MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lesen B Full: Apa Pun Perkara Baru, Semuanya Susah Permulaannya!

February 8, 2026

Orang lain semua dah masuk litar...

Saya sorang saja masih terkial-kial cari gear!

Ini kali pertama saya bawa motor lebih 250cc.  

Kali pertama bawa motor yang kena main clutch. 

Memang terasa susah... 

More...

Susah kali pertama, itu lumrah

Cari gear pun tak jumpa-jumpa... Tapak tangan kiri rasa lenguh asyik tarik clutch... Nak cari gear neutral, entah ke mana hilangnya. 

Memang ada faktor motor sekolah memandu ni — motor dah kena “lenjan”, rosak sana sini sebab dah terlalu banyak tangan guna. 

Tapi kalau jujur dengan diri sendiri, faktor paling besar sebenarnya bukan motor. 

Faktor utama ialah... ini pengalaman pertama. 

Hakikatnya, apa pun yang kita buat kali pertama, memang semuanya terasa susah.

Bukan sebab benda tu susah. Tapi sebab:

  • kita belum ada ilmu 
  • belum ada skill 
  • dan belum cukup pengalaman

Fokus "proses" dulu, bukan hasil

Sebab tu, bila nak buat sesuatu yang baru, jangan terlalu cepat nak tengok hasil

Bagi peluang dulu pada diri sendiri: 

  • tambah ilmu 
  • bina skill 
  • kumpul pengalaman 

Bila ilmu dah ada, pengalaman dah cukup, perkara yang sama akan jadi jauh lebih mudah. InsyaAllah. 

Sebaliknya, kalau tak ada ilmu... benda yang mudah pun boleh jadi susah. 

Setiap permulaan yang betul, mesti bermula dengan ilmu. 

Sebab orang berilmu buat perkara yang sama dengan cara berbeza - lebih mudah dan lebih cepat...  

#MembangunDiri 

Zulkifli
Cyberjaya
6 Februari 2026
18 Syaaban 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}