MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenangan di Cradle Rock Genting Highland

July 29, 2008

Cradle Rock mengingatkan saya terhadap 3 orang sahabat
Genting Highland, pusat peranginan yang sangat sinonim dengan perjudian. Dengar namanya saja, ramai mereka yang Islamik tak teringin untuk ke sana. Mungkin saya juga salah seorang daripadanya suatu ketika dulu.

Kenangan Pertama di Cradle Rock

Suka tak suka, dah empat kali saya ke sana. Setiap kali ke sana, pastinya saya akan singgah di Cradle Rock. Cradle Rock mengingatkan saya akan 3 sahabat iaitu Dzorif (naqib di universiti), Johan, dan Allahyarham Rozi Razali, kerana pertama kali saya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Ulu Kali itu ialah ketika bersama dengan mereka. Iaitu ketika pulang dari Kajang menyambut pembebasan Pakcik Amjad dan Saudara Mahfuz yang dipenjarakan kerana menentang kehadiran pasukan Kriket Israel laknatullah itu. Kalau tak silap, mungkin sekitar tahun 2000 atau 2001.

Panorama Indah Menarik Minat Saya

Genting memang tempat hiburan yang agak menarik, tetapi yang paling menarik bagi saya ialah cuaca sejuk serta panorama indah dari puncak gunung itu. Ia cukup mendamaikan jiwa. Mungkin atas faktor itu jugalah, Pak Kiai kepada Datuk Dr. Rusly Abdullah (penulis buku “Petunjuk Jalan Kekayaan”) gemar membina tempat rehat di puncak gunung untuk bersuluk (beribadah).

Pemandangan indah dari Cradle Rock, sering menimbulkan rasa malas untuk meneruskan ‘pendakian’ ke hotel, dan Theme Park yang jaraknya lebih kurang 500 meter. Rasanya, seperti mahu lepak saja di situ. Yang pastinya, saya tak akan lepaskan peluang merakam panorama indah dari puncak gunung itu setiap kali tiba di Cradle Rock.

Bersantai Sambil Bersilaturrahmi

Di bawah ini, saya pamerkan beberapa foto di Genting Highlands ketika saya, isteri dan anak-anak pada 28 Jun 2008 yang lalu. Kami ke sana atas permintaan adik saya yang tak dapat memanfaatkan tiket free yang diperolehi hasil mengumpul keratan akhbar Berita Harian.

‘Percutian’ saya pada hari itu lebih menyeronokkan kerana turut disertai oleh sahabat saya Akhi Wan Abdul Rahman dan anak isterinya. Dan yang lebih menyeronokkan lagi, kami juga dapat bertemu dengan Akhi Fadhil bersama anak-anak dan isterinya. Ia benar-benar di luar perancangan kami.

Zulkifli
Damansara Heights
18 Julai 2008

Panorama indah dari Cradle Rock membuatkan saya malas teruskan perjalanan ke hotel dan taman tema.

Pemandangan indah dari Cradle Rock.

Hari itu Genting Highland dipenuhi kakitangan Honda – Family Day. Dari pagi saya tercari-cari sahabat saya yang bekerja di Honda.

Berehat sebentar melihat pemandangan tasik.

Corkscrew, pertama kali menaikinya rasa seperti nak tercampak. Huh, ingat nak mati jer masa tu. Kali kedua dah jadi seronok, naik bersama sahabat saya Wan Abdul Rahman.

Seronok kami bermain, tetapi lagi seronok melihat anak-anak yang bermain Busy Bugs kerana keseronokkan mereka juga adalah keseronokan kami.

Akhi Wan Abdul Rahman, isterinya Norziana dan anaknya Hani.

Dari pagi mencari, akhirnya bertemu juga dengan Akhi Fadhil sekeluarga di Surau bersebelahan Space Shot menjelang Magrib.

Ibu-ibu berfoto setelah penat seharian di Theme Park. Suatu ketika dahulu, mereka pernah berfoto ketika semuanya masih anak-anak gadis riang ceria.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>