MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Health is Wealth : Kesihatan adalah Kekayaan

December 15, 2023

Kalau rasa jaga kesihatan tu susah, dan kosnya mahal, cubalah tanya orang yang jatuh sakit. Banyak dari kalangan kita bila dah jatuh sakit baru kelam-kabut jaga kesihatan!...

Padahal tahap kesihatan kita lagi 5 - 10 tahun bukanlah satu kejutan. Kita dah boleh predict hari ini. Tengok sahaja cara pemakanan dan gaya hidup kita. Kita pun dah tahu. Tak perlu suprise

More...

Idola kesihatan saya

Saya sedar tak mampu makan cukup sayur dah buat setiap hari, inisiatif yang saya ambil ialah ambil pil suplemen setiap hari. Multivitamin, calcium magnesium, vitamin C, omega-3 dan add-on beberapa yang lain.

Ia bukan replacement (gantian), tapi supplement (melengkapkan) zat makanan.

Kosnya tak murah, tapi saya fikir ini pelaburan masa depan. Yang saya dan isteri amalkan sejak awal perkahwinan tahun 2003 (sudah 20 tahun) lagi...

Amalan ni sebenarnya diamalkan oleh Mama dan Abah sejak saya kecil lagi. Mama dan Abah sangat prihatin tentang kesihatan. Abah antara idola saya bila bercakap tentang kesihatan. 

Nak berjaya, contohi orang berjaya

Abah bukan doktor, dan bukan juga kerja bahagian kesihatan. Tapi amalan Abah sejak dari muda lagi memang dia jaga betul-betul kesihatan.

Sekarang di usia 75 tahun, Abah masih aktif berkebun, bertukang dan aktif bermain boleh sepak hampir setiap petang! Alhamdulillah Abah masih sihat tanpa sebarang penyakit kronik yang biasanya ada pada orang umur seawal 40-an.

Ketika ramai orang seusia beliau makan ubat, beliau belum lagi perlu makan ubat sebaliknya kekal makan suplemen begini sejak muda lagi. Alhamdulillah.

Setiap kali balik kampung, mesti Mama akan bagi baaaanyak 'tazkirah' pasal kesihatan kepada saya. 

Perbetulkan tabiat kesihatan

Jaga makan, cukupkan rehat, dan mesti exercise pesan Mama...

Bab makan saya dah banyak peningkat dalam perbetulkan tabiat. Tinggalkan yang manis, berhenti makan sebelum kenyang, lebihkan makan protein, kurangkan karbohidrat dan kosongkan perut 12 jam sehari (termasuk waktu tidur)...

Bab exercise tu dah semakin konsisten (kecuali kalau oustation)... Morning walk 3 - 4 kilometer, 3 atau 4 kali setiap minggu... Alhamdulillah...

Kita bukan nak sihat dan fit bulan depan, tapi sepanjang hayat.

Jadi kena fokus buat perkara yang betul bukan sekali dua, tapi berkali-kali sampai jadi sebahagian dari hidup kita... Jadikan ia rutin dan tabiat diri kita. 

Masa depan kesihatan kita, kita dah boleh jangka.

Masa depan bukanlah kejutan

Saya percaya, mereka yang umur 40-an macam saya dah mula ambil berat pasal kesihatan.

Bila sedar beberapa amalan gaya hidup dan pemakanan saya hari ni boleh berikan kesan buruk pada masa depan, saya buat keputusan untuk berubah dari sekarang (sebelum terlambat).

Saya ubah gaya pemakanan, ubah gaya hidup, dan tingkatkan aktiviti fizikal hari ini. Ia bakal menentukan tahap kesihatan lagi 5 - 10 tahun akan datang. InsyaAllah.

Di sebalik sibuk membina kekayaan, kesihatan kena jaga. Supaya bila ada duit, kita masih mampu nikmati makanan yang sedap-sedap, bukan hanya terpaksa makan ubat! 

Bak kata Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), kita tak nak jadi orang paling kaya di hospital! Ada duit banyak pun tapi kalau terlantar di hospital, ianya tak bermakna...

Kesihatan itu sendiri adalah kekayaan! 

“Health is like money. We never have a true idea of its value until we lose it” - Josh Billings

Zulkifli
Cyberjaya
5 Disember 2023
2 Jamadil Akhir 1445H

#TipKejayaan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>