MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Mudah Beli Emas Public Gold Online (2022)

March 21, 2013

gold bar bunga mas 10 gram public gold

[Artikel ini dikemaskini pada 29 March 2022]

Beli emas Public Gold semudah beli tiket "Air Asia" kata seorang customer saya. Walaupun tak jumpa dealer sekalipun, anda boleh place order sendiri secara online (dibuka 24 jam sehari).

Selesaikan bayaran, dan boleh buat postage emas anda (jika item emas bawah 5 Dinar) atau collect emas pada bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan di pejabat Public Gold terdekat.

Nak senang. Terus klik link dibawah untuk dapatkan tutorial bermula simpan emas.

4 Langkah Membeli Emas Public Gold

Langkah 1 : Register di Website Public Gold 

Register terlebih dahulu, untuk dapatkan PG Code. Contoh PG Code ialah "PG00576543". Caranya, klik link dibawah, dan masukkan maklumat yang diperlukan.

Perhatian!

Pastikan selepas register, terus proceed ke Langkah 2 dalam masa 24 jam, untuk elakkan akaun dikenakan freeze.

Langkah 2 : Lock Harga (Place Order)

Setelah dapatkan PG Code, buat order emas segera mengikut step seperti dibawah ini : Cara Lock Harga

Langkah 3 : Buat Bayaran

Jika semasa order emas belum lagi buat bayaran, ikuti langkah dibawah ini untuk buat bayaran, kalau ada online bank ini. Rujuk ini

Kalau tiada online banking, rujuk video dibawah ini,

Langkah 4 : Ambil Emas atau Request Pos Emas

Untuk item emas  5 Dinar dan ke bawah, boleh terus request Public Gold pos sahaja emas tu dari HQ Penang. Rujuk video ini untuk tahu caranya,

Selepas selesai bayaran postage untuk GIT tu, sepatutnya akan kita terima emas Public Gold dalam masa 10 hari bekerja.

Kalau belum terima, boleh terus hubungi service centre Public Gold melalui chat di website Public Gold, rujuk video ini untuk cara hubunginya,

Untuk item emas 50gram dan ke atas, perlu buat appointment terlebih dahulu sebelum datang branch untuk ambil emas. Klik link dibawah untuk booking appointment.

Itu sahaja 4 langkah beli emas Public Gold tanpa menunggu Dealer. Kalau ada sebarang persoalan, wassap saya di +6 019-336 8009.

Mohd Zulkifli b. Shafie
Kod Dealer: PG002369
(+6019-336 8009)
Damansara Damai
27 Jun 2017
3 Syawal 1438H

[Artikel ini dikemaskini pada 26 Julai 2021. Sebahagian blog comments di bawah ini mungkin tidak lagi relevan selepas tarikh ia dikemaskini]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Boleh ke minta PG simpankan emas yg kita beli untuk tempoh lebih setahun? Dah lama teringin nak beli dinar tapi masalahnya saya bekerja di luar negara balik setahun sekali.

    • Boleh tuan, tapi PG kenakan caj 1% setahun. Emas tu akan di hantar di Public Safe di Penang. Emas tu nanti kena ambil di Penang.

      Apa-apa nanti, tuan contact saya personally 019-336 8009 atau ibnushafie@gmail.com. Mungkin kita boleh berbincang untuk cari jalan terbaik mengikut situasi tuan nanti, insyaAllah.

    • assalamualaikum tuan.. sya pernah membeli 25g emas PG ni sejak dari tahun 2009. sampai sekarang masih dalam akaun public goal. persoalannya :
      1) lebih baik pegagang sendiri emas tersebut atau biar bank simpankan seperti dalam akaun sekarang?

      2) adakah sya akan dikenakan upah simpah apabila proses pengeluaran emas itu?

      3)menurun tuan Zul emas tersebut kene ambil di public safe penang??? kalau ambil di mana2 cawangan Public Bank yang terdekat x blh ker?

    • langkah seterusnya setelah membuat pembelian rm 20,000 untuk menjadi dealer?

      apa kelebihan menjadi dealer?

      braper persen leh dpt dr pembelian?

    • Untuk buat belian, bagi saya:
      (1) nama penuh,
      (2) no ic,
      (3) email,
      (4) no. telefon,
      (5) item yang nak dibeli
      (6) tempat tinggal / kerja sbb nak kenal pasti ofis PG terdekat untuk ambil barang.

      Kelebihannya, dapat komisyen / rebat 1% atas setiap belian, dan komisyen 0.5% atas setiap jualan balik kepada PG. Dan kalau dapat bantu kawan-kawan nak beli emas pun dapat komisyen 1%.

    • Kalau di Parit Sulong, branch PG terdekat di JB. Saya memang ada customer di Batu Pahat. Biasanya saya deliver dengan poslaju jer. InsyaAllah selamat. Dah 2 tahun lebih saya pakai poslaju, semuanya selamat sebab dia ada tracking number. Alhamdulillah.

      • Salam,, saya students dan baru nak belajar beli emas ni,, soalan nye modal saya x bnyak dalam 5000 ke bawah something,, so kalau saya nak beli dinar emas,, boleh beli dengan PG terus atau kene beli dgn dealer jugak?? Mane lagi untung kalau saya beli dinar ke atau gold Bar???

  • Assalamualaikum tuan zul, apa pendapat tuan tentang kejatuhan mendadak harga emas dan silver baru-baru ini. Adakah PG mempunyai stok untuk menampung permintaan pembeli-pembeli yang saya percaya akan menunggu dan membeli pada harga rendah sebegini. Kalau boleh tuan keluarkan la ulasan/artikel berkaitan dalam website tuan ni. 🙂

    • Wslm En Razif,

      Berdasarkan pembacaan saya tentang berita-berita emas, harga turun mendadak sebab negara Cyprus jual rizab emas 13 tan untuk selamatkan kedudukan kewangan negara dia yang tengah tenat ekoran krisis hutang negara-negara Eropah tahun 2012. Bila berlaku lambakan, harga emas dunia jatuh dan mendorong panic selling sebab orang takut ia turun lagi. Bagi speculator, mereka akan risau. Tapi bagi penyimpan emas, ini waktu yang ditunggu-tunggu.

      Dari sudut stok, Public Gold tak pernah ada masalah. Cuma kalau demand terlalu tinggi, mungkin stok dapat lambat. Pernah satu ketika dulu 2 minggu baru dapat stok. Tapi yang penting, peluang untung membeli waktu begini sentiasa terbuka, alhamdulillah.

      Wallahu a’lam.

    • Terima kasih kerana sudi berkongsi. Saya baru dapat tahu yg public gold ada menyediakan kemudahan pembayaran secara installment. Betul ke dan bagaimana pula dari sudut hukum syara’.Comply ke transaksi sebegini. Mohon penjelasan.

    • Saya baru selesai membacanya. Terima kasih. Cuma ada beberapa yg kurang clear. EPP ni guna kaedah apa. Cash atau Kad kredit. Maksimum berapa bulan boleh apply.

    • EPP ni bayaran ansuran 4 bulan, cash. Caj ruma 0.5% jer. Kalau order RM10,000, caj dia RM50. Total jadi RM10,050. Biasanya ansuran bulanan dia lebih kurang macam ni:

      Bulan 1 – RM2,514
      Bulan 2 – RM2,512
      Bulan 3 – RM2,512
      Bulan 4 – RM2,512

      Bila habis bayar baru boleh ambil emas tu.

  • Salam encik zul,

    Saya mmg newbie psl emas2 ni. mohon pandangan encik zul, yang mane satu encik zul recommend:

    1. beli terus 10 keping 1 dinar.
    2. beli sekeping 10 dinar.
    3. beli 5 keping dulu 1 dinar. kalau harga turun lg, beli lg 5 keping.

    mohon nasihat encik zul. tqvm

    • Wslm En Faizal,

      Kalau dalam keadaan harga emas yang tak stabil lepas penurunan mendadak dalam minggu ni, mungkin pilihan ke-3 adalah terbaik. Pokoknya, beli sikit-sikit. Kalau beli skaligus pun ok sebab harga sekarang lebih rendah dari harga 2 tahun lepas.

      Wallahu a’lam.

  • Salam,

    Sy dah lama gak follow blog abg ni. bnyk gak ilmu yg sy dapat mengenai pelaburan emas. Malam ni sy tngk hage dinar ada turun sikit then sy pun beranikan diri register & lock harga ikut cara yg abg ajar. Dah tentu lah introducer sy taruk nama abg. Nak tanya bnyk takut ganggu abg dah malam kan. Skrg ni tngh tunggu sales order. Paling cepat bila sales order dpt erk? Nanti apa2 sy xpaham sy contact abg k. Tq neomaximus8@gmail.com

    • Wslm Din,

      Tahniah sebab ambil langkah pertama dengan membeli emas. It’s ok. InsyaAllah paling lewat tenghari atau petang esok staff Public Gold akan emailkan Sales Order, insyaAllah. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya bila-bila masa di 019-3368009. InsyaAllah saya akan bantu apa temampu.

      Wassalam.

  • Salam En. Zulkifli.

    Saya nak tanye satu soalan.
    Berbaloikah kalau membeli emas dari Sri Ayu Fine Gold.
    http://www.sriayu.com/v2/
    Kadar spreadnye rendah.
    Harga yang mereka jual pun berpatutan.
    boleh saudara membuat perbandingan antara public gold dan sri ayu fine gold.

    Terima Kasih.

    – Amirul

    • Wslm En. Amirul,

      Emas Sri Ayu ok kalau tuan tinggal area yang dekat branch Sri Ayu e.g. negeri pantai timur supaya “senang beli, dan senang jual”. Ini disebabkan; berbanding PG, emas Sri Ayu lebih rendah permintaannya. Susah nak dapat pembeli individu bila kita nak jual balik nanti.

