MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Peluklah Anak-anak, Itu Bahasa Cinta Tanpa Perlu Berkata-kata

"Papa, nak peluk Papa..."

Terus saya stop dulu kerja-kerja saya. Buka pintu untuk peluk anak saya ni.

Yang ni paling kerap datang peluk saya.

More...

Bila hati makin dekat

Selalunya sebaik sahaja dia balik sekolah, dia datang ketuk pintu bilik saya hanya sebab nak peluk sahaja.

Kadang-kadang lepas keluar bermain, dia balik nak peluk saya. 

Anak-anak lain pun sama. Especially yang kecil-kecil (masih sekolah rendah).

Yang dah besar pun sama. Setiap kali nak keluar rumah, kami salam dan saya peluk mereka semua.

Saya peluk mereka sambil tinggalkan pesanan dan nasihat. 

Sejak lazimkan peluk anak-anak (walaupun yang dah besar), saya dah lupa bila kali terakhir saya tinggikan suara dengan anak-anak.

Bila hati kita dekat, tak perlu lagi jerit-jerit.

Azam nak jadi bapa lebih penyayang

Peluk mereka dan cakap baik-baik sahaja.

Cakap baik-baik berkali-kali. Cakap berkali-kali yang kita sayangkan mereka. 

Saya dapati cara tu jauh lebih berkesan berbanding marah-marah dan jerit-jerit. 

Anak-anak jadi lebih baik sebab dia pilih untuk jadi baik. Bukan sebab takutkan kegarangan kita sebagai ibubapa.

Lepas terpisah 2 tahun dari anak-anak asbab terpenjara, saya tanamkan azam nak jadi bapa yang lebih penyayang.

Saya nak menyayangi mereka sepenuh hati saya sementara Tuhan berikan peluang lagi sekali untuk saya bersama mereka.

Supaya ketika tibanya hari perpisahan lagi antara kami di dunia ni, tidak ada lagi kekesalan buat saya. InsyaAllah... 

Nabi s.a.w. mendidik dengan kelembutan 

Anas bin Malik r.a. berkata: 

"Aku telah berkhidmat kepada Nabi s.a.w selama sepuluh tahun (ketika usia masih kanak-anak). 

Demi Allah, Baginda tidak pernah berkata kepadaku ‘Uff’ (ungkapan tidak suka) sekalipun, dan Baginda tidak pernah berkata kepadaku mengenai sesuatu yang aku lakukan, ‘Mengapa kamu lakukan begitu?’ dan tidak pula mengenai sesuatu yang aku tinggalkan, ‘Mengapa kamu tidak lakukan begitu?’. 

Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling baik akhlaknya.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6038Muslim, no. 2309

Hadis ni menunjukkan kelembutan dan kasih sayang Nabi s.a.w terhadap anak-anak kecil, termasuk Anas yang mula berkhidmat dan membesar di rumah Baginda sejak kecil.

Baginda tak pernah bersikap kasar atau marah pada anak-anak.

Lama juga saya cuba hadam hadis ni, macam mana mendidik anak-anak tanpa perlu marah-marah...

Mungkin sekarang baru saya jumpa jawapannya...

Alhamdulillah.

#TipIbubapa
#TabahHadapiMusibah

Zulkifli
Cyberjaya
26 Februari 2025
27 Syaaban 1446H

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa al-Aqra' bin Habis melihat Rasulullah ﷺ mencium (cucunya) Hasan. 

Lalu dia berkata: 

"Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka." 

Maka Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesiapa yang tidak menunjukkan kasih sayang (terhadap anak-anaknya), dia juga tidak akan diberi kasih sayang (oleh Allah atau orang lain)."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 2318

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}