MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Harga Emas All-Time High: Investor Panik, Gold Saver Kekal Tenang!

January 31, 2026


Sejak beberapa hari ni, harga emas naik luar biasa. Paling tinggi dalam tempoh puluhan tahun.

Ada yang excited.
Ada yang panik dan resah.
Ada yang menyesal. 
Dan ada yang keliru. 

Bila nampak ejen emas masih promote beli emas walaupun harga tengah all-time-high (tertinggi dalam sejarah), dituduhnya secara melulu!

Dituduh kononnya ejen emas laparkan komisyen... Sanggup merisikokan pembeli emas, katanya...  

Walhal, ejen emas tu pun terus beli (menabung) emas untuk diri sendiri. Bukan sekadar promote orang lain beli emas.

Kenaikan luar biasa dalam sejarah

Hakikatnya, dia yang keliru...
Dia keliru, "harga emas dah tinggi ni... patut ke beli lagi?”

Jawapan saya konsisten sejak dulu.

Ia bergantung... Bergantung samada kita seorang Gold Investor atau Gold Saver? 

Posisi berbeza, tujuan beli emas pun berbeza. 

Sebelum jawab persoalan tu, kena faham punca kenaikan luar biasa. 

Sejak setahun lalu, harga emas dah naik lebih 60% setahun!

Ini kenaikan yang sangat luar biasa. Tak pernah berlaku dalam sejarah 30 tahun harga emas! 

Sebagai penyimpan emas dah lama (lebih 15 tahun), saya pun rasa tak selesa - walaupun emas saya dah banyak. 

Punca harga emas naik mendadak

Puncanya, sebab dunia nak perang!
Amerika nak serang Iran.

Tapi di sebaliknya, ia bukan sekadar dua negara. Banyak negara yang berdiri di belakang Amerika dan Iran. 

Bila perang, akan beri kesan buruk kepada ekonomi dunia. 

Bila ekonomi dijangka buruk, pelabur-pelabur dalam pasaran saham akan alihkan duit mereka ke dalam bentuk emas. 

Emas dianggap alat kewangan paling selamat untuk protect kekayaan. Ia dah digunakan sejak zaman berzaman. 

Dengan kata lain, apa sahaja berita menunjukkan ekonomi dunia makin tak menentu, harga emas akan naik.

Ketika saya tulis artikel ni, harga emas GAP dah cecah RM753 segram.

Terus beli, atau tunggu dulu? 

Sebagai penyimpan emas, apa patut kita buat?

Nasihat saya,
Menabunglah macam biasa.
Beli sikit-sikit, ikut bajet... tapi konsisten setiap bulan.  

Walaupun beli pada harga all-time-high (tertinggi), ia tak ada masalah bagi golongan Gold Saver (penyimpan emas tegar).

Sebab strategi belian sikit-sikit dalam jangka panjang membolehkan kita dapat harga purata (average price)

Contohnya,
Belian pertama RM600 segram.
Belian kedua RM700 segram. 

Maka harga purata emas dalam milikan kita ialah RM650 segram.

Begitu jugalah kalau harga emas turun. Ia tak akan berikan kesan besar kepada Gold Saver.

Gold saver, nak kaya dengan emas

Gold Saver bukan macam Gold Investor (atau Trader).

Gold Investor, beli emas sekadar nak buat profit - “buy low sell high” semata-mata.
Sekali beli jumlahnya besar, dan bukan nak simpan lama.
Harga naik, terus jual. Lepas tu habis...  

Gold Saver berbeza. Kita tak plan nak jual emas hanya semata-mata sebab harga naik.  

Sebaliknya, matlamat kita nak KAYA DENGAN EMAS. Bukan leka dengan “profit” yang tak bawa kita ke mana-mana.  

Kaya maksudnya, asbab menabung emas, akhirnya kita;

  • Ada TABUNGAN kukuh minimum 12 bulan gaji dalam bentuk emas.

    Ultimately, kita nak ada 1 kilo emas sebagai perlindungan kekayaan masa depan keluarga. 
  • HUTANG makin berkurangan.

    Ultimately, kita nak hidup bebas daripada hutang miskin. 
  • HARTA (yang ada cashflow) makin bertambah dari tahun ke tahun.

    Asbab simpan emas, kita nak ada rumah sewa, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes dan harta intelek yang moleh datangkan passive income setiap bulan. 

Akhirnya Gold Saver lebih kaya

Ultimately, tak kerja pun ada duit!

Sebab passive income (dari harta tu) dah cukup untuk cover kos sara hidup dan kos gaya hidup kita. InsyaAllah. 

Jadi secara idealnya, kita nak simpan emas selamanya. Kita tak jual kecuali untuk kukuhkan lagi kekayaan kita.

Bukannya jual lepas tu biarkan duit dalam akaun bank, apatah lagi habis dibelanjakan! 

Walaupun Gold Investor nampak lebih bijak dan lebih cepat untung, pengalaman saya selama 16 tahun dalam emas menunjukkan, akhirnya Gold Saver yang lebih kaya!...

Gold Investor ibarat pelari pecut... Lari laju, tapi sekejap dan jangka pendek...

Gold Saver ibarat pelari marathon. Lari tak laju, tapi konsisten dalam jangka panjang.

Banyak emas = banyak duit

Gold Saver fokus kumpul gram... Dia tak mudah terganggu dengan turun naik harga emas...

Dia cuma fokus menabung dalam jumlah kecil ikut bajet dia sendiri setiap bulan... 

Akhirnya emas dia ada banyak...

Dulu ada 10 gram. Sekarang dah ada 100 gram. Bahkan banyak penyimpan emas akhirnya ada 1 kilo emas! 

Bila ada emas yang banyak, maka confirmlah dia lebih kaya...

Soal harga jangka panjang tak perlu bimbang...

Jangan kata emas, karipap makcik bedah pun makin lama makin mahal... Apatah lagi aset fizikal macam emas, perak, rumah dan tanah...

Semuanya makin lama akan makin mahal... 

Itulah sebab kenapa Gold Investor kekal tenang...

Zulkifli
Cyberjaya
29 Januari 2026  (Selasa)
10 Syaaban 1447H
9.10 pagi

RM758 segram - harga emas tertinggi yang saya sempat screenshot.

Kenaikan luar biasa; 19% sebulan, 67% setahun. Sedangkan kenaikan purata sepanjang 20 tahun cuma 10% saja setahun. 

Kenaikan harga sampai 19% dalam masa sebulan! Ini kenaikan luar biasa. Kenaikan normal harga emas sekitar 10% saja dalam SETAHUN.

Kenaikan harga sampai 67% dalam masa setahun! Ini kenaikan luar biasa. Kenaikan normal harga emas sekitar 10% saja dalam SETAHUN.

Kenaikan harga sampai 345% dalam masa 10 tahun.

Kenaikan harga 2036% (20X ganda) dalam masa 30 tahun.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}