      Keduanya, emas Sri Ayu tak sesuai untuk pelabur besar sebab keupayaan syarikat membeli balik ada rendah. Kalau musim harga emas tinggi dan ramai orang jual balik emas tu, mungkin lambat untuk company bayar balik pada kita. Itu info yang saya dapat sepanjang terlibat dalam industri emas.

      Wallahu a’lam.

    • Terima Kasih atas jawapan tuan.

      Saya nak tanya pendapat tuan.
      Sekarang saya ada RM5000. Dan berminat untuk membeli emas public gold.
      Mana satukan yg baik untuk saya beli?
      Kombinasi (Gold bar, dinar, dirham) ataupun Dinar emas shj.

      Bolehkan saya meletakkan nama tuan sebagai introducer saya.

      TQ

    • It’s ok.

      1. Kalau modal RM5,000, terbaiknya beli 8 dinar. Samada kombinasi 5 dinar x 1 keping + 1 dinar x 3 keping, atau 1 dinar x 8 keping. Saya syorkan dinar sebab susut nilai lebih rendah. Coin 1 dinar cuma 6%, coin 5 dinar 5.5%. Bila susut nilai rendah, untung lebih cepat yang lebih besar berbanding emas yang susut nilainya tinggi.

      2. InsyaAllah, saya boleh jadi introducer En. Amirul. Nanti letakkan nama “Mohd Zulkifli Bin Shafie”, kod dealer “PG002369”, no tel. “019-3368009”. Nanti lepas place order, emailkan Purchase Order ke ibnushafie@gmail.com untuk rekod saya, dan memudahkan saya follow-up dengan Public Gold bila perlu, insyaAllah.

    • Kalau tuan bajet dalam RM150 – RM200 sebulan, boleh beli coin 1 dinar Public Gold secara ansuran, 4 kali (bulan) bayar. Public Gold kenakan caj 0.5% jer. Contohnya sekarang ni 1 Dinar cuma RM610. Maka cajnya RM3.05 je. RM613.05 / 4 bulan = RM153.30 jer sebulan. Habis bayar bulan ke-4, boleh datang ambil emas tu.

      Saya syorkan emas PG sebab spread (susut nilai) cuma 6% sedangkan company yang jual emas 1 gram tu, spread dia 20%. Maksudnya, beli emas PG jauh lebih menguntungkan tuan.

      Wallahu a’lam.

    • Salam,

      tQ for info.InsyaAllah tgh kumpul modal.tuk masa depan anak2 kan.Masa diaorg tak tau la ekonomi mcm mana.Saya akan call kalau berminat.

  • Salam.

    Sekiranya saya berhajat untuk jual balik emas PG, adakah saya boleh menjualnya kepada mana-mana dealer ataupun hanya kepada introducer sahaja?

    Terima kasih.

  • Salam tuan, saya ingin bertanya. Kalau saya ada cash RM1,500, apa yang disyorkan untuk saya beli? Saya belum pernah buat pelaburan emas sebelum ini, dan berminat untuk mula dari sekarang selepas baca blog tuan ini

    • Wslm,

      Boleh tuan, insyaAllah. Letakkan “Mohd Zulkifli b. Shafie”, kod “PG00236” sebagai introducer untuk registration nanti. Emas tu nanti boleh collect di office Public Gold Melaka. Nanti boleh contact saya bila-bila masa bila tuan perlukan consultation. 019-336 8009 (call/sms/whatsapp) atau ibnshafie@gmail.com. TQ.

  • Salam tuan,
    saya syukor, nak tanya pendapat tuan.
    umur saya 25.
    emas pertama saya beli 20g 999.9 harga 155/g kat pohkong, saje2 je beli, takde ilmu pun.
    bila dah beli satu ni, saya jadi minat nak main emas,saya pun buat la research.
    so,apa yg saya paham, kalau salah tuan betulkan pemahaman saya
    1.emas bungaraya ni takleh bukak seal, kalau bukak bertambah la rugi. so takleh la nak cagar ke nak belek2 rasa emas ke.haha
    2.saya bandingkan spread pohkong 12% tomei 10% pg 6%
    3.emas bunga raya pasaran kecik, pamp suisse worldwide.

    so,
    saya simpulkan PG bagus kalau nak buat investment.
    tapi..
    1. saya cash tak banyak, kredit kad byk la. haha.macam pohkong dan tomei offer 0% interest. tu yg best sikit
    2. sejauh mana power nama PG ni tuan? maksud saya kredibiliti, financial, production. sebab saya tgk website die tak berapa meyakinkan. tak nampak macam website company strong
    3. takde ke physical store yg macam tomei ka pohkong kat malaysia ni?

    sekian.
    tq tuan!

    • Wslm En. Syukor,

      Betul tu apa yang En. Syukor faham.

      1. Public Gold boleh beli secara ansuran 4 kali bayar (4 bulan). Cajnya cuma 0.5%. Berbanding kedai emas, harganya lebih murah, dan spreadnya juga rendah.
      2. Public Gold kilang pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia. Fokusnya ialah emas pelaburan, bukan perhiasan sebagaimana kedai emas. Ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Public Gold tak ada kedai, cawangan dia cuma sebagai distribution centre jer. Public Gold satu-satunya kilang emas yang dapat kepercayaan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk keluarkan coin dinar & dirham peringatan sempena Pertabalan Agong tahun lepas i.e. 2012.
      3. Public Gold memang tak ada kedai, yang ada cuma 18 cawangan (pejabat) sebagai distribution centre sebab konsep Public Gold ialah pembeli membeli terus dari kilang.

      Wallahu a’lam.

  • Asalamualaikum,
    Nak bertanya pasal kebaikkan dan keburukan;
    1, Buyer mendaftar untuk beli sendiri emas tersebut dan cuma meletakkan nama introducer semasa mendaftar id.

    2, Apa yang introducer dapat@komisen jika buyer ada membeli emas sendiri tanpa melalui introducer.

    3, Fizikal emas adakah introduce yang boleh ambil sebagai wakil atau cuma buyer sahaja boleh mengambil emas tersebut.

    4, Jika buyer jual balik emas ke PG, ada apa juga caj dikenakan kepada seller? Dokumen apa diperlukan. Dan tatacara penjualan balik emas tersebut.

    5, Saya nampak ada butang untuk jual balik emas dalam web PG, butang tersebut boleh digunakan oleh PG dealer untuk menjual emas buyer sebelum ini atau emas sendiri? Pembayaran balik melalui bank atau cek dan berapa lama proses diambil untuk pembayaran balik

    • Wslm tuan,

      1. Bila beli sendiri & letak introducer, nanti introducer tu akan bantu in case perlu follow-up dengan PG. Introducer / dealer berpengalaman lebih senang berurusan dengan PG bila diperlukan.
      2. Kalau beli tanpa introducer, harganya tetap sama. Introducer tak dapat komisyen. Dan pembeli rugi sebab seolah-olah lahir tanpa ibu bapa yang caring untuk dia membesar. Begitulah analoginya.
      3. Hanya penama belian tu sahaja boleh ambil emas tu, bukan introducer. Introducer hanya boleh ambil kalau penama sign borang authorisation untuk introducer jadi wakil.
      4. Kalau jual balik, cuma bawa emas & sijil jer. Tak ada apa-apa caj dikenakan. Kalau hilang sijil, cajnya cuma RM10.
      5. Butang jual balik tu untuk dealer jual emas atas nama sendiri – samada emas tu milik sendiri atau milik customer. Kalau serahkan emas tu sebelum pukul 4.00 ptg, petang esoknya akan clear bayaran melalui bank transfer. Kalau lepas pukul 4.00ptg, lusa baru clear bayaran.

  • salam,
    saya ada rm6000. saya nak bayar hutang rm3500. saya cadang nak beli emas, lepas tu pajakkan di ar-rahnu. guna duit dari ar-rahnu buat bayar hutang. kemudian saya simpan rm1300 sebulan utk tebus balik emas tu kelak. ok ke? sebabnya, saya rasa saya boleh bayar hutang dan masa yang sama saya dapat emas.
    apa pendapat en zul.

  • Salam..

    Minta pendapat..

    1.Jika saya ada modal RM5000.00 dan ini kali pertama saya ingin membeli emas, apakah pandangan saudara tentang emas yang mana saya patut beli samada gold bar atau dirnar ?

    2. Jika goldbar berapakah gram yang sesuai.. atau pun dinar samada 1 dinar 3x atau pun terus beli 2 dinar atau 5 dinar sekaligus ?

    Thankz Saudara Zul

    • Wslm Tuan,

      1. Kalau modal RM5,000, dinar lebih baik sebab susut nilai lebih rendah – untung lebih cepat & lebih banyak.

      2. Paling baik kombinasi coin 5 Dinar x 1 keping + coin 1 dinar x 3 keping. Atau 1 dinar x 8 keping. Kelebihan coin 5 dinar, susut nilai cuma 5.5%, lebih rendah berbanding coin 1 dinar (6.0%). Kelebihan coin 1 dinar, senang nak jual sikit-sikit nanti.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, Nak tanya adakah Public Gold ni ikut syariah? Contohnya jika melabur di BSKL ada kaunter syariah atau melabur di public mutual ada Islamic Public Mutual?
    Terima Kasih

    • Wslm En. Adlin,

      Jual beli emas Public Gold macam jual beli barang kemas jer. Kita bayar duit, Public Gold bagi barang. Barang tu kita simpan sendiri. Tak ada apa-apa jaminan pulangan tunai samada berbentuk dividen, atau pendapatan bulanan. Keuntungan hanya bila harga emas dunia naik lebih tinggi daripada waktu kita beli. Beli harga rendah, jual harga tinggi. Perbezaan “harga beli” dan “harga jual” itulah yang dikatakan keuntungan.

