Keluarkan Diri Dari Kesempitan – Sedikit Pengalaman

by on April 7, 2008

Post image for Keluarkan Diri Dari Kesempitan – Sedikit Pengalaman

Fokus saya pasal kewangan dalam blog ni bukanlah cara jadi kaya, tapi berkongsi pengalaman macam mana keluar daripada kesempitan. Kata Azizi Ali, Pakar Kewangan, “menjadi kaya itu penting, tetapi yang lebih penting ialah tak menjadi miskin”. Saya bukanlah seorang pakar kewangan, saya cuma seperti orang kebanyakkan yang pernah melalui zaman sempit. Pernah melalui zaman mengisi perut dengan “Nasi Lemak Seringgit KL” yang tak berlauk, kemudian mengembungkan perut dengan membuat air di “pantry” (dapur) syarikat untuk elak rasa lapar.

Masa hidup sempit 4 tahun lalu memang menekan hidup kami suami isteri. Kami berkahwin masa saya baru 2 bulan bekerja, dan isteri saya masih lagi belajar semester akhir. Baru sahaja bekerja, 3 ansuran pinjaman pelajaran bersedia menghakis gaji saya yang cuma RM1,600 (belum tolak EPF). Sudah la kos sara hidup di KL agak tinggi, duit simpanan pun belum ada. Yang ada cuma duit pinjaman PTPTN yang masih berbaki. Duit gaji tak cukup. Nak simpan RM20 sebulan pun rasa tak mampu. Nak berniaga, tapi saya tak pandai. Rasa “segan” sebab tak pernah ada pengalaman.

Susahnya masa tu, saya sanggup buat apa sahaja kerja asalkan ianya halal. Masa tu, boleh dikatakan hari-hari cari kerja part-time sampai saya dah tahu, tawaran “bekerja dari rumah” yang diiklankan dalam akhbar, kebanyakkannya bohong. Semunya bersifat “misleading”. Kalau offer “bekerja dari rumah”, itu sebenarnya MLM atau skim cepat kaya. Kalau jawatan Marketing Executive, Sales Executive dan yang sama waktu dengannya, itu biasanya kerja salesman atau salesgirl yang jenis “hit and run”.

Susahnya Cari Kerja Sampingan

Masa tu juga, saya realise offer kerja melalui Agensi Pekerjaan pun tak boleh percaya sebab kami pernah terkena. Masa datang interview kena bayar yuran perkhidmatan dulu, kononnya dia akan carikan kerja yang sesuai untuk isteri. Tapi lepas tu terus senyap. Buat rugi jer bayar yuran dan rugi masa saya ambil cuti semata-masa untuk hantar isteri pergi interview.

Lepas banyak mencari, akhir sekali dua kerja “part-time” yang saya yakin ianya benar-benar wujud dan saya sanggup buat, iaitu bisnes MLM jual produk yang betul-betul bagus, dan satu lagi kerja angkat sayur di Pasar Borong Selayang setiap hari bermula jam 3 pagi! Upahnya RM30 untuk 3 jam bekerja. Bagi saya, duit extra RM30 sehari tu terlalu besar tapi saya batalkan niat kerja di Pasar Borong bila dapat tahu itu “kawasan hitam”. Kawasan dadah katanya.

lelaki tertekanBisnes MLM pun kena hati-hati sebab ramai ejen MLM jenis ambil kesempatan berbanding datang nak membantu. Susah nak jumpa orang yang jujur untuk bantu. Bisnes MLM pun ramai yang habis duit sebelum buat duit. Kononnya nak hidup lebih baik tapi akhir sekali, hidup sempit makin terhimpit.

Kemiskinan Menghakis Keyakinan Diri

Bila saya fikir-fikir balik, kesempitan dulu adalah nostalgia manis untuk dikenangkan hari ini. Itu saat yang banyak beri pelajaran-pelajaran baru kepada kami tentang kehidupan. Memang mudah bercerita pengalaman sempit dulu, tetapi kalau diuji lagi sekali belum tentu mampu kami tanggung lagi. Kesempitan duit itu satu hal, yang lebih risau ialah hilangnya keyakinan diri.

risauMasa tu saya pernah salahkan diri, “kenapa aku kawin telalu awal? Aku dah menyusahkan anak orang (isteri) sekarang…”. Hati rasa nak menangis masa isteri tengah pilih barang–barang keperluan untuk sambut anak pertama yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Saya merungut kepada isteri, “Sayang, perlu ke beli beg baby ni? Pakai beg galas kita yang dah ada tu tak boleh ker?”. Nak beli beg baby saya rasa terlalu mahal. Bukan beg baby jer, nak beli sebungkus roti gardenia pun saya kena fikir 20 kali. Nikmatnya masa tu kalau dapat makan roti gardenia. Masa tu, nak balik kampung pun kena betul-betul bajet. Rasa berat hati balik kampung sebab takut lari bajet. Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang mengekang hidup lebih bahagia sebab segala-galanya terhad.

