MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Terlalu Selesa Hidup di Kelantan: Ujian Besar Yang Membunuh Kemajuan Hidup

January 28, 2026

Cabaran besar duduk di Kelantan ialah selesa! Dapat income RM2k - RM3k pun dah besar.

Sebab banyak yang pergi kerja tu income tak sampai pun RM2k sebulan, tapi masih boleh hidup.

Apatah lagi dealer Public Gold yang dapat income passive RM2k sebulan sebagai tambahan disamping kerjaya sedia ada.

Memanglah selesa...

Itu antara pesanan saya titipkan kepada murid saya dari Kelantan yang join #PGGoldenTour Sabtu lalu.

More...

Bila selesa, otak tak jalan 

Saya ingatkan mereka;...  

Walaupun seronok dengan keselesaan tu, tapi keselesaan tu membuatkan otak kita 'tak jalan'... Leka daripada fikir cipta kejayaan lebih besar, dan sebarkan lebih banyak kebaikan (melalui bisnes).

Keselesaan tu boleh membunuh kemajuan hidup kita!

Saya masih ingat satu masa dulu...  Tahun 2017 - 2018, saya dan team jelajah seluruh Malaysia melatih dealer-dealer Public Gold dalam program dinamakan "Jutawan Emas Leadership Training". 

Semua region di Malaysia kami jelajah; Utara, Selatan, Central, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Dalam banyak-banyak region, yang kami give-up ialah negeri Pantai Timur, khususnya di Kelantan! 

Majoriti pesertanya 'lemau'... Seolah-olah langsung tak dahagakan kejayaan.

Sampai akhirnya kami buat keputusan, itulah training terakhir kami buat di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang! 

Comfort zone, cabaran dalam diam 

Jadi kalau ada mana-mana peserta dari Pantai Timur, kami sarankan datang ke region lain.

Mereka kena tengok bagaimana peserta region lain yang dahagakan kejayaan. 

Peserta yang datang dari negeri maju di Pantai Barat, rata-ratanya lebih bermotivasi untuk bekerja lebih kuat dan cipta kejayaan lebih besar. 

Ilmu-ilmu yang kami bagi lebih bermanfaat untuk mereka. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal!...

Berbaloi kami buat training...

Jadi apa patut buat kalau hidup rasa selesa? 

Cabar diri!...

Kalau hidup dah selesa, bantulah orang lain untuk dapat hidup selesa macam kita.

Salah satu tanda syukur kita, ialah "beri" pada orang lain atas apa yang Tuhan beri kepada kita.

Cabar diri, lebih banyak "memberi" 

Yang ada duit, sedekahkan duit...

Yang ada ilmu, sedekahkan ilmu...

Pendek kata, apa nikmat yang Tuhan berikan kepada kita, berkongsilah juga kepada orang lain.

Kena bekerja lebih kuat sebagai tanda syukur. Bukannya berehat-rehat sampai leka dengan apa yang sudah Tuhan kurniakan kepada kita.

"Golongan jin itu membuat untuk (Nabi) Sulaiman (anak Nabi Daud) apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.  

(Setelah itu Kami perintahkan): "Bekerjalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

- (Surah Saba' 34, ayat 13

Allahu a'lam.

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur 

Zulkifli
Cyberjaya
27 Januari 2026
8 Syaaban 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}