      Dari persepektif Bank Negara, Public Gold cuma syarikat jual beli emas macam Poh Kong dan Habib Jewel jer. Tak ada apa-apa pelaburan yang ditawarkan. Ia tidak dianggap “pelaburan” sebab tak melibatkan “deposit taking” oleh Public Gold sebagaimana pelaburan saham, unit trust dsb.

      Jadi secara umumnya, urusniaga jual beli Public Gold patuh syariah sebagaimana urusan jual beli emas yang lain juga.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm Pn. Azlina,

      Maksud puan, adakah perlu semak harga di website Public Gold setiap hari? Kalau itu maksud puan, jawapannya tak perlu cek harga melainkan puan nak beli emas lagi, ataupun nak jual emas. Kalau bukan sebab 2 perkara tu, tak perlu tengok harga emas supaya emosi tak diganggu dengan turun naik harga emas.

  • Salam,

    Sy ade soalan,
    1)public gold tak jual emas barang kemas 999 ke? sbb brg kemas diterima pajak kat mn2 ar-rahnu…
    2) pendapat tuan mngenai brg kemas 999 dan susut nilainya?

    sila bantu..
    ps: sbbkn xthu nk labur emas kat mn yg bgus, last2 sy melabur kat maybank GIA.

    • Wslm En. Azizi,

      1. Tak ada. Public Gold cuma jual barang kemas 916 sebab ia lebih kukuh, tahan lasak, dan diterima mana-mana ar-rahnu.

      2. Sesetengah ar-rahnu tak terima barang kemas 999 untuk pajakan sebab barang kemas begitu memang dikeluarkan khas untuk manipulasi ar-rahnu. Ia tak sesuai dipakai sebab emas 999 lembut, mudah patah dsb.

      Kalau nak melabur emas, Public Gold terbaik setakat ni. Saya syorkan Public Gold bukan sebab saya jadi dealer, tapi itu ‘study’ yang saya buat dah hampir 3 tahun. GIA yang patuh syariah setakat ni cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi jer.

  • Salam tuan..

    Saya nak tanya, kalau kita jual semula emas ke public gold, bila kita akan terima bayaran? Kita akan terima bayaran sebaik sahaja kita serahkan emas atau ada tarikh tertentu yg public gold akan buat bayaran?

    • Wslm En. Zulfikrie,

      Bayaran tu Public Gold akan transfer ke akaun kita dalam masa sehari. Kalau serahkan emas tu sebelum pukul 4.00 ptg, bayaran akan masuk ke akaun keesokan harinya. Kalau lepas pukul 4.00 ptg, bayaran akan dimasukkan ke akaun hari kedua.

      Wslm.

  • Assalam tuan,

    Sy berminat utk beli emas ni. Tp modal sy hanya RM1,000.00. Apa yang boleh tuan syorkan utk modal sebanyak ini?

    • Wslm Pn. Nor Azrilah,

      Saya syorkan beli coin 1 dinar sekeping. Sekarang dalam RM625++. Kalau boleh tambah sikit bajet dalam RM200++, boleh dapat 1 dinar x 2 keping. Coin 1 dinar terbaik dengan modal tu sebab susut nilai rendah.

    • Boleh beli di Cawangan. Nak letak introducer pun boleh, kalau tak letak pun boleh. Samada letak introducer atau tak, harganya sama jer. Cuma siapa ada introducer dia lebih beruntung sebab boleh dapat consultation percuma, dan introducer boleh bantu kalau berlaku apa-apa kesulitan bila berurusan dengan Public Gold.

      Kalau nak letak introducer, bagi tahu jer staff Public Gold masa nak buat belian tu. Biasanya dia akan mintak (1) Nama (2) Kod Dealer – kalau ingat (3) No. telefon.

  • Assalam tuan,

    Sy dah place order di PG online. PG dah email pd sy booking order. Jd langkah apa lg yg perlu sy buat sblum sy buat payment?

    • Wslm Pn. Nor Azrilah.

      Ok, dah boleh buat bayaran. Settlekan bayaran dalam masa 4 hari. Kemudian emailkan slip bayaran kepada payment@publicgold.com.my dan cc kepada ibnushafie@gmail.com. Lepas bayar, boleh collect emas tu bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan. Sebelum datang, call dulu branch tu untuk dia prepare stok siap-siap. Bawa slip bayaran asal dan sales order.

      Kalau ada apa-apa persoalan, puan boleh contact saya bila-bila masa di 019-336 8009 (call / sms / wassap).

      Nanti fowarkan Booking of Order tu kepada saya untuk rekod dan memudahkan saya follow-up dengan Public Gold bila perlu. TQ.

  • Salam En Zulkifli,

    Saya baru membeli 1 dinar emas. (saya letakkan nama tuan sebagai introducer). saya nak tanya, brape hari ea kita akan dapat sale order (saya hanya dapat booking order & confirm order)

    Terima Kasih

  • Salam Tuan,

    Saya berminat menyimpan emas. Salah satu sebab utama kerana saya tiada akaun bank khas untuk simpanan ringgit. Saya seorang muflis. Apa pandangan tuan dari sudut perundangan dan nama pada resit emas yang dibeli. Jika dipajak adakah mendatangkan masalah?

    • Wslm En. Kaer,

      Saya baru jer bantu seorang muflis beli emas. Memang emas sesuai sangat dijadikan simpanan sebab institusi kewangan dan bank tak ada rekod pembelian emas kita. Beli dan simpan dalam safe box. Tak siapa tahu berapa banyak kekayaan kita.

      En. Kaer contact saya 019-336 8009 (call / sms / wassap). InsyaAllah saya akan bantu.

    • Wslm En. Ezzat,

      Kalau emas Public Gold, minimum 1 dinar (4.25 gram). Sekarang ni harganya sekitar RM615. Kalau En. Ezzat bajet dalam RM150 – RM200 sebulan, saya syorkan beli coin 1 dinar secara ansuran 4 bulan (EPP) berbanding emas 1 gram yang dijual dipasaran. Sebabnya, coin 1 dinar susut nilainya cuma 6%, tapi emas 1 gram susut nilainya sekitar 20%. Emas yang susut nilainya lebih rendah, untungnya lebih cepat & lebih banyak.

  • Salam Tuan;

    Saya memerlukan beberapa advise dari Tuan:-
    1) Saya ingin menjadi Dealer Public Gold dan setahu saya perlu invest RM20K baru boleh jadi Dealer. Adakah perlu saya beli Gold bar atau Dinar Coin? Yang mana satu yang paling bagus untuk invesment?

    2)Saya bercadang untuk menjadi Full Time Dealer Public Gold. Bolehkah saya survive dan mendapat income dari Public Gold? Saya akan berusaha bersungguh2 dan berapakah purata sekiranya bekerja secara Full-Time?

    3) Apakah sales minimum utk kita maintain menjadi dealer? Berapakah sales yang perlu kita buat dan dapatkan dalam sebulan sekiranya hendak mencapai income RM10,000 sebulan?

    Harap Tuan dapat bantu saya..Terima kasih.

    • Wslm En. Fadzil,

      1. Betul, belian RM20k automatik jadi dealer. Untuk pilih item terbaik, saya syorkan En. Fadzil ikut panduan yang saya tulis dalam artikel di link http://www.bit.ly/itemterbaik .

      2. Berapa banyak income daripada bisnes Public Gold tu bergantung kepada usaha masing-masing. Untuk test air yang dalam, test sebelah kaki dulu i.e. mulakan dengan part-time dulu. Saya syorkan En. Fadzil layak sebagai Priority Dealer (komisyen 1.5%) atau Master Dealer dulu baru consider untuk buat full-time.

      3. Untuk maintain dealer, kena belian minimum RM500 dalam masa 6 bulan. Komisyen Public Gold 1%, 1.5% dan 2% mengikut dealership level. Kalau nak komisyen RM10,000 sebulan, kena capai target jualan bulanan RM1,000,000 (1%), atau RM670,000 (1.5%), atau RM500,000 (2%).

      En. Fadzil boleh contact saya terus ke 019-336 8009 (call/ sms/ wassap) kalau ada persoalan lanjut.

  • Salam….tuan sy nk tnya….mcm mane nk edit maklumt diri…sbb sy tersalah bagi alamat rumah….so sy takut untuk buat order on9….ada cara lain x…

    • Wslm, Cik Fara bagi saya details untuk saya lock price. (1) nama penuh (2) no ic (3) no telefon (4) email (5) item yg nak dibeli. Abaikan registration tu sebab saya akan daftarkan semula. Boleh hantar details ke 019-336 8009 (sms/ wassap).

  • Salam tuan,
    Sy nak tanya pengalaman tuan, tuan start membeli emas dgn menggunakan saving dari akaun tabung haji. Memandangkan saya juga hanya mempunyai simpanan dlm tabung hj, wajarkah sy menggunakan wang tersebut untuk memulakan pelaburan emas saya? Simpanan sy br ada dlm 15k.

    Adakah skrg waktu terbaik utk membeli emas memandangkan lg sebulan je lagi dividen tabung haji akan dibayar?

    Sy akan mendapat bonus dlm bulan 12 ni, agak2 masa tu masa terbaik ke utk beli rmas?

