Duit dah banyak... Hidup selesa... Tak kerja pun duit tetap masuk - hasil passive income.
Bagi sebahagian dealer Public Gold yang dah berjaya, itu dah cukup.
“Buat apa nak kerja kuat-kuat lagi?” — fikir mereka.
Inilah mindset yang saya kena betulkan pada murid-murid saya.
Kalau dibiarkan, mereka akan stuck. Tak grow. Berhenti cipta kejayaan baru.
More...
Di sebalik comfort, itu selfish
Dalam event #FMDMidYearReview semalam, saya ambil peluang ingatkan perkara ni (dalam speech saya) depan 276 FMD (Founder Master Dealer Public Gold).
Kesemua mereka dah unlock passive income 4 angka, 5 angka. Bahkan ada yang sudah capai 6 angka setiap bulan.
Jadi sebahagiannya dah rasa selesa. Dah tak serius nak kerja kuat untuk grow...
Mereka rasa comfort, tapi bagi saya - itu sebenarnya selfish!
Hanya fikir dan pentingkan diri sendiri saja...
Tak fikir pasal orang lain, khususnya ahli keluarga sendiri, penyimpan emas sendiri, dan dealer-dealer di bawah mereka - yang serius nak ubah hidup.
Sebarkan kebaikan, bukan sekadar duit
Banyak orang fikir, buat bisnes hanya sebab nak cari duit. Nak cari kesenangan untuk diri sendiri.
Tapi saya tak fikir macam tu...
Kalau saya fikir macam tu, maka tak wujudlah #MisiUbahHidup1000Keluarga, yang sudah berjaya ubah hidup hampir 300 keluarga - setakat ni. (Alhamdulillah)
Kalau saya tak buat apa-apa dulu, mungkin sebahagian besar daripada mereka masih lagi terperangkap dalam situasi;
"Keluar pagi balik petang. Cukup bulan, bayar hutang!"
Pada saya, mengembangkan bisnes ialah tentang sebarkan kebaikan; bantu orang lain selesaikan masalah mereka dengan produk dan servis kita. Bukan sekadar buat duit.
Jangan sibuk fikir pasal duit. Tapi fokus bagi kebaikan kepada orang lain - melalui bisnes kita.
Kalau banyak orang dapat kebaikan daripada bisnes kita, untung rugi tak perlu dirisaukan lagi. Pasti duit yang banyak akan datang menyerah diri! InsyaAllah...
Paksa keluar dari comfort zone
Sebagai leader, saya akan sentiasa buatkan mereka (murid-murid saya) rasa tak selesa dengan pencapaian mereka.
Sebab berdasarkan pengalaman saya, faktor utama kenapa ramai orang tak grow ke next level, bukan sebab mereka tak boleh atau tak pandai. Tapi sebab comfort!
Terlalu comfort dengan apa yang mereka dah capai - untuk diri sendiri.
Jadi saya (sebagai leader) kena buatkan mereka tak comfort.
Sebab kemajuan hidup kita hanya akan bermula sebaik sahaja kita melangkah keluar daripada comfort zone!
Kita akan grow bila rasa tak comfort.
Sepatutnya, kalau kehidupan dah comfort, sepatutnya kena rasa tak comfort dengan amal kebaikan untuk hari kematian kita pulak...
Yang mana amalan tu kita boleh buat lebih banyak melalui kepakaran kita melalui bisnes kita sendiri!...
Kejayaan pada menjayakan orang lain
Sebaik sahaja selesai FMD Mid-Year Review, saya sambung program Gather & Grow untuk sebahagian mereka yang direct di bawah mentorship saya.
Saya nak mereka dan pasangan mereka nikmati percutian VVIP ke Budapest River Cruise tahun 2026 nanti (tajaan Public Gold). InsyaAllah.
Pergi honeymoon dengan pasangan masing-masing tajaan Public Gold.
Mereka kena belajar...
Mereka kena grow...
Mereka kena bagi lebih banyak kebaikan kepada penyimpan emas di bawah mereka.
Trip #PGLSBudapest2025 cuma salah satu bentuk "reward of success".
Kejayaan sebenar ialah pada menjayakan penyimpan-penyimpan emas yang percayakan mereka - untuk kaya dengan emas. InsyaAllah...
"Golongan jin itu membuat untuk (Nabi) Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.
(Setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."

