MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lunch Date Mengingatkan Kesilapan Kami Dalam Rumah Tangga

June 25, 2026

Walaupun dah kenyang, saya tetap start motor, pulas throttle pergi ke Bangi hanya semata-mata nak teman isteri makan...

Sebab isteri ajak "lunch date"! 

Kalau ajak makan saja, mungkin saya cakap saya dah kenyang. Dia makan sendiri lah...

Tapi sebab dia hantar wasap;

"Wanna have lunch date here? "

Dia ajak dating... 

More...

Isteri ajak makan berdua

Dia tunjuk foto restoran tempat kami pernah makan sama-sama dulu. Kira antara tempat favorite kami dulu la...

Sebenarnya saya dah kenyang. Baru balik breakfast dengan anak.

Biasanya, kalau saya dah ambil breakfast, saya dah tak lunch. Kalau nak lunch, saya tak breakfast. Tapi sebab nak "quality time" berdua dengan isteri, saya join sekali lunch dengan dia.  

Cumanya... Saya order ais kosong. Lepas tu tumpang-tumpang share makanan dia...  

Pointnya bukan tentang makan. Pointnya berdua-duaan. 

Sekarang mungkin bukan benda besar bagi kami. Sebab saya tak kerja. Dia pun tak kerja. Masing-masing ada waktu fleksible di rumah. Alhamdulillah...

Tapi selama berbelas tahun pertama kami mendirikan rumah tangga, boleh dikatakan jarang sekali kami dapat peluang berdua-duaan.

Nak jumpa masa berdua sangat susah sebab masing-masing sibuk. 

Hilang kehidupan suami isteri

Saya sibuk kerja, jadi aktivis, dan bina bisnes.

Isteri saya bantu bisnes dan urus anak-anak kecil berderet-deret. Anak kami 8 orang. Jarak setiap anak 1 tahun setengah ke 2 tahun.

Yang kakak/ abang belum besar, dah dapat adik baru!

Seingat saya, kali pertama kami dapat keluar berdua tanpa anak-anak, sekitar 10 tahun lepas dapat anak pertama!

Dalam kesibukan dan kesempitan hidup, dalam tak sedar, kami kehilangan kehidupan suami isteri! 

Isteri saya cuma ibu bagi anak-anak saya. Saya pulak cuma ayah bagi anak-anak kami. Bilik tidur kami itulah bila tempat anak-anak tidur keliling ibu dia sampai saya kena tidur di bilik lain, keseorangan!...

Life sebagai pasangan yang bercinta tu macam hampir tiada... 

Pisahkan tempat tidur anak

Bila kami sedar, antara perubahan baru yang kami buat; bilik tidur kami anak-anak tak boleh masuk. Ianya tempat privacy kami berdua.

Kalau isteri nak tidur sambil menyusukan baby, menyusu di luar bilik (di bilik anak-anak). Bukan di bilik kami, bukan baring di tempat tidur kami.  

Nak buat perubahan tu tak mudah... Permulaannya, anak-anak kecil ni memberontak. Ada yang baring depan pintu bilik sambil kaki tendang pintu!

Tapi lama-lama mereka boleh terima; bilik kami adalah tempat privasi kami. Anak-anak tak boleh masuk tanpa izin kami. 

Sebenarnya, inilah yang Allah anjurkan dalam Al-Quran. Supaya pisahkan tempat tidur anak-anak bila sampai waktunya.  

Hangatkan kembali rasa cinta

Bilik tidur kita adalah zon aurat kita. Anak-anak tak boleh masuk sesuka hati.

Alhamdulillah... Dengan perubahan tu, kami dapat rasakan balik kehangatan hidup sebagai suami isteri; pasangan yang sedang bercinta. 

Dalam kesibukan hidup kita, kita akan ada ruang waktu privasi untuk kita bersama isteri.  

Sebab salah satu daripada 5 bahasa cinta yang saya belajar ialah "quality time". Ruangkan waktu berkualiti khusus untuk orang yang kita cintai.

Itu salah satu EFFORT nak mengukuhkan kehidupan rumahtangga. InsyaAllah...

#TipSuamiIsteri

Zulkifli
Cyberjaya
25 Jun 2026
8 Muharram 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}