    • Wslm En. Riza,

      1. Kalau duit simpanan jangka panjang (at least 2, 3 tahun), sesuai digunakan untuk beli emas. Kalau tuan ada saving RM15k, saya syorkan biarkan dalam Tabung Haji sebanyak 3 bulan pendapatan. Duit selebihnya boleh lah digunakan untuk beli emas.

      2. Harga sekarang memang rendah. 1 dinar cuma RM585. Harga tertinggi sejak Mei 2013 ialah RM658, harga terendah RM550.

      3. Nak tunggu dividen Tabung Haji dulu pun ok sebab ia keuntungan yang pasti. Harga emas ada turun naiknya dalam jangka pendek.

      4. Kalau duit bonus tu untuk simpanan jangka panjang, saya boleh syorkan beli emas.

      Wallahu a’lam.

  • salam en.

    saya ada terbaca kat atas, jika walk in, limit bayaran hanya rm3000 seorang.

    jadi jika saya nak beli sekitar rm12000, boleh ke saya pergi 4 orang, saya tumpang ic 3 kawan saya supaya dapat buat bayaran rm12000? 🙂

    kemudian, boleh dapat terus ke semua yg saya beli sekitar rm12000 tu?

    sekian, terima kasih.

  • Assalamualaikum…En Zul

    Maaf kerana saya telah letakkan nama tuan sebagai introducer sebelum meminta izin terlebih dahulu…smlm, saya telah booking emas PG secara ansuran. Ini adalah pembelian pertama saya di PG.
    Booking slip sy cc kat en. Zul utk rujukan ye…

    Thanks.

    • Wslm En. Azrul,

      It’s ok. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Kalau ada apa2 persoalan tentang emas, En. Azrul boleh contact saya bila-bila masa di 019-336 8009 (call/ sms/ wassap). InsyaAllah saya boleh guide apa yang saya tahu. 🙂

      Nanti saya cek email tu, insyaAllah.

  • Salam En. Zul,

    Kalau saya planning utk buat long term investment dlm gold (3-5 yrs), sesuai tak utk saya beli PG dan simpan? Mcm mana dr segi credibility & sustainability company Public Gold itu sendiri? Bolehkah simpanan gold saya nanti dijual kpd kedai emas lain in case anything happened to company PG in the future?

    Kalau budget saya RM100k, apa suggestion tuan dr segi pilihan produk terbaik bg simpanan saya (gold bar atau dinar)?

    Memandangkan international gold market masih dlm mood downtrend, patut ke saya beli secara lumpsum kesemua 100k tersebut atau slowly by stages utk test the market?

    Saya ingin mendapatkan khidmat tuan sebagai introducer. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    • Wslm En. Azreen,

      1. Kalau emas fizikal, setakat ni Public Gold yang terbaik di Malaysia. Urusniaga telus, senang beli, senang jual, untung maksimum. Public Gold syarikat yang mendapatkan kepercayaan Jabatan Perdana Menteri untuk keluarkan syiling dinar & dirham sempena pertabalan agong tahun lepas. Public Gold syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia buat masa ni.

      2. Emas Public Gold boleh jual dimana-mana sahaja seluruh dunia sebab ia emas, dan ianya tulen. Cuma kalau nak dapat harga terbaik, semestinya kena jual balik kepada Public Gold.

      3. Kalau RM100k, gold bar 250g tu yang terbaik sebab susut nilai cuma 4.5% (terendah berbanding semua produk Public Gold yang lain).

      4. Pembelian yang bijak bagi saya beli by stages (sikit-sikit) untuk pemurataan kos terutamanya market sedang downtrend. Cuma kalau beli RM100k sekaligus, entitle rebat 1.5% (status Priority Dealer). Kalau beli bawah RM100k (minimum RM20k), rebat cuma 1%.

      5. InsyaAllah, saya boleh bantu untuk En. Azreen memulakan simpanan emas. Kod dealer saya PG002369, Mohd Zulkifli Shafie, 019-336 8009.

      • Alhamdulillah.

        Kalau saya nak jual balik nanti, adakah emas tu dikira sbg used gold? Berapa percentage value gold tu depreciate kalau saya tolak balik kpd PG? Kalau tolak kpd kedai emas lain berapa depreciation value?

        Kalau RM100k, better saya diversify kpd 10 Dinar kan, compare dgn gold bar 250g. Sebab spread sama, tapi bila nak liquidate balik nanti tak payah jual terus in big amount.

        Kalau saya entitle utk rebate 1.5%, maknanya spread secara teorinya reduce to 3.0% la kan…

        Sorry kalau soalan saya nampak childish, budak baru belajar.
        Jazakallah.

        • 1. Kalau jual balik kepada Public Gold nanti, ikut harga di website Public Gold (www.publicgold.com.my). En. Azreen refer harga sebelah kanan i.e. PG Buy. Peratusan perbezaan harga PG Sell dan PG Buy tu ialah susut nilai. Harga betul-betul ikut website. Kalau jual ke kedai emas, baru dia kira used gold dengan susut nilai 25%.

          2. Spread 250g (4.5%), spead 10 dinar (5.0%). Kelebihan 250g, spread lebih rendah. Kelebihan 10 dinar, senang sikit untuk jual sikit-sikit.

          3. Kalau En. Azreen entitle rebat 1.5% dengan belian RM100k, secara teorinya En. Azreen boleh tolak kos spread sebanyak 2.0% sebab bila jual balik nanti, Public Gold akan bagi lagi rebat 0.5%. Kalau beli emas 250g (spread 4.5%), spread sebenar ialah 2.5%. Sangat rendah.

          4. It’s ok En. Azreen. Saya pun bermula dengan tak tahu juga. Belajar sikit-sikit, lama-lama jadi pandai, insyaAllah. 🙂

      • salam. adakah jualan PG ini memang senang? perlukah tunggu masa untuk mendapat jualan?berapakah kos dicaj PG semasa jyalan?

  • Salam… Nak tanye… brpkah minimum harga pembelian emas di public gold secara online… saya nak lock harga dinar emas… maklumlah harga macam best ja… macam syok ja…

  • Salam En Zul.sy sebenarnya berminat utk membuat pelaburan emas.Dlm masa yg sama masih ragu2 sbb takut akan penipuan.
    1. Adakah PG ini benar2 selamat utk pelaburan?
    2. Sy ada simpanan di ASB dlm rm10k.Adakah sy perlu membuat pembelian emas di PG. Apakah cadangan terbaik En.Zul utk jumlah simpanan sy itu?Terima Kasih.

    • Wslm En. Jamry,

      1. Pelaburan emas Public Gold sangat selamat. En. Jamry beli emas, Public Gold bagi emas. Emas tu En. Jamry simpan sendiri. Kalau takut penipuan, En. Jamry datang beli secara walk-in. Bila bayar, pastikan terus dapat emasnya on the spot. Kalau stok untuk sesuatu item habis, pilih item yang stok ready.

      2. Saya syorkan simpan 3 bulan pendapatan dalam bentuk tunai (Tabung Haji/ ASB) sebagai dana kecemasan, selebihnya boleh guna untuk beli emas. Kalau belum cukup simpanan, beli dulu at least 1 dinar untuk dijadikan motivasi menyimpan emas dan harta.

      Wallahu a’lam.

      • Salam En Zul.

        Nanti klu sy nak beli emas di PG sy nak letakan nama En. Zul sbgi introducer blh tak?
        Klu sy beli emas di PG berapa lama sy perlu simpan?Bolehkah sy jual balik kpd PG semua sekali emas yg sy ada apabila harga naik utk dapatkan keuntungan kemudian dgn keuntungan tersebut sy membuat pembelian semula di PG utk (+ jumlah pelaburan).Terima Kasih.

  • As salam en zul
    Saya dok p.gudang. Rasanya pg branch kt perling. Boleh ke sy letak nama en zul sbgai introducer? Nak walk in je. Budget 5k lebih je. Mcm saudara hasan la, guna ic kwn.

    • Wslm En. Faisal,

      Betul, ofis Public Gold ada di Perling. Silakan letak nama saya sebagai introducer i.e. Mohd Zulkifli b. Shafie (PG002369). Saya dapat info semasa meeting antara Master Dealer dan Top Management PG hari Sabtu lepas (23.11.2013), sekarang ni boleh datang beli walk-in RM20,000 atas satu nama. Maksudnya, kalau pakai nama En. Faisal seorang pun boleh beli emas RM5k dan bayar tunai di ofis PG. Alhamdulillah…

  • As salam. Kalu sy nak en zul tolong order n bayarkan leh? Xde internet banking. Nanti sy transfer ke akaun en zul. Kalu walk in takut lama sgt atau x sempat lak.

    • Wslm En. Faisal. Boleh, insyaAllah. Nanti sms saya:

      (1) Nama penuh
      (2) No. ic
      (3) No. telefon
      (4) Email
      (5) Item yg nak dibeli.

      Saya akan orderkan, transferkan duit tu ke akaun PG, dan emailkan slip bayaran terus kepada PG. Nanti nak ambil barang, En. Faisal cuma printkan Sales Order & Slip Bayaran, dan bawa ke ofis PG.

  • Sy xde internet banking. Jd guna deposit machine je nak transfer duit. Andai kata machine error, boleh guna statement bank x?

  • Assallamualaikum, En.Zul
    -Pengiraan zakat bagi emas yang tidak dipakai seperti gold bar @ Dinar emas,mohon pencerahan selanjutnya dari En.Zul.
    -Bilakah tempoh yang seharusnya bagi pengiraan zakat emas?
    Terima Kasih.

  • Assalam..en.zul,,sy dah register jd ahli PG..sy guna nama en.zul sbg introducer..kalau sy nk walk in terus beli kat cwangan boleh ke? Maknanya sy xperlu order online?

