MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Tangani Anak Ketagih Computer Game

April 4, 2023

Kantoi... Tugas sepatutnya tak diselesaikan, tapi curi-curi main game di luar pengetahuan Kak Long (yang bertanggungjawab jaga laptop)... 

Diam-diam dia ambil laptop di bilik kakaknya pagi sebelumnya... 

Sebelah petang, habis kena ceramah dengan Mama dan kakak dia... 

More...

Bila saya keluar bilik, Mama dan kakak dia report kepada saya... Mungkin mereka fikir saya nak ‘tambah perisa’ 'ceramah' kepada anak lelaki kami tu...

Tapi saya tak marah, saya tak bebel...

Marah Tak Selesaikan Masalah

Saya tahu dia suka main game, sama macam saya ketika umur remaja seperti dia.

Dulu saya pun suka main computer game. Asbab minat main game-lah saya pandai komputer berbanding rakan-rakan seusia saya pada ketika tu.

Jadi saya fikir saya tak patut halang anak saya secara total untuk main game. Tapi kena kawal...

Jadikan MOTIVASI main game tu untuk membentuk dia jadi orang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab sepertimana yang kami suami isteri harapkan...

Kawal, Bukan Halang Secara Total

Bila saya datang dekat, anak saya nampak takut... Takut saya tambah lagi ceramah dan marah-marah...

Tapi saya langsung tak marah... Sebaliknya ambil peluang explain kepada dia baik-baik...

Sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ni, bila seseorang anak tu TERTANGKAP BUAT SALAH tapi kita tak marah (sebagaimana yang dia sangka), dia akan insaf dan berubah kalau kita nasihatkan dengan cara yang baik...

Perubahan tu lebih kekal berbanding marah-marah yang akibatnya dia cuma baik depan kita je...

Nak Dia Berubah, Bukan Kerana Takut

Saya beritahu dia... Saya faham dia suka main game. Sebab saya pun suka main game juga waktu remaja dulu...

Tapi saya sedar, game boleh melalaikan, dan boleh merosakkan dia (kalau tak dikawal)...

Kalaulah game tu baik, pasti saya belikan komputer setiap satu dan suruh anak-anak main game setiap hari...

Tapi game tu boleh merosakkan...

Saya cuma jadikan game sebagai reward kalau dia dapat disiplinkan diri dan selesaikan tanggungjawab dia dengan baik...

Dia selesaikan tanggungjawab di rumah... Dalam masa yang sama dia dapat main game... Win-win...

Anak saya menangis...

Beri Peluang Main Game Lebih Lama

Bukan menangis kena marah... Tapi menangis bukan sahaja sebab saya tak marah dia, bahkan beri dia peluang untuk dia main game lebih lama!...

Selama ni Kak Long dia cuma benarkan main game cuma 1 jam sehari... Tapi saya bagi dia peluang untuk main game sampai 3 jam sehari!

Tapi syaratnya... Dia kena berdisiplin dan selesaikan tanggungjawab dengan baik...

Ada 12 tugasan yang saya dan isteri saya nak dia selesaikan setiap hari...

Sebelum ni, tiap-tiap hari nak kena bagitahu dan ingatkan... Hari-hari Mama dia nak kena bebel...

Kami stress (sebab kerja rumah dia tak jalan)... Dan dia pun tak happy (sebab tak boleh main game)...

Checklist Sebelum Main Game

Jadi saya suruh dia senaraikan apa tugasan yang sepatutnya dia settlekan setiap hari... Dan selesaikan tugasan tu dulu sebelum main game...

Lagi banyak tugasan yang dia dapat selesaikan, lagi lama tempoh dia berpeluang main gam... Tapi limitnya adalah 3 jam sehari...

Tasklist ni setiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa.

Alhamdulillah... Awal-awal pagi lagi dia dah settlekan 12 tasklist tanpa perlu kena bebel... Dan ganjarannya dia dapat main game 3 jam!

Dia sangat happy sebab ini peluang yang tak pernah dia dapat sebelum ni...

Dan kami juga happy sebab dia dapat disiplinkan diri dan selesaikan tanggungjawab dia hari ni tanpa perlu kena suruh atau kena bebel...

Alhamdulillah...

Game Sebagai Motivasi Disiplinkan Diri

Saya fikir lebih baik saya gunakan motivasi dia untuk main game tu supaya dia jadi lebih berdisiplin dan bertanggujawab selepas ni (InsyaAllah) berbanding mematikan motivasi itu yang membuatkan dia tak ke mana-mana...

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

... "Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa." (Surah Al-Furqan 25 : 74)

Zulkifli
Cyberjaya
12 Januari 2023
19 Jamadil Akhir 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>