MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Circle Kita Bayangan Diri Kita. Kita Pula Bayangan Circle Kita!

August 2, 2025

Nak bersorak-sorak dalam event (untuk naikkan semangat team)?

Ish... Itu bukannya cara kami naikkan semangat. Tapi buang tebiat...

Bukan sahaja saya rasa tak selesa, bahkan team kami pun rasa tak selesa...

Kami jenis tenang-tenang sahaja.  

More...

Budaya tentang dalam event  

Kami anjurkan banyak event (seminar, training, kelas, conference dsb).

Tapi dalam mana-mana event kami, tak ada siapa yang bersorak-sorak ataupun naik berjoget-joget atas pentas.

Saya tak buat... Bahkan seluruh team kami pun tak ada yang buat...

Kalaulah ada yang buat, mesti masing-masing akan tengok dan cakap (dalam hati),

"Kau ni dah kenapa? Buang tebiat?..."

Kami lebih selesa jadi diri kami.

Dan kami lebih selesa berkawan dengan mereka yang sekufu dengan kami.

Releks... Tenang-tenang... Tapi performance meletup-letup! Alhamdulillah...

Circle yang sekufu

Asalkan tak melanggar syariat, undang-undang atau pun adab, kami lebih selesa dengan cara kami.

Dan kami hanya selesa dengan circle yang sekufu dengan cara kami.

Kami akan grow bersama mereka yang sekufu dengan kami.

Circle kita adalah bayangan diri kita.

Diri kita juga ada bayangan siapa kawan-kawan dalam circle kita.

Bak kata pepatah,

“Birds of a feather flock together.” 

Itu antara topik yang kami perbualkan masa makan malam kelmarin...

Iaitu tentang event besar yang akan berlangsung lagi 2 minggu; #PGARN2025

Zulkifli
Cyberjaya
30 Jun 2025
4 Muharram 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>