  • salam

    en zul, nak tanya…saya ada modal rm20k…kalo nak beli emas jenis yg mn patut saya beli utk tahun permulaan…dinar/bar emas…sy nak beli emas utk simpanan..dan target dlm tahun seterusnya dinar 2 keping setiap thn…satu lagi mintak izin en zul jd introducer…tk

    • Wslm En. Nusi,

      Kalau beli untuk simpanan sendiri, saya syorkan beli item yang susut nilai paling rendah. Kalau bajet RM20k, dengan harga sekarang boleh beli:
      – Coin 10 dinar x 3 keping
      – Coin 5 dinar x 1 keping
      – Coin 1 dinar x 1 keping

      Untuk faham item apa paling baik, saya syorkan En. Nusi baca artikel saya di link http://www.bit.ly/itemterbaik .

      Boleh letak nama saya sebagai introducer / dealer. Mohd Zulkifli b. Shafie, kod PG002369, 019-3368009. Nanti lepas order, emailkan Sales Order kepada saya untuk rekod dan senang saya bantu kalau perlu follow-up dengan Public Gold. InsyaAllah.

  • Assalam Encik Zul,

    Kalau saya bermastautin di luar negeri dan membeli emas PG, bolehkan saya wakilkan sesiapa untuk mengambil emas tersebut ? Adakah lebih baik jika saya terus biarkan emas tersebut berada dalam simpanan di PG ?

    terima kasih 🙂

    • Wlsm Cik Min,

      Cik Min ada 2 pilihan:

      1. Order buat atas nama wakil tu terus. Contohnya, wakilkan kepada ayah. Masa order tu, buat order atas nama ayah jer. Senang nanti dia boleh ambil emas tu. Emas tu tak ada masalah siapa yang beli pun sebab ia boleh dipindah milik tanpa apa-apa syarat.

      2. Simpan emas dengan Public Gold menggunakan servis dipanggi AGSS. Cajnya cuma 1% setahun. Dengan servis ni, Cik Min boleh beli online, dan jual emas tu secara online tanpa perlu ambil emas secara fizikal. Public Gold akan snap foto emas tu beserta no siri dan disimpan dalam web Public Gold. Cik Min boleh view pada bila-bila masa. Kalau Cik Min mahu, emas tu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Kalau nak jual balik pun, boleh jual secara online tanpa perlu datang ke pejabat Public Gold. Maklumat lanjut boleh cek di link http://bit.ly/simpandiagss .

  • Maaf encik, terlupa lg satu soalan tadi.

    Jika emas yg saya beli disimpan oleh PG, adakah simpanan saya itu ada perlindugan atau jaminan ( seperti PIDM utk simpanan di bank) jika apa2 terjadi kepada PG ?

    terima kasih

  • Asalamualaikum tuan, soalan 1) andainya saya hanya register pg saja terlebih dahulu pada hari ini dan tangguhkan order ke minggu depan, adakah ini dibolehkan? Soalan 2)saya di Miri,terfikir sama ada nak collect emas tu nanti di kk,Sabah banding di Kuching sebab lebih dekat.takda masalah kalau buat mcmni kan? Terima kasih atas jawapan ya bakal dberikan.

  • Assalammualaikum En.Zul
    Maaf lah mengganggu.sy nak tanya kat mana kita nak beli tempat untuk simpan barang-barang emas (Gold Bar dan Syiling Dinar) yang kotak empat segi dalam ada alas kain warna merah tu.?

    • Wslm Pn. Dania,

      Kalau modal RM10k, saya syorkan beli dinar kesemuanya sebab susut nilai lebih rendah. Dinar paling baik ialah coin saiz 10 dinar sebab susut nilai cuma 5.0% jer. Susut nilai lebih rendah maksudnya untung lebih cepat dan lebih banyak. Tapi kalau nak pakai duit, kena jual seketul 10 dinar walaupun nak pakai duit sikit jer.

      Kalau nak senang jual sikit-sikit nanti, beli coin 1 dinar (susut nilai 6.0%) kesemuanya.

  • Assalammualaikum En.Zul, selamat pagi,salam sejahtera & selamat tahun baru.

    En.Zul, saya nak bertanya, contohnya kalau kawan saya, dia beli emas di Public Gold rm20k secara automatik dia menjadi normal dealer.persoalannya adakah komisyen 1% dibayar kepada kawan saya tu @ kepada dealer yang memperkenalkan dia (sbb dia gunakan PG cod dealer tersebut??mohon pencerahan..Terima kasih.

    • Wslm En. Jamry,

      Kalau dia beli atas nama dia sendiri menggunakan kod dealer tersebut sebagai introducer, dia akan dapat komisyen 1%. Tapi kalau dia beli atas nama dealer tersebut, dealer tersebut yang dapat 1%.

      Kalau En. Jamry (sebagai dealer) orderkan emas untuk kawan En. Jamry tu atas nama dia sendiri dan meletakkan En. Jamry sebagai introducer, dia akan dapat 1% dan En. Jamry akan dapat recruitment incentive sebanyak RM100.

  • Salam tuan,
    saya baru order dinar semalam (01/01/2014, lebih kurang jam 7.30pg) lepas tu terima la Booking Order dimana kat bawahnya tertulis “the payment shall be made within 24hours after the issuance of Booking Order”.
    soalan saya:
    nak bayar sekarang ke atau tunggu Sales Order macam yang tuan jelaskan tu?
    mohon pencerahan, risau jugak saya sebab ni pembelian pertama thru online by myself.

    • Wslm,

      Abaikan notis 24 jam tu. Buat bayaran dalam tempoh 4 hari. Jangan risau.

      Nanti fowardkan Booking Order to kepada introducer untuk rekod dan memudahkan dia follow-up dengan staff Public Gold bila perlu.

  • Assalam,
    Saya berminat untuk membeli emas sebagai pelaburan. Tapi tak pasti jenis yang mana patut saya beli sebagai permulaan. Katakan bajet saya dalam rm1k, yg mana sesuai saya beli?
    di melaka ada tak cawangan public gold?

    • Wslm Pn. Sha,

      Kalau bajet RM1k, beli coin 1 dinar. Kalau boleh top-up dalam RM160 lagi, boleh dapat 2 keping.

      Di Melaka ada cawangan Public Gold di Batu Berendam. Kalau Pn Sha nak buat belian, boleh terus ke ofis Public Gold Melaka pun boleh. Boleh letak nama saya sebagai introducer / dealer supaya mudah saya bantu kalau perlu follow-up dengan Public Gold bila perlu. InsyaAllah.

  • Macam mana tu kalau nak bagi nama tuan sbg introducer? Pihak PG akan bagi sebarang borang untuk diisi ke ketika urusniaga? Saya terbayangkan seperti membeli barang kemas di kedai emas..

  • Assalammualaikum En. Zul.

    Sekarang harga emas telah dilihat sedang naik, pada pemerhatian En. Zul adakah petanda ini harga emas akan terus naik selepas ini dan adakah sekarang kita boleh untuk membuat pembelian lagi atau bagaimana?

  • slm tuan. adakah umur 55 tahun pada pertimbangan tuan masih sesuai utk melabur emas PG. di manakah cawangan PG bagi negeri perak. insyallah saya berikan nama tuan sebagai introducer.

    • Wslm En. Nazri,

      Saya tak pasti sesuai atau tidak, tapi kalau ada duit simpanan jangka panjang, saya boleh syorkan beli emas. Dan saya syorkan En. Nazri mulakan dulu secara kecil-kecilan, dan ambil masa untuk belajar tentang emas. Sejauh mana untung simpan emas bergantung sejauh mana ilmu kita tentang emas.

  • assalamualaikum En. Zul….

    Dimanakah tempat paling sesuai(terbaik) simpan emas didalam rumah….Guna peti besi kah? Buat lubang dalam lantai rumah kah?(hehe) atau atas shiling ke?…..Saya mushkil sebab selalu beranggapan simpan banyak barang kemas dirumah tidak selamat.

  • Assalammualaikum En.Zul .
    Mohon pencerahan dari En.Zul,
    (1). Bagaimanakan pihak PG membayar komisyen kepada dealer2?
    (2). Adakah dealer2 perlu memberitahu pihak PG yang mereka perlu mendapat komisyen2 hasil dari pembelian/jualan yang telah dilakukan atau pihak PG telah ada sistem untuk pemberian komisyen tersebut tanpa pihak dealer perlu untuk mengingatkan pihak PG berkenaan komisyen yang sepatutnya mereka perolehi?
    (3). Dan bilakah komisyen tersebut sepatutnya diperolehi oleh dealer, cara komisyen tersebut diagihkan?

    • Wslm En. Jamry,

      1. Public Gold akan bank-in duit ke akaun dealer. Syaratnya dealer mesti serahkan akaun Maybank / Public Bank kpd Public Gold. Kalau belum ada akaun tu, kena buka akaun.

      2. Tak perlu sebab Public Gold boleh keep track dalam sistem.

      3. Komisyen akan dibayar pada 20hb bulan berikutnya. Kalau belian Disember, komisyen akan dimasukkan ke dalam akaun pada 20hb Januari. Kalau tengahari belum masuk komisyen, cuba cek sebelah petang. Public Gold akan bank in terus ke dalam akaun kita.

