Harga emas jatuh, lagi kita happy!
Itulah penyimpan emas tegar.... yang ramai orang tak faham.
Penyimpan emas tegar ni, dia tak peduli sangat tentang spekulasi harga.
Sebab dia faham;
Harga memang sentiasa turun naik dalam jangka pendek. Tapi dalam jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik.
Dia tahu, harga emas naik secara purata 10% setahun sepanjang sejarah 20 tahun!
Dengan kata lain, kenaikan harga cuma persoalan masa saja.
More...
Sentiasa happy
Apa yang dia betul-betul peduli... berapa gram/ kilo emas yang dia sudah ada?
Harga emas naik, dia happy...
Sebab emas simpanan dia makin mahal.
Harga emas turun, sebenarnya dia lagi happy...
Sebab dia dapat tambah kepingan emas pada harga lebih murah... Pada harga diskaun...
Dia beli emas bukan untuk jual bulan depan. Tapi dia ada target simpanan jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas) yang dia nak capai.
Target simpan emas
Ada yang simpan untuk dana haji.
Ada yang simpan untuk pendidikan anak-anak.
Ada yang simpan untuk tutup hutang.
Ada yang simpan untuk dana perkahwinan.
Ada yang simpanan untuk deposit beli rumah.
Ada yang simpan untuk beli tanah.
Dan tentunya... banyak yang simpan emas untuk "dana kecemasan" satu keluarga.
Nak adakan simpanan sekurang-kurangnya 6 - 12 bulan gaji dalam bentuk emas.
Peluang harga jatuh
Bila harga jatuh banyak macam sekarang (bawah RM600 segram), inilah peluang dia capai target simpanan #1keluarga1kiloemas dengan lebih cepat!
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal!...
Yang tak happy cuma satu keadaan saja.
Iaitu bila jumlah simpanan emas tak bertambah...
Zulkifli
Cyberjaya
24 Mac 2026
4 Syawal 1447H

Walaupun harga emas turun banyak dalam masa 60 hari, tapi berbanding setahun lalu, harga emas sebenarnya masih 'naik' 29.43%.
Artikel berkaitan:
- Fokus Tambah Gram, Jangan Buang Masa Monitor Harga Emas
- Kos Naik Haji Turun 80% Jika Dibayar Dengan Emas!
- Simpan Emas 100 gram Seorang Sebagai Dana Haji
- Simpan Emas Untuk Pendidikan Anak-anak
- Cara Menetapkan Dinar Emas Sebagai Maskahwin
- Berjaya Beli Tanah Lot Secara Tunai, Ini Rahsia Cikgu Ini!
- Hasil Menabung Emas, Pensyarah Ini Bebas Hutang Kad Kredit!
- Cikgu Lenney Berjaya Majukan Kebun Sawit Hasil Simpan Emas




