MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Obses Belajar : Kunci Hasilkan Konten Berkesan dan Konsisten!

September 26, 2025

Nak bisnes Public Gold berkembang? Kuncinya kena obses belajar dan sampaikan ilmu!

Saya perhati satu 'rahsia' dalam kalangan dealer Public Gold.

👉🏻 Dealer yang bisnesnya berkembang besar, konsisten, dan bertahan lama — mereka semua ada satu persamaan: obses belajar dan sampaikan ilmu.

Kenapa? 

Sebab dealer Public Gold berjaya tak jual beli emas. Yang jual beli emas ialah Public Gold.

More...

Dealer berjaya tak jual emas 

Orang follow seseorang dealer, percaya dia, dan setia dengan dia bukan sebab promosi harga. Tapi sebab ilmu dan bimbingan. 

Dealer yang sibuk "jual beli", tak ada satu pun bisnes dia berkembang besar dalam jangka panjang - lebih 10 tahun. Walaupun satu masa dulu mereka dianggap 'jerung', tapi makin lama makin tak releven.

Tak boleh sustain...

Kalau masih wujud pun, dia masih belari di tempat yang sama. 

Sedangkan dealer yang obses bimbing penyimpan emas dengan ilmu, makin lama bisnes makin besar. 

Bayangkan 15 tahun dulu saya cuma seorang diri. Tapi hari ni penyimpan emas di bawah saya sudah hampir 900,000 di seluruh Asia Tenggara! Alhamdulillah... 

Dan inilah rahsia sebenar bagaimana bermula, dan kitaran tu berterusan sampai berjaya: 

1. Kena passion dulu dapatkan ilmu 

Kena banyak baca buku. Sebab membaca adalah cara terbaik nak dapatkan kefahaman mendalam, lengkap dan tersusun untuk sesuatu ilmu.

  • Baca buku tentang emas dan kewangan
  • Baca Book of The Month (BOM) yang disarankan

Selain membaca, kena datang kelas dan training, dan join circle orang yang cintakan ilmu. Join seminar, kelas tentang emas dan kewangan dianjurkan oleh G100 dan Public Gold. 

Bila ilmu penuh di dada, semangat kita akan lain. Kita tak sabar nak share ilmu dengan orang lain. 

Bila orang dengar pun, orang tahu yang kita "tak kosong". Kata-kata kita akan berpengaruh. 

2. Share segera masa tengah excited 

Setiap kali dapat ilmu baru, terus share. Jangan 'peram'...

Masa tu kita tengah excited. Dan excitement tu akan “berjangkit” kepada audience kita.

Jangan tunggu jadi pakar baru nak share. Share dulu dengan jujur. Lama-lama, bila konsisten, makin lama kita akan jadi lebih pakar.

3. Lagi share, lagi faham 

Bila nak share, automatik kita akan cek balik rujukan, confirm fakta, dan pastikan betul dulu sebelum share.

Secara tak langsung, dari situ, ilmu kita makin mantap. 

4. Follower akan datang sendiri

Bila kita konsisten share ilmu yang betul, akan ada orang yang follow.

Follower inilah bakal prospek, bakal customer, malah bakal dealer. Makin lama makin ramai follower. 

Kita akan jadi 'center' berkumpulnya orang yang minat dengan niche yang kita sampaikan. 

5. Ilmu bertambah melalui soalan & feedback

Follower akan bagi persoalan, pandangan, malah mungkin kecaman (dari kalangan haters). 

Walaupun ada yang suka, ada yang setuju, bahkan ada yang kecam, tapi dari situlah kita dapat ilmu baru.

Mindset kita makin berkembang, dan ilmu makin mendalam.

6. Kitaran ilmu yang tak pernah berhenti

Bila dapat lagi ilmu baru, kita share lagi, dan lagi, dan lagi.

Walaupun kita bermula sekadar apa yang kita tahu sahaja, tapi lama-lama ramai yang mula dapat manfaat dan mungkin kehidupan mereka berubah asab ilmu-ilmu yang kita sampaikan.

Masa tu, orang anggap kita sebagai pakar, guru, ataupun mentor. 

Padahal kita cuma konsisten dalam kitaran:

👉🏻 Belajar → share ilmu → belajar lagi → share ilmu lagi dan lagi. 

Medsos jadi 'library' ilmu

Kitaran ini semuanya bermula dengan satu langkah pertama:

👉🏻 obses belajar. 

Bila cintakan ilmu, secara automatik kita rasa bersemangat nak buat konten.

Sekurang-kurangnya kita dapat 'simpan' ilmu-lmu tu dalam bentuk konten. Akaun medsos kita lama-lama akan jadi 'library' khazanah ilmu-ilmu kita. 

Bahkan satu hari boleh dibukukan... InsyaAllah... 

Dealer-dealer  yang rajin share ilmu inilah yang bisnesnya akan berkembang, konsisten, dan bertahan dalam jangka panjang. 

Kosong darab kosong = kosong! 

Sebaliknya, dealer yang sekadar buat konten tanpa obses belajar, dia sekadar jadi macam burung kakak tua - yang cakap tapi tak faham. 

Bila cakap sekadar keluar dari mulut tapi bukan dari hati, konten tu tak berkesan. 

Orang tak akan follow orang yang "kosong".

Sebab kosong darab kosong, maka hasilnya tetap kosong! 

Tapi kalau bermula dengan ilmu, ilmu tu lama-lama akan multiply (berganda).

Daripada seorang diri, hinggalah hampir 1 juta penyimpan emas di bawah saya. Alhamdulillah... 

Zulkifli
Cyberjaya
26 September 2025
3 Rabiul Akhir 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>