority Dealer. Saya syorkan grab peluang ni segera sebab promosi ni tinggal lagi untuk 50 pembeli pertama sahaja.

      En. Mizan boleh wassap saya 019-336 8009 untuk maklumat lanjut tentang promosi tu.

  • Salam En Zul, saya ada beberapa soalan y ingin ditujukan .. mohon penjelasan..

    1. Sekiranya kita membuka akaun GAP.. bolehkah kita membeli Gold juga dinar dan disimpan dlm akaun tersebut tanpa membuat pengeluaran fizikal?

    2. Simpanan emas adalah privasi individu .. sekiranya kita beli online menerusi akaun GAP tanpa melalui Dealer .. adakah ia selamat dari pengetahuan individu lain termasuk dealer/introducer?

    Terima kasih

    • Wslm Pn. Cty.

      1. Boleh puan.

      2. Puan boleh buat sendiri tanpa melalui introducer / dealer. Tapi pastikan puan berdaftar di bawah mana-mana dealer / introducer sebab puan perlukan guidance mereka jika puan ada apa-apa persoalan. Untuk urusan jual beli, puan boleh uruskan sendiri dan mereka tak tahu berapa banyak emas yang puan beli.

  • Assalamualaikum Tuan Zulkifli

    Seorang customer saya telah salah isi email, instead of @yahoo.com dia tulis @yahhoo.com dan email2 PG tak masuk untuk dapatkan verification code . Bagaimana ya jalannya ?

  • Salam Tuan,

    Boleh ke kalau saya nak jual emas dinar yang saya ada melalui online?
    saya beli emas 5 tahun lepas dengan dealer, dah xde contact number.. macam mana saya nak dapatkan PG Code?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.