  • Assalammuakaikum.
    Sy br follow tentang emas pg ni.sy phm jgk la cara nk mule kn.yg sy nk tnye..lps kite amek emas & sndri simpan..ape jd pd pelaburan kite tu? Mksud nyer bgmana nk dpt untung tu.mohon penjelasan.terima kasih

  • Maksud nyer nk pakai duit..kite jual..ade modal..kite beli lg.bgitu la seterus nyer yer? Ade cara lain selain tu..(klu bkn sbb nk pakai duit)

  • Assalammualaikum,
    En.Zul
    Apa pendapat En.Zul berkenaan harga emas sekarang. Adakah ianya masih diparas boleh untuk dibuat pembelian atau dijual (kepada sesiapa yang telah membuat belian pada penghujung tahun lepas dan awal januari 2014)

    • Wslm En. Jamry,

      Paras harga sekarang masih rendah berbanding 2, 3 tahun lepas. Harga 1 dinar pernah cecah RM830 sekeping. Harga terendah dalam tempoh 3 tahun sekitar RM550. Dalam tempoh 6 bulan lepas, harga tertinggi RM658. Sekarang ni sekitar RM590 jer. Bagi saya masih paras yang rendah. Siapa beli emas akhir Disember 2014, dah boleh jual kalau nak “take profit”.

  • Assalammualaikum En.Zul
    Mohon pendapat En.Zul adakah masa sekarang masih boleh untuk membuat pembelian emas, memandangkan harga emas dalam keadaan menaik dan adakah ianya akan terus naik atau akan berlaku penurunan semula. Mohon pencerahan daripada En.Zul.. Terima Kasih.

    • Wslm En. Jamry,

      Secara jujurnya saya tak tahu harga emas akan terus naik atau akan turun balik. Tapi berdasarkan pergerakan harga sebelum ni, bila dia naik mendadak begini, dia akan turun balik kalaupun dia nak naik balik. Memang betul harga dah naik, tapi paras sekarang sebenarnya masih rendah berbanding rekod 3 tahun harga emas.

      Wallahu a’lam.

  • assalm en zul antara dinnar, gold bar dan barang kemas.. yang mana yg terbaik.. boleh ke kalau saya dapat gaji sy beli emas kemudian sy pajak.. untuk dapat tunai baru saya bayar hutang

  • Assalaamu’alaikum sy dapati unsur transaksi seperti dibawah ini. Saya sukar nak faham..jadi bolehkan tuan tolong jelaskan adakah ia dibenarkan syariah didalam muamalat Islam..

    READY STOCK EMAS HARGA KILANG
    Tarikh: 15 Februari 2014
    ITEM
    Rantai Tangan 916 Design P
    11.90g, 10.47g,13.62g, 9.61g, 10.86g, 13.06g, 12.30g, 13.79g, 13.62g, 9.51g, 9.17g
    Rantai Tangan 916 Design Pt
    13.18g, 13.45g
    HARGA
    RM137/g

    KAEDAH PEMBELIAN 1
    1. Lock item yang dipilih dan buat bayaran ke akaun Maybank 5xyxyxy500x0x0 (xxx Dagang Emas)
    2. Item tersebut akan kami masukkan ke Ar Rahnu Xchange dan hasil pajakan akan kami gunakan untuk diniagakan dalam perniagaan emas kami.
    3. Hasil keuntungan akan diagihkan kepada anda dengan kadar RM6.50 setiap bulan untuk setiap gram emas tersebut.
    4. Tempoh minima untuk kami menyimpan emas anda adalah 3 bulan sahaja. Setelah 3 bulan emas akan diserahkan kepada anda atau anda boleh terus membenarkan kami menyimpan emas tersebut dan menikmati keuntungan RM6.50 segram setiap bulan.

    KAEDAH PEMBELIAN 2
    1. Lock item yang dipilih dan buat bayaran ke akaun Maybank 5xyxyxy500x0x0 (xxx Dagang Emas)
    2. Item tersebut akan dihantar kepada anda.

    Mohon maaf kira menyulitkan tuan membuat kajian.

    Terima kasih

    • Wslm Pn. Abby,

      Prinsip paling penting beli emas ialah, beli emas mesti dapat emas. Kalau emas tu orang lain simpankan, laburkan dsb, mesti ada yang tak kena dengan keadah jual beli / pelaburan tu. Kalau syarikat tak jujur, kita akan lingkup dulu. Saya tak syorkan buat belian macam tu.

      Puan beli emas, terus dapat emas. Itu jer.

  • assalamualaikum encik zul… sya dh daftar dengan public gold. pada ruangan introducer sya hnya ltak PG sbgai introducer… blhkah sya nk ltak nma encik zul sbgai introducer smasa hndak lock in harga?? mohon pencerahan..

  • encik zul bolehkah kita membeli emas di PG mcm beli emas di kedai emas. Contoh nya xperlu booking xperlu xperlu bank in… Bwa cash trus beli kat mana2 branch Pg direct

    • Kalau belian bawah RM3,000, boleh datang beli walk in jer. Kalau RM3,000 ke atas, kena order dulu dan buat bayaran. Lepas bayar baru boleh datang ambil.

      Kalau tuan datang beli walk in, boleh letakkan nama saya sebagai dealer / introducer supaya senang saya bantu kalau ada perkara yang perlu follow-up dengan Public Gold. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya terus 019-336 8009 (call, sms, wassap). InsyaAllah saya akan bantu memudahkan proses jual beli.

  • Assalamualaikum en.zul…sy nak letak en.zul sbg introducer sy boleh x?sbb byk info bguna yg sy dpt ni adalah dri website en.zul.tq…

  • assalam.. nk mnta encik zul booking dinar… maklumat sya dh hntr kt email encik zul… klau sya nk byr walkin esk dan amek terus blh x??

  • Salam , tuan zulkifli.
    Saya nk tanya beberapa soalan.
    1. kenapa Public Gold punya spread boleh jadi rendah tidak seperti ( saya baca comment pembaca en.syukor ) pohkong 12% tomei 10% PG 6% ?
    2. Saya dalam pertimbangan nak beli emas utk invest dan simpanan tapi masalah yg saya fikirkan ialah sy masih belajar dan kewangan tidak seberapa. Mintak pandangan tuan nak beli 1 dinar ke 2 dinar ke camna , boleh?

    Terimakasih 🙂

    • Wslm Cik Nurazrina,

      1. Kadar spread ditetapkan oleh pekedai masing-masing. Ia adakah kadar keuntungan mereka. Sebagai pembeli, kita kena bijak pilih item yang spread paling rendah.

      2. Saya syorkan mulakan dulu dengan coin 1 dinar. Lepas tu tambah ilmu tentang emas. Nanti lebih cepat faham dan senang buat keputusan untuk belian seterusnya.

      Wallahu a’lam.

  • assalamualaikum…

    Saya merupakan pelajar di sebuah universiti di Melaka..Dalam simpanan saya ada sekitar 10k..kalau saya kluarkn rm3k utk melabur dinar emas n beli secara walk-in ok kea?..kalau cash transfer slain maybank /publicbank bleh kea?..oleh en jd intruducer saya?..sbb mmg nk membeli dan menyimpan emas, tp cetek lg ilmu nie..

    • Wslm En. Aizat,

      Ok, boleh beli secara walk-in. Pakai cash transfer pun boleh. En. Aizat boleh letak nama saya sebagai introducer, Mohd Zulkifli b. Shafie, PG002369, 019-336 8009. Kalau ada apa2 persoalan, boleh contact saya bila2 masa.

  • Assalammualaikum…

    Saya berminat nak membuat pelaburan emas ni. Saya dah daftar dan jadikan Tuan Zulkifli sbg introducer saya. Harap tuan dpt beri tunjuk ajar.

    • Wslm Pn. Akma,

      Ok puan, terima kasih atas kepercayaan kpd dealership saya. Kalau dah buat order nanti, forwardkan Booking Order ke ibnushafie@gmail.com untuk rekod saya dan memudahkan saya bantu follow-up dengan Public Gold bila perlu nanti. Kalau puan ada apa-apa persoalan, boleh contact saya bila2 masa di 019-336 8009 (call, sms, wassap).

  • assalamualaikum tn.

    saya bru nk bljar menyimpn emas , tp kwn sy ad mencadangkn pembelian emas melalui Power Gold . jadi pda pndangan tn mna lagi baik ye dr segi pembelian dn penjualan emas . Power Gold ke Public Gold ? trima kasih tn

    • Wslm En Hidayat. Saya syorkan Public Gold sebab emas dia senang beli, senang jual, untung maksimum dan paling penting, urusniaga telus. Saya syorkan En Hidayat baca penerangan saya dalam artikel “10 Kelebihan Utama Emas Public Gold”.

      Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya 019-336 8009 (call, sms, wassap).

  • Assalam enzul…mohon nasihat utk pembelian emas PG.
    apa yg sesuai dgn modal 2k.
    sekian terima kasih.

  • Salam en.zul,

    saya baru terjumpa blog tuan dalam bulan ni..terima kasih sebab luangkan masa untuk berkongsi ilmu. sedikit sebanyak artikel2 tuan telah memberi kesedaran kepada saya dalam pengurusan kewangan. semoga Allah membalas yang lebih baik untuk tuan. sekarang ini saya terus2an menasihati semua ahli keluarga saya untuk merancang kewangan. Alhamdulillah..

    saya berminat dengan pelaburan emas ni. tapi sikit2 sajalah sebab kewangan masih sederhana. masalahnya saya menetap jauh di tawau, sabah ni sedangkan cawangan public gold terdekat hanya di kota kinabalu. jauh tu..

    apakah cadangan terbaik tuan dalam membantu saya menjadi seorang pelabur kecil2an pada permulaan ini?

    sekian. terima kasih. assalamualaikum 🙂

    • Wslm En. Man,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

      Kalau di Tawau, insyaAllah saya boleh bantu untuk pembelian. En Man contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Kalau ada wassap lagi baik.

  • Assalamualaikum.

