Tegas, tapi sayang...
Itu sikap saya dengan murid-murid saya (dealer Public Gold).
Orang luar mungkin nampak saya lembut.
Tapi murid saya tahu — saya sangat tegas.
Kenapa tegas?
Sebab sayang... Sebab saya nak tengok hidup mereka berubah - mereka dapat apa yang saya dapat.
Selagi mereka tak give-up, saya sanggup berjuang bersama mereka.
More...
Soalan cerminan sikap
Tapi kejayaan bukan untuk orang lembik dan malas.
Kejayaan hanya untuk orang yang berdisiplin dan rajin.
Mana-mana dealer yang saya nampak lembik dan malas, saya akan “sound” terus!
Kalau dia rasa tak tahan, baik quit (berhenti) sekarang.
Daripada terus jadi beban kepada diri sendiri, kepada saya, dan kepada semua orang.
Salah satu cara saya nilai sikap dealer adalah melalui soalan yang dia tanya.
Kalau dia tanya soalan yang jawapannya dah jelas ada dalam handbook atau manual, maksudnya dia tak baca... Dia malas seach & explore sendiri...
Benda dah ada, tapi masih nak tanya... Dia nak orang spoon feed... Dia nak orang tolong bukakan manual dan bacakan untuk dia...
Itu memang bola tanggung!
Soalan sampah → tong sampah
Kalau dealer baru sebulan dua, saya suruh rujuk manual. Tapi kalau dah berbulan-bulan masih sama, saya smesh terus!
Biar dia makan hati... Biar dia faham dunia bisnes ni keras... Tak ada siapa peduli perasaan kita.
Kalau kita lembik dan tak boleh 'deliver' dengan baik, tak ada siapa kesian belas (nak bagi duit) pada kita.
Lebih baik dia buat decision samada nak quit (berhenti) sekarang, ataupun ubah diri untuk berjaya.
Selagi tak ubah sikap, dia tak akan berjaya.
Mana-mana dealer yang asyik tanya saya 'soalan sampah', saya tak teragak-agak buang dia ke dalam tong sampah!
Kalau tak, dia akan jadi sampah bagi customer dia. Dia akan jadi sampah kepada team. Dan dia pun akan jadi sampah kepada guru-guru yang mengajar dia.
Semua dah ada, tapi malas explore
Dealer baru di bawah mentorship saya hari ini sangat bertuah:
✅ Handbook lengkap.
✅ Kelas GSR & training tak putus setiap minggu.
✅ Rakaman video, guideline, group support semua tersedia.
Highway dah ada. Signboard dah jelas. Tinggal nak jalan je.
Tapi sayang... Bila semua mudah, ramai yang ambil mudah.
Sumber rujukan banyak bersepah-sepah... Tapi asyik nak tanya benda remeh. Asyik nak disuap.
Kalau benda kecil pun tak boleh settle sendiri, macam mana nak uruskan 1000 customer nanti?
Attitude = penentu nasib
Saya mula 15 tahun dulu. Tak ada kelas... Tak ada handbook... Tak ada upline yang guide...
Semua saya kena belajar sendiri.
Tapi saya tak salahkan sesiapa. Sebab ini bisnes saya sendiri.
Saya search & explore sendiri...
Walaupun tanpa sistem support, saya tetap grow.
Hari ini, alhamdulillah, sudah hampir 900,000 penyimpan emas di bawah saya.
Dealer zaman sekarang jauh lebih senang. Semua benda dah ada.
Kalau masih gagal, itu bukan salah support system. Itu salah diri sendiri - attitude yang ambil mudah...
Nak bantu ubah hidup, tapi...
Prinsip saya mudah...
📌 Dealer rajin belajar dan explore → saya all out bimbing sampai berjaya.
📌 Dealer tanya soalan malas (jawapan depan mata) → saya campak terus dalam tong sampah.
Sebab saya tahu — tak ada dealer yang akan berjaya dengan attitude sampah.
Saya ada misi nak bantu ubah hidup orang.
Tapi saya takkan mampu bantu orang yang tak nak bantu diri sendiri.
1000 tanggungjawab dan harapan
Nak berjaya dalam Public Gold, kena ada 1000 customer.
Ingat: 1000 customer = 1000 masalah + 1000 harapan.
Duit dan kejayaan datang dengan tanggungjawab besar.
Kalau soalan remeh pun malas cari jawapan sendiri, macam mana sikap dia dalam bantu 1000 customer nanti?
Tentunya malas juga...
📌 Soalan malas = attitude malas.
📌 Attitude malas = gagal dalam bisnes.
Mentor boleh guide. Sistem dah lengkap. Jalan terbuka luas.
Tapi kalau masih tunggu spoon feed, maaf cakap... Apa bisnes pun tak sesuai!
Paling rajin, bukan paling pandai
Saya selalu ingatkan:
👉🏻 Dealer yang paling berjaya bukan yang paling pandai, tapi yang paling rajin.
Dealer buat lebih banyak, dia ia berusaha lebih konsisten. Itu sahaja yang membezakannya.
Dealer yang malas baca, malas belajar, malas explore, dia akan stuck. Dia stuck dengan attiude dia sendiri. Sikap dia tu yang jadi beban untuk diri dia sendiri.
Misi saya jelas:
👉🏻 Bantu ubah hidup 1000 keluarga.
Tapi saya hanya boleh bantu orang yang nak bantu diri sendiri.
Saya takkan bazir masa dengan orang yang ada attitude sampah.
Ubah diri, baru hidup berubah
Allah sendiri dah ingatkan dalam Al-Quran:
“... Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....”
Perubahan tak jatuh dari langit. Syarat perubahan bermula dari usaha kita sendiri.
Kalau kita sendiri tak nak ubah sikap, tak rajin belajar, tak rajin explore — maka tak ada siapa pun boleh ubah hidup kita.
Bukan mentor... Bukan sistem... Bukan bisnes...
Semuanya bermula dengan attitude kita sendiri...