Kemiskinan Menghalau Kebahagiaan

Masa dalam keadaan sempit tu, barulah saya akur dengan kata-kata Pak HAMKA (kau tak silap) yang berbunyi “apabila kemiskinan menjenguk di pintu rumahtangga, kebahagiaan lari keluar jendela”. Kata-kata itu disahkan lagi dengan statistik perceraian di Malaysia yang mana antara faktor utama ialah kesempitan hidup.

Hidup dalam kesempitan memang sedikit sebanyak melunturkan iltizam terhadap dakwah dan perjuangan. Walaupun saya dilatih dengan dakwah sejak sekolah menengah lagi, tapi semangat dakwah tu luntur sebab keutamaan masa tu ialah soal “survival” hidup. Sekukuh manapun ukhuwwah dengan sahabat yang sama ditarbiyyah pun, tak ada siapa peduli tentang makan minum kita sekeluarga melainkan kita sendiri. Bukan sahaja tak membantu, tapi susah juga untuk sahabat memahami kesusahan kami. Ramai cuma tahu ‘menuntut’ khidmat dan mengerahkan tenaga untuk bekerja, tapi jarang sekali yang ambil peduli, apatah lagi menghulurkan tangan untuk keluar dari kesempitan.

dakwah itu memberi

Sahabat, Berikanlah Ruang Bina Kehidupan

Bukan bantuan yang kami harapkan, tetapi berikanlah ruang untuk perbaiki kehidupan sebelum mampu turun semula ke medan. Bukan untuk mencari kekayaan, tetapi cukuplah sekadar dapat keluar daripada kepompong ‘kemiskinan’. Itu sahaja.

Bila belajar daripada pengalaman sempit dulu, saya tak mengharapkan sesiapa walaupun dikatakan sahabat baik sekalipun. Erti persahatan sebenar “susah senang mesti bersama” cuma teori yang susah sekali diterjemahkan dalam hidup realiti. Jadi, saya tak terlalu menagih khidmat ‘perjuangan’ daripada sahabat-sahabat yang sedang dalam proses TRANSISI hidup terutamanya mereka yang baru sahaja berumahtangga. Bagi saya, kalau saya tak ambil peduli makan minum mereka, siapalah saya untuk tuntut khidmat dari mereka. Kita hanya boleh “menarik” dan “menjemput”, tetapi tidak sekali-kali “menuntut”. Kita kena berikan ruang untuk mereka bina kehidupan, tetapi jangan sekali-kali ditinggalkan. Lambat laun, mereka akan kembali ke medan kalau persahabatan masih diteruskan.

Itulah sedikit perkongsian tentang kesempitan. Mudah-mudahan jadi “catatan hidup” dan motivasi untuk saya membina masa depan. InsyaAllah, dilain masa saya berkongsi jalan keluarkan diri dari kesempitan yang berbekalkan sedikit pengalaman.

Wallahu ‘allam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 April 2008
24 Rabiul Awwal 1429

(Kredit foto : pickthebrain, collectionphotos, anazahra)

{ 18 comments… read them below or add one }

1 fid December 4, 2011 at 5:57 am

Salam,…pglaman lalu mmg amt bermakna…setiap org melakukan kesilapan…namun sedar bahawa sesuatu kesilapan tak mahu berulang….
apa pendpat en zul..apabila kita menolong org dgn pnuh prcaya n ikhlas…tp org ambil ksempatan atas pertolongan yg telah kita berikan…bagaimana agaknya kita boleh atasinya…

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 6, 2011 at 9:18 am

Wslm Fid, kerja kita tolong jer. Selebihnya serah pada Tuhan jer lah. Orang ni mcm2 perangai, tapi mcm mana cara kita berhadapan dengan perangai org yg mcm2 ni, itulah penilaian Tuhan pada kita.

Reply

3 Anonymous July 25, 2012 at 2:03 am

Saya teringat kata-kata Pak Hamka, “bila kemiskinan berada di ambang pintu, cinta lari melalui tingkap”..

Reply

4 mukaramjamin September 30, 2012 at 4:50 am

sungguh bermakna, boleh share ilmu dan tukar2 ilmu dgn tuan, ada FB

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2012 at 1:55 pm

InsyaAllah tuan. FB saya ibnushafie@gmail.com.

Reply

6 Mrs Rohana January 17, 2013 at 5:00 am

mEMANG BENAR KADANG KALA HIDUP INI SUKAR UNTUK DIRAMAL…BILA KITA RASA ITU YANG TERBAIK UNTUK KITA KADANG KALA IA MENJADI YANG TERBURUK DAN PENGALAMAN NGERI YANG AKAN MEMATANGKAN KITA…HANYA KEPADA ALLAH KITA BERSERAH…

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2013 at 8:30 am

Moga Allah menjadikan kita hamba yang sabar ketika susah, syukur ketika senang. Susah dan senang yang silih berganti itulah tanda kasih sayang Tuhan supaya kita jadi hamba yang bersabar dan bersyukur. Alhamdulillah…

Reply

8 Rospawan March 6, 2014 at 3:04 pm

Salam Tuan,
Satu perkongsian yg menyentuh perasaan dan amat mengerti kerana pernah melalui situasi sama. Hari ni rasanya kata2 Pak Hamka sudah tersasar…sebab bukan lagi kemiskinan yg menyebabkan cinta lari,sebaliknya kesenangan yg membuatkan cinta beralih arah..byk kes kat Malaysia ni..hehehe ..apa komen Tuan.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2014 at 4:09 pm

Wslm Pn. Rospawan,

Saya masih setuju dengan pendapat Pak Hamka dan statistik penceraian menunjukkan ekonomi antara faktor umat keretakkan rumahtangga. Tapi faktor paling utama bagi saya ialah ketaatan pada agama.

Wallahu a’lam.

Reply

10 Hisamudin Bakarun April 15, 2014 at 12:57 am

Bergenang di kelopak mata. Pasti ketika menulis artikel ini tuan zul mencurahkan sepenuh perasaan. Saya insaf tidak pernah melalui kesusahan dalam hidup hingga terlalai dan leka. Terima kasih sahabat kerana menjadi qudwah hasanah – menyentuh jiwa. Doakan saya berani ke medan dakwak sebenar…

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie April 15, 2014 at 8:25 am

InsyaAllah En. Sham. Mudah-mudahan Allah pilih kita jadi ummat kebanggaan Rasulullah s.a.w, insyaAllah.

Reply

12 fadhil July 27, 2014 at 1:22 pm

Says sedang mengalami apa yg En.Zul lalui sblm ini. Nak berniaga tak berapa pandai. Tapi, dgn gaji secukup mkn, perlu ada ikhtiar lain. Pernah terfikir utk mjaja di sekolah ank selepas blik kerja…cuma blm berapa cekal. Mohon pandangan…

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie July 27, 2014 at 3:48 pm

Kalau keadaan mendesak, terpaksa belajar berniaga seperti saya dulu. Mungkin inilah didikan Tuhan untuk masa depan kita yang lebih baik, insyaAllah. Buat apa pun susah permulaannya. Lama-lama nanti ok la tu, insyaAllah.

Reply

14 fiza February 17, 2015 at 2:04 pm

Saya juga sedang mengalaminya..tempoh 5 thn perkahwinan ini amat menduga buat kami. Anak 3 org masih kecil dan nak masuk ke-4 pd bln 9 nnt..tetapi kita hanya perlu mengadu kepada NYA. Kerana DIA Maha Mendengar..insyaAllah ada jalan keluar. Yg penting juga, jgn tinggal solat. Saya selalu minta suami bersabar dengan ujian Allah…

Reply

15 Mohd.Hafiz January 14, 2016 at 12:16 pm

Assalamualaikum W.b.t,
Perjuangan dakwah itu abg zul follow dakwah tabligh ke?
just rasa ingin tahu

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie January 14, 2016 at 6:28 pm

Wslm En. Hafiz,

Saya tak pernah follow jemaah tabligh. Tapi jemaah tabligh bagi saya kumpulan dakwah yang bagus.

Reply

17 liz February 27, 2016 at 8:27 pm

Assalam

Pengalaman adek…bersamaan dengan pengalaman sahabat baik kakak…apakah suggestion untuk dia kerja part time..

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2016 at 12:24 am

Wslm Kak,

Berniaga. Apa sahaja jenis perniagaan pun ok. Asalkan mulakan modal kecil (tanpa pinjaman) dan dia ada ilmu tentangnya. Kalau tak ada ilmu, kena belajar dulu.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: