MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Harga Emas Dijangka Akan Naik? Abaikan Prediction, Fokus Konsisten Menabung

August 13, 2025

Harga emas dijangka naik 10% bulan depan (September 2025). 

Secara umumnya, inilah peluang beli emas lebih banyak. Supaya dapat untung segera 10%... 

Tapi sebenarnya, kalau nak beli emas untuk simpanan jangka panjang, tak perlu tunggu harga emas turun. 

Dan tak perlu tunggu jangkaan harga. 

More...

Emas sentiasa dijangka naik 

Siapa dah biasa beli emas, dia tahu harga emas sekarang dah memang harga diskaun. 

Harga tertinggi sebelum ni RM533 segram. Harga sekarang RM495 segram.

Sekarang dah diskaun 8% - berbanding harga tertinggi sebelum ni. 

Bulan September dijangka akan naik 10%.

Tapi saya tak ambil kisah pasal jangkaan. Sebab harga emas memang sentiasa dijangka akan naik dari tahun ke tahun.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun.

Kalau untuk simpanan jangka panjang, emas memang jauh lebih baik berbanding biarkan duit dalam ASB atau Tabung Haji yang cuma 5% setahun.

Orang yang kaya dengan emas bukanlah yang sibuk dengan jangkaan harga. Tapi mereka yang sentiasa menabung dengan konsisten.

Yang konsisten juga akan menang!

Ibarat perlumbaan arnab dengan kura-kura. Kura-kura menang bukan sebab berlari laju. Tapi sebab berjalan tak berhenti - konsisten...

Nak menabung emas secara konsisten, cara paling mudah gunakan kaedah auto-debit ke #AkaunEmasGAP.

  • Auto-debit > Auto-menabung > Auto-kaya! 

Tak kisah apa pun jangkaan harga, yang penting kita auto-menabung setiap bulan.

Bila gram-gram emas kita makin bertambah, confirm kita bertambah kaya berbanding mereka yang sibuk nak tunggu harga emas terbaik tapi tabungan emas mereka tak bertambah...  

Mereka tertipu dengan kesibukan tentang jangkaan harga... 

#TipKayaDenganEmas
#TipHargaEmas

Zulkifli
Cyberjaya
13 Ogos 2025
18 Safar 1447H

Harga emas Malaysia naik 745% sejak 20 tahun lalu, naik 131% berbanding setahun lalu. Sumber dari GoldPrice.Org

Graf pergerakan harga emas sejak 1995 (30 tahun). Daripada graf ni, kita belajar sesuatu; jangan bazirkan masa dengan prediction harga. Yang penting gram dan kepingan emas kita kena sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>