"Ada apa good news terbaru?"
Tanya Dato (Founder Public Gold) waktu breakfast.
Masa makan malam, Dato tanya soalan sama, "Ada apa good news terbaru?"
Haha... Kadang-kadang dalam satu hari, beberapa kali Dato tanya soalan yang sama, iaitu apa good news terbaru daripada bisnes kami.
More...
Sampai setiap hari saya kena korek apa good news terkini saya nak sampaikan kepada Dato.
Hari-hari cari good news
Last year (Mei 2024), kami dijemput untuk join trip 2 minggu bersama Dato ke Amsterdam. Maka tiap-tiap hari selama 2 minggu tu, kami berpeluang duduk dengan Dato.
Cuba bayangkan...
Waktu pagi duduk breakfast dengan Dato, Dato tanya kami “apa good news terbaru?”...
Waktu dinner makan lagi dengan Dato, Dato tanya lagi “apa good news terbaru?”
Hari-hari Dato tanya kami soalan sama... Jenuh saya nak fikir apa good news terbaru dari team saya (G100 dan 5G)!... 😂😂😅😅
Good news paling meletup waktu tu ialah empayar G100 capai 500k penyimpan emas!... Haha... Ada la juga good news yang Dato suka dengar...
Cari good news untuk trip Antartika
Bulan November 2025 nanti, kami akan bersama Dato trip ke Antartika. Trip tu selama 3 minggu lebih. Hampir sebulan...
Saya dah nervous ni nak sembang apa dengan Dato selama 3 minggu tu...
Trip 2 minggu hari tu pun saya dah habis idea nak cakap apa... 😅😅😂😂
Walaupun trip ke Antartika tu trip yang mahal dan exclusive, saya tak fikir sangat pasal trip tu...
Saya cuma fikir apa yang kami nak sembang dengan Dato selama 3 minggu tu... 😆😆😆
Bila saya fikir balik, cara Dato tu sebenarnya betul... Kita akan dapat apa yang kita fokus...
Apa yang kita fokus, itu yang kita dapat
Kalau kita fokus good news, nanti good news lah yang kita akan dapat.
Kalau kita fokus pada masalah, masalah, masalah, maka masalahlah yang kita akan dapat.
Saya tengok dealer-dealer Public Gold (murid-murid saya) yang selalu cakap pasal masalah, bisnes dia tak grow.
Bila jumpa je, “masalah”...
Jumpa lagi, “masalah” lagi...
Lazim sangat keluar daripada mulut dia perkataan "masalahnya..."...
Sampai ke sudah dia tak grow... Sebab progress dia stuck pada masalah yang dia fokus...
Jangan jatuhkan maruah sendiri
Jadi saya sentiasa ingatkan dealer-dealer Public Gold, bila berpeluang jumpa Dato (macam jemputan dinner), jangan sesekali cakap pasal masalah.
Apa sahaja masalah, kita cuma bagi feedback kepada management. Bukan kepada Dato.
Pemikiran Dato sangat jauh ke depan. Kerja Dato ialah buka jalan kepada kita untuk lebih kaya dengan PG.
Kalau kita cakap masalah dengan Dato, kita kacau mood Dato. Seolah-olah kita heret Dato untuk undur ke belakang.
Dan itu akan menjatuhkan maruah kita sendiri di depan orang besar.
Apa yang Dato nak dengar daripada kita ialah good news, good news, good news!
Dato nak dengar progress dan future plan kita dengan PG. Dan bagaimana hidup kita dah berubah asab peluang yang dah Dato sediakan untuk kita.
SOP bercakap dengan orang besar
Lepas dah berjuang lebih 17 tahun dia bangunkan PG ni, apa yang menyenangkan hati dia untuk dengar ialah good news dan penghargaan atas usaha dia.
Apa sahaja isu dalaman PG, kena highlight kepada management.
Kalau tak dapat settle dengan management lepas dah 10 kali follow-up, barulah saya atau En Syukor akan slow talk dengan Dato.
Dato pesan pada saya dan leaders, kalau dah 10 kali follow-up sesuatu isu dengan management tapi tak settle-settle juga, barulah bagitahu dia.
Bukan sekecil-kecil masalah pun nak cerita kepada dia.
Ibaratnya, kalau ada masalah anak-anak dengan guru, laporkanlah kepada pihak sekolah. Bukan terus hantar laporan kepada Perdana Menteri!...

