Azam Sahaja Tak Cukup Untuk Berjaya

by on January 3, 2017

Post image for Azam Sahaja Tak Cukup Untuk Berjaya

Masuk tahun baru, ramai yang meletakkan azam untuk berjaya. Meletakkan azam untuk berjaya itu penting, tetapi azam sahaja tak cukup. Kena letak “komitmen” barulah boleh berjaya.

Pengalaman saya 2016, saya meletakkan azam untuk tulis buku tentang emas pertama saya. Maka saya letak target nak siapkan buku itu pada  Jun 2016. Saya siap tampal matlamat itu di home office dan bilik air saya supaya sentiasa ingat matlamat itu.

Bulan berganti bulan, sehinggalah bulan September 2016, matlamat hanya tinggal matlamat. Satu muka surat pun saya belum tulis!

Komitmen Kepada Mentor

Akhir sekali ketika di satu program di Kuching pada 1 Oktober 2016, guru emas saya En Syukor Hashim suruh saya buat komitmen; kalau tak siap tulis buku “Wang Emas” pada 1 Januari 2017, saya kena bayar beliau RM1,000. Itu komitmen! Saya setuju…

Bila dah janji dengan mentor, saya terus contact Galeri Ilmu (penerbit) dan berjanji nak serahkan manuskrip buku terbaru itu pada 1 Disember 2016 dan saya difahamkan mereka terus masukkan dalam senarai buku yang bakal diterbitkan untuk Pesta Buku Antarabangsa 2017.

Sebab ada komitmen, En Syukor selalu tanya progress buku saya, dan penerbit pun selalu follow up supaya manuskrip itu boleh disiapkan sebagaimana dijadualkan…

Akhirnya manuskrip itu siap pada minggu pertama Disember 2016 walaupun masa itu saya tengah sibuk. Walaupun manuskrip itu lewat seminggu dari tarikh yang saya janjikan kepada penerbit, tetapi ia siap sebelum tarikh akhir yang saya janjikan kepada mentor saya i.e. 1 Januari 2017. Alhamdulillah

Komitmen Memaksa Kita Berjaya

Bila kita dah buat komitmen, sesibuk manapun, tetap saya perlu siapkan juga. Pergi ke mana-mana, saya mesti bawa laptop. Walaupun saya agak banyak travel untuk seminar-seminar emas Public Gold, saya sentiasa mencari ruang untuk menulis, tak kira sambil menunggu flight di airport, atas flight, atas teksi UBER atau di mana-mana sahaja sebab sudah ada deadline.

Sembilan (9) bulan masa saya terbuang tanpa menulis walaupun satu muka surat buku itu atas alasan sibuk, tetapi bila letakkan komitmen, saya boleh siapkan dalam tempoh dua (2) bulan sahaja! Alhamdulillah.

Dari pengalaman itu, memang benarlah; nak capai sesuatu matlamat, tak cukup dengan meletakkan AZAM, tetapi kita perlukan KOMITMEN. Komitmen itulah akan memaksa kita untuk berjaya, insyaAllah…

Zulkifli
Damansara Damai
3 Januari 2017
5 Rabiul Awwal 1438H

[Kredit foto : veriusgroup]

{ 10 comments… read them below or add one }

1 azrinros January 3, 2017 at 11:04 pm

Bila ada komitmen otak akan liga berfikir nak selesaikan tugasan.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2017 at 8:48 am

Betul.

Reply

3 staff January 3, 2017 at 11:28 pm

Salam,
Terbaik En.Zul.. Tahniah..!! tak sabar nak miliki buku kedua. Semoga terus sukses.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2017 at 8:48 am

Wslm.

InsyaAllah.

Reply

5 mohd fairuz January 4, 2017 at 4:16 pm

selalu log in blog tuan. byk info emas yg saya dapat dan rasa minat nk beli emas mulai ada w/pun dulu x pernah ambik kisah langsung pasal emas.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2017 at 6:09 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

7 siti hazreen January 5, 2017 at 8:55 pm

wah, tahniah en.zul, saya akan nantikan kemunculan buku baru itu!

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie January 7, 2017 at 1:08 pm

Sama-sama Pn. Siti Hazreen.

InsyaAllah.

Reply

9 skyfun January 7, 2017 at 4:17 pm

‘Azam’ usahanya cuma bergerak di dlm hati .
‘komitment’ usahanya bergerak diseluruh jiwa dan fizikal.
dan keduanya hasilnya berbeza…

Reply

10 titan January 10, 2017 at 1:15 am

Ya.

berazam aje tak cukup.

Kena usaha seiring.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: