Kenapa Perlu Call Sebelum Collect Stok?

by on August 1, 2015

Post image for Kenapa Perlu Call Sebelum Collect Stok?

Samada belian GAP atau non-GAP, semua kena call terlebih dahulu untuk “reserve stock” sebelum datang. Paling baik seminggu sebelum datang supaya branch office Public Gold (PG) boleh simpan stok untuk kita bila stok baru sampai dari HQ. Jangan terus terjah ke office PG sebab takut nanti kecewa.

Apa yang perlu kita fahamkan customer, “stock reservation” bukanlah bermaksud PG belum ada emas tu lagi hingga terpaksa tempah dari pihak luar, tetapi stok emas tu tak cukup di sesuatu branch.

Polisi PG, emas tu kita boleh collect di mana-mana branch seluruh Malaysia pada bila-bila masa. Kalau sesuatu branch tu kehabisan stok, kita boleh ambil di branch lain. Kalau kita beli 1 kilogram emas, maksudnya kita boleh ambil emas 1 kilo itu di mana-mana 18 branch (seluruh Malaysia) yang kita mahu.

Realiti Urusniaga Emas

Tetapi kita perlu faham, PG tak akan sediakan semua stok 1 kilo untuk kita di semua branch (bersamaan 18 kilo) sebab kosnya sangat besar. Kita kena bagi tahu terlebih dahulu nak datang ambil di branch mana, dan bila waktunya supaya mereka boleh gerakkan stok itu ke branch yang sepatutnya.

Sebab itulah PG kenakan caj “gold premium” atau nama lamanya ialah “transportation cost”. Itu caj untuk tanggung kos PG menggerakkan stok-stok itu ke branch yang kita mahu.

Jadi kita perlu maklumkan customer tentang isu stok supaya mereka faham “nature of transaction” jual beli emas. Ia tak sama dengan beli barangan runcit (yang kosnya rendah) di luar.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Julai 2015
10 Syawal 1436H

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: