MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Graf Harga Emas 30 Tahun : Ini Point Terpenting Perlu Difahami

August 14, 2025

Ini graf pergerakan harga emas sejak 1995 (30 tahun). 

Walaupun ada turun naik dalam jangka pendek, harga emas konsisten naik dalam jangka panjang.

Point penting yang kita kena take note;

  1. Secara purata, harga emas naik sekitar 10% sejak 20 tahun lalu. 
  2. Dalam 30 tahun terakhir, emas hanya jatuh 7 kali setahun penuh, dan biasanya kurang 10 %.
  3. Penurunan besar melebihi 20 % hanya sekali — pada 2013 (-28 %).
  4. Namun selepas kejatuhan besar, harga emas pulih dalam 2–3 tahun dan mencipta “all-time high” baru. 

Saya tertarik untuk tahu, bila tahun yang dikatakan berlaku kejatuhan tu.

Analisis tahun kejatuhan harga emas

Saya cuba dapatkan info lebih detail melalui ChatGPT:

Sepanjang 30 tahun, inilah tahun-tahun di mana harga emas jatuh. Dengan kata lain, setiap kali harga emas jatuh, 3 kali harga emas naik. Naik lebih banyak dari jatuh.

7 tahun harga emas jatuh. Tempoh paling panjang harga emas turun berturut-turut ialah 3 tahun (2013 - 2025). Kejatuhan terkumpul sebanyak 37% dalam 3 tahun.

Naik banyak, turun sikit 

Daripada data dan analisis ini, itulah yang saya selalu sebutkan; 

👉🏻 Emas, kalau naik, harganya naik banyak. Kalau turun, turunnya sikit.

Naik lebih banyak berbanding turun. 

Emas memang ada risiko harganya turun, tapi risikonya rendah. Bahkan potensi naik lebih besar daripada risiko turun. 

Disebabkan kenaikan harga emas tahun 2025 ni nampak luar biasa berbanding sejarah 15 tahun saya memerhatikan harga emas, selalunya akan berlaku penurun ataupun koreksi (pembetulan) - sebelum harganya naik balik. 

Itu memang perangai biasa harga emas. 

Ramalan harga turun vs naik

Jadi saya minta ChatGPT keluarkan data terkini yang ada, dan buat ramalan kemungkin berlaku dalam masa 1 - 2 tahun akan datang berdasarkan data yang ada sekarang. 

Walaupun ada potensi turun, tapi potensi naik lebih tinggi berbanding turun. 

Jangan bazirkan emosi

Daripada graf dan analisi ni, kita belajar sesuatu penting kalau nak kaya dengan emas; 

  1. Jangan bazirkan masa (dan emosi) dengan prediction harga. Yang penting gram dan kepingan emas kita kena sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. 
  2. Konsisten sahaja menabung dari bulan ke bulanBila emas kita bertambah, confirm kita bertambah kaya. 
  3. Mereka yang sibuk dengan prediction harga akan hilang fokus. Macam kejar fatamorgana. Apa yang dia kejar sentiasa tak dapat... Akhirnya emas tak bertambah, duit pun habis (bocor). Tak kaya-kaya...

Tip berkesan menabung emas

Supaya kita semua tak resah dengan naik turun harga emas, saya cadangkan: 

  1. Duit simpanan jangka panjang (2 tahun ke atas), tukarkan kepada emas
  2. Menabung ikut bajet tetap. Contohnya RM500 sebulan. Jangan peduli berapa harga sekalipun, tetap menabung RM500 sebulan. 
  3. Paling baik, menabung secara GAP auto-debit. Setiap bulan auto-tolak dari akaun bank dan auto-menabung. 
  4. Jangan beli emas guna duit yang nak pakai dalam 6 bulan - 1 tahun. Duit tu, simpan dalam ASB atau TH lebih peace of mind

#TipSimpananEmas
#TipHargaEmas

Zulkifli
Cyberjaya
13 Ogos 2025
18 Safar 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}