    En, zul saya berminat untuk menyimpan emas setelah mmbaca artikel2 tuan.
    Saya ade mmbuat pinjaman peribadi di bank islam dgn potongan 300 bulanan secara debit. Apa pandangan tuan jika saya buat overlap kembali pinjaman tersebut untuk membeli emas di PG. Mohon pandangan

  • Salam bro zul..
    Sy ni bmnt bli emas secara kecil2an ie 1 grm setiap bln..(sikit2 lame2 jd bkt kan…) but p gold xde 1 grm kan…klu tgk cth en zul semua main ribu2 dn puluh ribu…kdg2 rase malu plak golongan mcm sy ni nk tny soalan pd en zul….

    • Wslm En. Azman,

      Kalau bajet dalam 1 gram, saya syorkan beli coin 1 dinar secara ansuran (EPP). Coin 1 dinar jauh lebih baik daripada emas 1 gram yang ada di pasaran sebab (1) harga per gram lebih murah, (2) susut nilai jauh lebih rendah dan (3) untung jauh lebih baik. Saya syorkan En. Azman mulakan dengan coin 1 dinar. Atau boleh mula beli coin 10 dirham Public Gold. Harga tak sampai RM100 pun sekarang ni.

  • Salam
    Alhamdulillah secara tak sengaja terbaca website saudara Zul. Saya ingin memohon pendapat saudara Zul. Saya ada hutang kredit kad RM10k. Tiap-tiap bulan saya hanya mampu buat bayaran minimum RM500. Adakah patut saya ambil personal loan dalam RM20k untuk settle credit card dan balance saya gunakan untuk beli emas. Adakah harga emas akan naik dalam masa 6 bulan?

    • Wslm,

      Kalau untuk settle kad kredit yang interestnya memang tinggi, boleh bayar secara lump sum dengan duit personal loan sebab interest personal loan jauh lebih rendah.

      Kalau untuk beli emas, saya syorkan beli dengan duit simpanan jer, tak perlu buat loan. Melainkan, tuan nak paksa diri menyimpan secara disiplin, boleh beli emas dengan duit lebihan loan. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Saya tak syorkan beli emas kalau target nak untung dalam tempoh setahun ataupun kurang dari setahun.

      Wallahu a’lam.

  • lepas dapat sales order kite terus bayar dan dapat emas selepas 3 hari bukankah itu dikira sebagai riba sebab ia melebihi 3 hari???/

    kalau salah tolong betulkan 🙂
    kalau betul berikan bukti dan penjelasannya….

  • salam,
    saya ada beberapa soalan:

    1. jika saya beli lebih dari rm10000, limit untuk online transfer adalah rm10000 sehari.
    boleh ke saya bayar beberapa kali, dan ambil masa beberapa hari?
    lepas tu emel semua bukti bayaran serentak?

    2. ok ke kalau saya simpan di AGSS? saya plan beli dan tak mau keluarkan sehingga 3-4 tahun.
    ada perlindungan insuran ke kalau simpan di AGSS ?

    terima kasih.

    • Wslm,

      1. Boleh bayar banyak kali. Bayaran kena buat & emailkan dalam masa 4 hari. Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa di office Public Gold. Cuma sebelum datang, call dulu branch tu untuk mereka reserve stock.

      2. Kalau nak lebih murah, lebih baik sewa safe deposit box. AGSS ok tapi cajnya 1% setahun. AGSS dilindungi insuran. Kalau simpan di AGSS, bila nak jual nanti, kena jual satu batch yang tuan beli tu. Tak boleh jual sikit-sikit.

  • salam,
    terima kasih atas response.

    Satu lagi soalan, untuk bulan jun ni pembelian > rm10000 akan dapat jadi dealer ye?
    bagaimana prosesnya? adakah perlu apply, atau automatik bila beli > rm10000 akan jadi dealer?
    terima kasih.

  • Assalamualaikum,

    Kalau sy berminat nk jadi dealer sempena promosi bulan ni, boleh ke buat bayaran secara EPP?

  • Salam, nak tanya. Saya dah reg PG dah lama, so masa reg dulu takada introducer. Tapi, lepas baca artikel saudara, saya rasa macam nak letakkan saudara sebagai introducer saya. Boleh tak ? Macamana saya nak buat ?

    • Wslm En Megat,

      Kalau belum buat pembelian (sekadar register je), boleh tukar introducer dengan mudah. Caranya, mass nak order, biar saya yang bantu orderkan.

      Tapi kalau pernah buat pembelian, tak boleh tukar introducer melainkan En Megat nak upgrade daripada status sebagai customer menjadi dealer. Itu boleh.

  • Assalamualaikum.

    Setelah membaca blog tuan, saya berminat nak beli emas di PG. Saya mempunyai modal rm2000. Mintak jasa tuan syorkan emas mana yg patut saya beli. Sekian.

  • Assalamualaikum

    1. Saya bercadang nak beli coin mana lebih baik PG atau dinar Kelantan.
    2. Saya dimaklum bahawa PG dimiliki oleh Bangsa Cina apa kata kita beli dari syarikat yang dimiliki oleh orang Islam GCP misalnya. Apa pendapat tuan.
    wassalam

  • Assalamualaikum En Zul,

    Saya nak tanya, saya berniat untuk beli emas untuk anak-anak untuk masa depan mereka..bajet tak la banyak ..dalam 1500 seorang..apa cadangan en zul..beli dinar atau beli gold bar 10g seorang..

    terima kasih

  • Saya nak register macam tuan ajar la, tapi kan pada pendapat tuan patut mulakan pembelian secara ansuran ataupun
    1. Tunggu sampai ada simpanan 3 bulan baru start buat pembelian
    2. Tunggu 2 tahun lagi bila dah langsaikan semua hutang baru fikirkan simpan harta.
    Sebab monthly cash flow saya sangat sedikit..

  • Salam tuan.

    Mohon pandangan sekiranya sy ada bajet dlm 3k, item apa yg terbaik boleh sy beli? Sy baru nak berjinak2 simpan emas. Klu minta tuan uruskan pembelian boleh ke? Tp klu pos laju tu, leh jamin selamat ke emas kita tu?

    Berapa hrga terkini emas PG?

    Terima kasih.

  • Salam tuan…
    Saya berminat dengan pelaburan emas ini…tapi belum cukup ilmu…saya tinggal di ipoh..
    Ada tak cawanga PG di sini?

    • Wslm En. Hasani,

      InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. En. Hasani boleh contact saya 019-336 8009 (saya prefer wassap atau call). Office Public Gold memang ada di Ipoh. Kalau nak buat belian, saya boleh bantu orderkan (lock harga). Nanti bayar terus kepada Public Gold, dan ambil emas tu di office Public Gold Ipoh.

  • Assalamualaikum tuan…
    Saya mcm Sdr Hasani gak berminat dengan pelaburan emas ini…tapi belum ada pengetahuan serta belum cukup ilmu mengenai pelaburan emas… skrang nii saya tinggal di Kuantan..
    Ada tak cawangan PG di sini?

  • Asslamua’laikum En Zul.
    Setelah mmbaca blog En Zul,saya tertarik utk beli emas PG..Saya rancang nk beli 1 dinar dulu utk pemulaan.. Boleh x saya nak letak En Zul sbg introducer saya.. Kalau dh beli bila boleh collect.? Saya tinggal di kuantan..TQ.

  • Asalamualaikum tuan, saya ada terbaca dari website tuan berkenaan perlaburan emas ini…… dan saya tak baca banyak e-mail yg ada, tapi saya ingin nak melabur. Soalan saya kalau saya ada RM.1000 boleh ke.. saya melabur dan macam mana nak dapat pulangannya?

  • Assalamualaikum tuan, sy baru berjinak2 dlm emas n sy trtarik tuk buat pelaburan emas slps mmbc dr blog tuan ni dr kwn sy…tp sy ingin bertny & pndngn tuan, 1) adakah time ni bgs tuk beli emas…
    2) ape pendapat tuan, ade yg offer bley dpt pulangan keuntungan bln selama 2/3 thn.
    3) emas ape yg bgs dibeli tuk jangka pendek & jangka panjang.

    • Wslm En. Kamarul,

      1. Sekarang memang harga emas di paras antara terendah 2014. Bagus untuk bermula.

      2. Yang bagi income bulan-bulan tu biasanya skim cepat kaya menggunakan emas.

      3. Beli emas yang susut nilai rendah. Biasanya dalam bentuk gold bar, dinar, atau gold coin.

  • As salam Tuan,

    Assalammualaikum Tuan,

    Saya berminat nak membuat pelaburan emas ni. Saya dah daftar dan jadikan Tuan Zulkifli sbg introducer saya. Harap tuan dpt beri tunjuk ajar.

  • salam tuan, terima kasih tuan atas perkongsian dari blog ini banyak dapat saya pelajari. saya ada register web PG dan jadikan tuan introducer sy. tp belum terima email dari PG.berapa lama untuk PG hantar temporary username?

  • Assalamualaikum,
    Saya student, and saya berminat nak terlibat dalam dunia pelaburan emas public gold ni. So, boleh ke student berurusan dengan public jualan brli Emas ni ?

  • Assalam tuan
    Pada skrin#9 dlm artikel tuan ada tertera:
    1/ myself;
    2/ 3rd party; dan
    3/ new buyer.
    Apa berbezaannya? Diharap En Zul boleh beri pencerahan.
    Tkasih

    • Wslm Bro Wan,

      1. My self tu untuk order atas nama sendiri.
      2. 3rd party untuk order atas nama registered customer (pernah beli sebelum ni).
      3. New buyer – untuk order atas nama customer baru (1st time beli emas).

