"Dulu upline (ejen emas) cakap harga emas boleh naik sampai RM700 segram. Sekarang harga jatuh sampai RM600 segram, upline krik-krik..."
Itu keluhan seorang penyimpan emas di Facebook post saya.
Bila beli emas, ada banyak 'pihak' terlibat.
Emas.
Penjual (syarikat).
Ejen penjual.
Pembeli (kita).
Bila rugi atau ada masalah, cuba cek balik punca di mana.
More...
Bahana beli emas tanpa ilmu
Ada orang, dia main beli saja tanpa ilmu. Dia tak ambil masa pun membaca dan study.
Dia tak tahu pun wujudnya #BukuWangEmas, buku paling basic pasal emas...
Bila rugi, dia salahkan ejen.
Dia salahkan syarikat...
Malah, ada yang salah emas!
Emas tak guna katanya...
Selalunya, inilah punca paling utama; beli emas tanpa ilmu.
Bahana terlalu percaya ejen
Punca kedua, dia percaya bulat-bulat kepada ejen.
Dah sah-sah la ejen tu ada kepentingan komisyen. Tapi dia tak cek pun kredibiliti ejen tu! Main [ercaya bulat-bulat saja...
Ejen tu mungkin kawan dia sendiri.
Ejen tu mungkin baru setahun jagung.
Ejen tu mungkin tak pernah join training pun.
Ejen tu mungkin pernah scam orang lain dulu!
Bila dia rugi, dia salahkan ejen.
Yang lebih teruk, dia pergi marah dekat ejen lain! Ejen yang tak ada kena mengena dengan dia pun...
Tak tahu pergunakan ejen
Walaupun boleh saja beli emas tanpa ejen, tapi realiti, ejen lebih faham pasal produk yang dia jual.
Kita kena dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang kita perlukan, lepas tu kita bertanggungjawab atas keputusan sendiri.
Ada orang... bila ada masalah, dia marahkan syarikat.
Masa nak beli hari tu, dia main register saja di bawah kawan dia (ejen syarikat), kononnya nak tolong kawan... Tapi bila ada masalah, dia marahkan syarikat!
Dia tak nak pergi marah dekat kawan dia yang cuma nak makan komisyen atas dia tu... tapi langsung tak nak membantu!...
Kadang-kadang saya kesian tengok pembeli emas yang meroyan sana sini. Terkial-kita tak dapat bimbingan betul dari ejen.
Harga naik, dia susah hati... Sebab harga emas dah mahal, rasa rugi tak beli banyak dulu..
Harga turun, dia sakit hati... Sebab salah ejen yang ajak dia beli emas masa harga tinggi.
Walhal penyimpan emas lain, banyak saja yang 'bahagia'...
Penyimpan emas sentiasa senyum
Harga naik, mereka senyum...
Harga turun macam sehari dua ni, mereka berpesta borong emas pada harga murah!
Jujurnya... Saya tak terlayan 10,000 penyimpan emas yang direct di bawah saya ketika harga turun...
Group wasap kami meriah!...
Nampak masing-masing happy beli emas...
Tak macam pembeli emas lain yang datang meroyan di posting saya gara-gara ejen dia yang tak function!
Jadi kalau nak beli emas, kena ingat satu perkara paling penting. Iaitu;
Bukan emas menjadikan kita kaya. Tapi ilmu.
Sejauh mana kita berjaya bina kekayaan dengan emas, bergantung sejauh mana ilmu kita. Kena ambil serius dengan ilmu.
Dan carilah ejen yang ada ilmu, dan obses sampai ilmu demi nak bantu kita benar-benar "kaya dengan emas". InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
25 Mac 2027
6 Syawal 1447H
"Bila ada ilmu, duit banyak akan datang... Bila tak ada ilmu, duit banyak pun akan habis."
Tak tahu, boleh tanya...
Tak faham, boleh belajar...
Tak perlu tunggu 10 tahun
Orang simpan emas 3 - 5 tahun pun dah nampak kesan besar dari sudut kewangan. Tak perlu tunggu sampai 10 tahun pun...
Itu pentingnya kena belajar...
Orang banyak belajar, dia sedar banyak perkara dia tak tahu. Jadi lebih banyak mendengar dan kurang bercakap, kecuali bertanya.
Tapi orang tak belajar, dia rasa semua benda dia tahu. Semua benda pun dia nak komen sebab dia rasa dia serba tahu...
Dalam emas ni, saya bukan pakar. Tapi saya dah berpengalaman lebih 16 tahun, dan sudah lebih 1 juta penyimpan emas di bawah saya di seluruh Asia Tenggara. Alhamdulillah.
Walaupun saya tak tahu semua perkara, insyaAllah saya tahu banyak perkara; cara nak kaya dengan emas.
Saya ambil tanggungjawab
Saya bertanggungjawab dengan apa yang saya sampaikan tentang ilmu emas. Saya bukan influencer yang buat duit dengan dapatkan engagement murahan.
Tapi saya fokus bagi ilmu yang betul sudah 16 tahun.
Dah bertahun-tahun saya ulang kata-kata ni;
"Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu... "
Pergi cari ilmu sebanyak mungkin. Saya cuma pemudah cara bagi siapa yang betul-betul nakkan ilmu kaya dengan emas.
Artikel berkaitan:
- Kita Adalah Mekanik Kewangan Sendiri
- Elak Kerugian Dalam Pelaburan Emas. Fahami 4 Asas Ini Sebelum Bermula...
- Kerugian Daftar Public Gold Tanpa Introducer (Dealer) Terlatih
- Dealer Yang Nak Customer Kaya, Dia Beri Ilmu. Bukan Jual Stok!
- Scam Emas, Tidak Wajar Saya Berdiam Diri
- Elak Ditipu Ejen Emas, Buat 3 Perkara Ini



