Itulah sebahagian perkongsian oleh Saudari Zatil untuk kita semua.“Tips mudah untuk menghafal Al-Quran:
“1 ayat, 1 hari, 44 kali”Ambil 1 ayat sehari secara tersusun, sebaik-baiknya bermula dari surah Al-Baqarah (Juz 1 hingga 30). Ulang bacaan (1 ayat tersebut) sebanyak 44-60 kali dalam sehari, INSYAALLAH lekat di hati.
Jadikan sebagai zikir harian.”
Surah pilihan untuk hafalan
Tentang menghafal Al-Quran ni, saya lebih gemar menghafal surah-surah yang saya MINAT untuk hafal. Iaitu surah yang tak berapa panjang ayatnya, lebih kurang 2-3 muka surat. Ayat-ayat yang menceritakan tentang kebesaran dan kehebatan Tuhan, Syurga dan Neraka. Ayat-ayat “Makkiyyah” yang menekankan persoalan aqidah. Dan ayat yang telah saya fahami maksudnya.
‘Lagu’ yang cukup menghiburkan
Surah-surah ni amat sesuai untuk dialunkan sewaktu masa lapang, ketika tak boleh buat kerja lain sepertu sedang “drive”, di atas motosikal, mengulik dan mententeramkan anak-anak supaya tidur dan sebagainya. Ia adalah hiburan yang sangat mengasyikkan terutamanya apabila kita faham maksudnya. Sedikit sebanyak menenangkan jiwa tatkala terasa resah dan tak tenteram.
Hafallah Al-Quran. Mengalunkannya lebih seronok dan lebih terhibur daripada menyayikan lagu-lagu cinta mahupun nasyid ciptaan manusia.
Oh! cukup menghiburkan…
Zulkifli
Damansara Damai
15 Januari 2008
terima kasih atas perkongsian tuan….sgt bermanfaat
Alhamdulillah.