      Kalau beli untuk diri sendiri, ambil “myself” jer. 3rd party dan New Buyer tu hanya untuk dealer lock atas nama customer dia sendiri.

  • Salam tuan,

    Just nk tanya.. dlm price chart public gold takde mention ttg ‘PG buy’ utk 1gram/5gram.. adakah PG tak amek emas 1gram/5gram.. kalau dia beli, berapa harganya?

    Satu lagi, kalau beli emas PG.. apa yg kita perlu pastikan semasa kita dpt emas tu or checklist utk new buyer pastikan emas yg mereka dpt tu adalah tulin/tak rosak dan dokumen seperti certificate tu adalah betul.

    wassalam

    • Wslm En Wan,

      1. Public Gold jamin beli emas tu. Harga jual balik, refer harga PG Buy 10 gram dan bahagikan dengan 10.

      2. Pastikan condition emas tu ok dan dapat resit belian sekali. Kalau gold bar dan dinar LBMA sekarang, semua berseal. Jadi tak ada isu salah certificate.

  • Assalam,

    Saya berminat nak membuat pelaburan emas, tp nak tny sebagai newbie, yg mana saya patut beli? budjet dalam rm2000 kebawah.
    Dan boleh ke kalau saya letak En. Zulkifli sebagai introducer saya?

    TQ

  • Tuan, Kak tak faham langsung tentang niaga emas ni, macam mana nak mulakan, dgn modal yg sikit, Kak berhutang dgn bank, ada dua tiga akaun, berhajat utk bebas dari hutang sebelum pencen. Adakah tuan akan uruskan jualbeli emas bagi pihak kak..

    • Salam Kak Fauziah,

      Saya syorkan fokus langsaikan hutang dulu. Lepas tu boleh boleh fokus beli emas. Emas ni lebih kepada simpanan. Untung rugi bergantung pergerakan sebenar harga emas. Kalau jual masa harga emas naik -> Untung. Kalau jual masa harga emas rendah -> Rugi. Dalam mana-mana pelaburan pun, ada untung, ada rugi.

  • Assalamualaikum

    saya nak tya,
    1) saya nak beli dinar emas tp saya keliru ttg sijil lbma.. adakah semua dinar emas public ada sijil lbma? adakah itu penting?

    2) saya tak faham ttg ayat cik di post yang lepas tentang dinar emas iaitu ada ar rahnu yang tidak menerima pajakan dinar emas. apa mksdnya? adakah ada kemungkinan saya sukar untuk menjual atau membuat pajakan dinar emas di kemudian hari?

    3) saya telah register di apps public gold dan letak nama introducer yang bukan dealer. tetapi dia pembeli emas public gold jg.. mcmn? tak apa ke? penting tak siapa yg perlu kita letak sebagai introducer?

    • Wslm Pn. Nurul,

      1. Semua dinar Public Gold sekarang ni ialah emas LBMA. Emas LBMA dapat jimat daripada membayar GST 6%.

      2. Banyak ar-rahnu terima dinar emas. Tak ada masalah untuk jual. Public Gold jamin beli emas tu pada bila-bila masa.

      3. Registration tu tak valid. Public Gold akan letak introducer puan sebagai “Public Gold” (tanpa introducer). Kalau ada apa-apa urusan yang perlu bantuan dealer, maksudnya puan tak ada sesiapa dealer yang boleh membantu. Introducer tu penting sebab ia seolah-oleh “ibubapa” yang melahirkan dan membesarkan kita dalam dunia pelaburan emas Public Gold. Introducer boleh jadi sumber rujukan bila puan memerlukan.

      Kalau puan belum pernah buat belian, contact mana2 dealer yang puan percaya untuk jadi introducer. Minta guidance dari dealer tersebut. Kalau nak minta saya jadi introducer, puan boleh contact saya 019-336 8009 (saya prefer wassap atau sms)

  • Salam Tuan,

    saya ingin membuat pendaftaran di website PG dan boleh saya jadikan tuan sebagai introducer saya? sebab saya tak kenal sesiapa lagi dalam bidang ini… ada process lain selain meletakkan PG code tuan Zulkifli semasa pendaftaran?

    Terima Kasih.

  • Assalamualaikum..
    Saya baru buka akaun dengan gunakan nama Tuan sebagai introducer.
    Terima kasih atas maklumat yang dikongsi.

  • salam tuan,sy ada
    memperkenalkan rakan2 mengenai PG.jika ada yg berminat membeli emas pg.bolehkah sy letak intro kod PG sy

  • as/salam Tuan Zul,

    sya newbie di sini jd nk tanya antara emas & silver mna pelaburan yang baik..

    tuan zul izin kan letak nma tuan sebgai intro pg saya bleh..

  • Tuan,
    bermodalkan RM 10,000.00 bolehkah tuan nasihatkan saya berapa banyak perlu saya beli Dinar/Coin/Gol Bar…
    introducer saya mengesyorkan dengan bayaran seperti berikut:
    keahlian MYR 450 dengan percuma 1/4 dinar
    1g gbar x 2 = 344.00
    5g gbar =850
    1/4 dinar x 2 = 381.40
    1 dinar = 733
    2 dinar x 5 = 7175
    pos= 7.00
    total : myr 9940.40
    dan bayar ke akaun introducer.

    minta pandangan Tuan.

  • Salam En Zul,
    saya telah register PG dibawah En Zul,
    untuk permulaan saya ingin membeli 1g setiap bulan…
    tetapi utk place order saya hanya nampak 10g dan upah simpanan RM 50 @ 1% pergram utk emas…

    • Wslm,

      Boleh tuan. Boleh beli terus di office Public Gold tapi terhad kepada RM3,000 sahaja kalau nak beli secara “cash and carry”. Masa buat belian tu, boleh letak nama sesiapa dealer yang tuan percaya untuk dijadikan introducer i.e. orang yang akan bagi bimbingan selepas ini.

  • Assalamualaikum Tuan,

    Saya berminat untuk daftar dan membeli.

    1. Berapakah yuran keahlian yang perlu dibayar?
    2. Berapakah harga dengan kuantiti paling minimum untuk pembelian pertama?

  • Salam, Saya Nak Tanya kalau Saya Nak lock harga emas atau place order kemudian emas itu disimpan dalam GAP boleh ke?

    Kalau boleh Macam mana Caranya?

  • saya berminat nak daftar dan belajar lebih details berkenaan emas ni.

    setakat ni baru ada 1 dinar emas, beli dari kawan yg juga dealer PG.

  • Assalamu’alaikum En. Zul,
    Saya bercadang melabur dlm PG selama 1 hingga 2 thn (mengikut keadaan dan keperluan) sebanyak ;
    250g gold
    100gm silver
    10 dinar
    1. Bagaimana cara terbaik utk saya membelinya? Maksud saya beli dlm bentuk sekeping atau beberapa keping.
    2. Saya reg. di Spura, bolehkah saya membeli dimana2 cawangan di Msia?
    Terima kasih
    Nor

  • salam…
    saya baru shj dftar dan beli 10g gold bar, ad beberapa soalan;
    1) saya tidak masukkan nama introducer. boleh lg ke nk edit letak nama producer? no.fon pon tertinggal satu nombor, boleh edit balik ke? mcm mana cara nyer?
    2) 10g gold bar ad susut nilai juga ke?
    3) saya baru shj baca artikel ini, tuan ada tulis payment in 4days, tp dalam PI payment in 24hours, mmg ad kelonggaran ke utk payment ni?

  • Assalam..
    Saya serius beminat untuk menceburi dan belajar lebih details berkenaan emas ni. Tetapi saya hanya student dan tiada income bulanan. Boleh beri tunjuk ajar untuk saya tak ?

  • Assalamualaikum,

    Biasanya berapa lama kita perlu tunggu untuk collect emas yang kita dah bayar? Contohnya, saya dah beli pertama kali ahad lepas tapi bila call cawangan yang saya nak collect, barang belum ada lagi.

    Saya letak nama encik zulkifli sebagai introducer, sebab mula berminat membeli selepas membaca artikel2 di website ni. Boleh kan?

    • Wslm Pn. Ain,

      Kalau stok belum ready di sesuatu branch, boleh collect di branch lain (kalau urgent). Tapi kalau tak urgent, tunggu jer. Biasanya stok baru akan sampai dari HQ dalam 1 – 2 minggu. Emas tu confirm akan dapat, jangan risau.

      Ok puan. Boleh, silakan. Apa-apa persoalan, puan boleh terus wassap saya 019-336 8009.

  • assalamualaikum en zul,saya nak tanya
    pembelian secara online di public gold ni ada had minima ke?
    contoh,kalau kita nak beli 0.5g sahaja setiap bulan..
    terima kasih

  • assalamualaikum tuan zulkifli, nama saya amin dan saya dari brunei darussalam, macam mana saya nak bali emas kat public gold dan buleh tuan tarangkan macam mana nak simpan emas dakat public gold, saya cuba contick tuan melalui no yg tuan bgi 019-3368009 tapi takmahu

  • Salam. Adakah perlu beli secara online utk emas GAP atau boleh terus pegi branch terdekat?

    Emas GAP boleh simpan sendiri atau simpan di PG?

  • Salam en, sy ada beli dinar dgn PG JB pd bln February. Tp sampai sekarang belom dpt lg,blom ada stock katanya masa bln lpas sy tny. Bln ni cntc xdpt. Sy nk guna dinar tu awal bln jun sbg mahar nikah. Mcm mna sy nk buat ya? Boleh ka ambil dri cawangan lain? Maaf sy google jmp artikel en,dh xtau nk tny sapa.😢 terima kasih

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >