MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dealer Yang Nak Customer Kaya, Dia Beri Ilmu. Bukan Jual Stok!

November 6, 2025

Komisyen cuma 1%? Ini bisnes yang buang masa!

Itu apa yang saya fikir dulu...

Saya jadi dealer Public Gold sebab dapat free upgrade. 

Masa tu (tahun 2010), saya beli emas lebih kurang 150 gram — terus dapat naik jadi dealer. Tapi niat saya cuma nak beli untuk diri sendiri, bukan nak berniaga. 

Lepas tu saya share bagusnya simpan emas melalui blog saya. Bila ada pembaca nak beli emas, saya suruh cari dealer lain.

Turning point jadi dealer aktif

Walaupun saya pun dealer, tapi saya tak nak jadi dealer. Komisyen PG bagi sangat ciput. Baik saya buat bisnes lain yang untung boleh sampai 25% - 50%.

Tapi semua tu berubah bila saya mula dapat mesej dari pembaca blog yang mengadu mereka terbeli emas yang salah, atau dapat nasihat salah daripada ejen emas.

Ramai yang rugi sebab tak ada bimbingan yang betul.

Pada waktu tulah saya ambil tanggungjawab jadi dealer aktif. Untuk berikan yang terbaik supaya follower saya pun dapat manfaat simpanan emas. 

Beza saya dengan dealer PG lain masa tu ialah - saya tak jual emas. Saya cuma bagi ilmu. Mereka beli emas sendiri direct dengan PG. 

In return, saya dapatlah komisyen yang ciput tu. Tak pernah terfikir pun boleh dapat income ratus ringgit sebulan dengan jadi dealer PG, apatah lagi komisyen sampai ribuan ringgit.

Fokus beri ilmu, bukan margin 

Dealer lain jarang yang buat cara saya masa tu. Sebab cara saya untungnya ciput.

Mereka jual emas. Ambil stok dengan PG, jual pada customer. Bila customer nak jual balik, mereka beli balik emas tu dan jual kepada pembeli baru.

Mereka untung margin di situ boleh sampai 10% satu transaksi! Ia jauh lebih untung berbanding cara saya yang cuma dapat 1% - 2%!

Mereka jual beli emas. Tapi saya cuma bagi ilmu emas.

Mereka fokus pada margin keuntungan. Tapi saya fokus kayakan penyimpan emas saya dengan ilmu. Bagi ilmu, ilmu, ilmu... Sampai mereka pandai. 

Sebab saya percaya, itulah cara terbaik nak pastikan penyimpan-penyimpan emas di bawah saya kaya dengan emas. Bukannya cuma fokus saya kaya seorang diri dengan margin. 

Beri ilmu, rahmat buat penyimpan emas

Kadang-kadang saya tersenyum bila orang cakap dealer PG beriya-iya buat konten pasal emas sebab komisyen. 

Walhal kalau dealer PG nak untung besar, dia takkan habiskan masa buat konten bagi ilmu. Lebih baik dia sibuk offer jual beli stok emas di tangan dia sendiri - sebab margin besar ada di situ! 

Bila dealer buat konten berikan ilmu, itu rahmat besar bagi penyimpan emas. 

Dealer tu bukan sekadar fikir berapa banyak duit dia dapat, tapi dia nak penyimpan-penyimpan emas dia betul-betul berilmu dan kaya dengan emas! 

Dealer aktif yang beri ilmu tu rahmat buat penyimpan emas. 

Punca beli emas, tapi tak kaya-kaya!

Sebenarnya, boleh je beli emas PG tanpa daftar dengan mana-mana dealer. Tapi nanti tengoklah terkial-kial dia nak dapatkan ilmu dan bimbingan tentang emas. 

Sebab bukan emas yang membuatkan kita kaya. Tapi ilmu...

Jual beli emas dengan ejen ataupun penjual emas pre-loved tu nampak macam untung. Tapi realitinya, tak kaya-kaya sebab tak ada ilmu... 

Buktinya, sejak 2010 lagi, saya terima banyak feedback penyimpan emas PG area Shah Alam yang nak jual emas (yang mereka beli daripada dealer satu masa dulu), tapi tak tahu nak jual dekat mana. 

Bila dealer dia tak aktif, mereka terkial-kial mana nak jual balik emas tu. 

Padahal, office PG Sunway tu tak jauh pun daripada Shah Alam. 

Kalau branch PG pun mereka tak tahu, apatah lagi ilmu penting untuk kaya dengan emas! 

Jadi pembimbing emas, bukan penjual

Hari ni, misi saya dengan PG lebih besar. Bukan sekadar bantu penyimpan emas kaya dengan emas, tapi ubah hidup sampai capai #FinancialFreedom.

Asbab menabung emas dengan ilmu, saya nak hidup mereka berubah.

✅ Ada tabungan yang kukuh - sekurang-kurangnya 12 bulan gaji
✅ Tutup segala hutang miskin - yang tarah gaji setiap bulan
✅ Bina harta yang boleh jana cashflow

Sampai satu tahap, tak kerja pun ada duit (income) - financial freedom... InsyaAllah... 

Jadi kalau nak mulakan simpan emas, jangan cari penjual. Tapi carilah pembimbing.

Sebab yang membezakan penyimpan emas yang kaya dengan yang lain ialah pada ilmunya. 

Lagi banyak ilmu, lagi besar kekayaan yang dapat kita bina hasil simpanan emas. InsyaAllah... 

#TipKayaDenganEmas
#MisiUbahHidup1000Keluarga

Zulkifli
Cyberjaya

17 September 2025
24 Rabiul Awwal 1447H 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}