Orang selalu tanya saya apa rahsia ada team sebesar ni?
Jawapan skemanya ialah #LEADERSHIP.
Tapi saya pun tak faham sangat tentang leadership waktu membangunkan team...
More...
Bermula dengan sayang
Yang ada hanya rasa sayang kepada team dan nakkan kebaikan untuk mereka.
Macam seorang ayah sayangkan anak-anak.
Seorang ayah mungkin tak pandai banyak perkara, tapi satu perkara paling penting ada pada seorang ayah ialah sayang pada anak-anak mereka.
Kerana sayang tu, dia laksanakan tanggungjawab sehabis baik demi masa depan anak-anak mereka.
Dia akan PROVIDE apa yang perlu untuk anak-anak dia berjaya.
Dalam masa yang sama, dia akan PROTECT anak-anak dia dari rosak dan dirosakkan.
Dia terpaksa pakai pelbagai watak dalam membesarkan anak-anak.
Kelebagaian watak dalam memimpin
Yang kecil, dia belai...
Yang dah mula faham, dia displinkan...
Yang dah remaja, dia berkawan...
Yang sudah dewasa, dia cuma boleh nasihat dan mendoakan sahaja.
Tapi apapun tindakannya, seorang ayah tetap sayang kepada anak-anaknya...
Jadi kalau orang tanya saya apa "rule" nombor satu untuk jadi seorang leader yang baik, jawab saya ialah;
"Love them first".
Orang yang tak menyayangi tidak akan disayangi kata Nabi s.a.w. dalam satu mafhum hadis.
Zulkifli
Cyberjaya
20 Jun 2023
1 Zulhijjah 1444H
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah ﷺ mencium Al-Hasan bin Ali (cucu baginda), sedangkan Al-Aqra’ bin Habis at-Tamimi sedang duduk di sisi baginda. Lalu Al-Aqra’ berkata:
"Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka."
Maka Rasulullah ﷺ memandang kepadanya dan bersabda:
"Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi."
(Hadis Riwayat Bukhari no. 5997, Muslim no. 2318)
Coretan FB berkaitan:
- Watak seorang pemimpin - FB (2025)
- Cara berbeza dalam menyayangi team - FB (2025)

