MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Big Why, Kenapa Anak-anak Pergi Sekolah?

August 21, 2026

Pergi sekolah untuk apa? 
Untuk belajar katanya... 

Belajar untuk apa?
Untuk dapat ilmu jawabnya...

Dapat ilmu untuk apa?
Untuk ada rumah...

Jawab anak kecil saya masa saya bawa dia jalan-jalan naik motor pagi tadi...

Saya terdiam sekejap... 
Itu jawapan jujur apa yang ada dalam fikiran dia. 

More...

Ajak anak-anak berfikir

Sepanjang atas motor, otak saya ligat berfikir macam mana nak explain kenapa pentingnya pergi sekolah...

Daripada pergi sekolah tu, dihujungnya nak dapat apa?... 

Sampai dekat rumah, saya panggil 3 anak-anak paling bongsu yang ada dekat rumah. Saya ambil whiteboard kecil dan tanya mereka satu-satu... Nak tahu apa yang ada dalam fikiran mereka.

Saya nak mereka berfikir... dan faham kenapa mereka pergi sekolah... 

Kalau tak faham, nanti mereka cuma terikut-ikut ataupun pergi sekolah hanya sebab terpaksa... Bukan datang dari dalam diri dia sendiri.

Takut lama-lama mereka jadi hilang minat nak pergi sekolah... sebab tak tahu apa yang mereka nak dengan pergi sekolah.

Kenapa pergi sekolah?

Daripada berbual-bual dengan mereka, ini yang saya explain; 

Kenapa pergi sekolah?
Sebab nak belajar...

Belajar untuk apa? 
Untuk dapatkan ilmu...

Dapatkan ilmu untuk apa?
Supaya dapat buat kerja dengan mudah. Lagi banyak ilmu, lagi mudah kita sempurnakan sesuatu kerja untuk bina kehidupan dunia dan akhirat. 

Kalau kerja cari duit, lebih mudah dapat duit bila ada ilmu. Kalau tak ada ilmu, lagi susahlah nak dapat duit.

Orang yang ada ilmu, kata-kata dia pun orang sanggup bayar harga yang mahal. Tapi kalau tak ada ilmu, orang akan bayar masa dan tenaga dia pada harga yang murah.

Kalau nak kerja lebih mudah tapi dibayar pada harga yang mahal, ilmu kena lebih banyak. Sebaliknya kalau ilmu tak seberapa, kerja akan jadi susah dan bayarannya pun murah. 

Memang kenalah dengan bait syair yang dinisbahkan kepada Imam Syafie yang lebih kurang maksudnya;

"Siapa tak sanggup berpenat-penat mencari ilmu, nanti dia terpaksa berpenat-penat bina kehidupan". 

Kita kena pilih salah satu daripada dua (2) penat tersebut. 

Untuk bina kehidupan dunia akhirat

Untuk kehidupan akhirat, bila ada ilmu, kita tahu buat amalan tepat ikut suruhan Allah dan Rasul. Untuk raih pahala bagi kehidupan Akhirat (Syurga) kita. 

Pergi sekolah dan belajar tu, itu usaha kita nak Tuhan makbulkan doa yang kita sentiasa ulang berkali-kali setiap hari, iaitu skrip doa yang Allah sendiri rakamkan dalam Al-Quran;

"Dan antara mereka ada yang berdoa:

'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka.'

Mereka itulah yang akan memperoleh bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan Allah Maha Cepat perhitungan-Nya." 

- (Surah Al-Baqarah 2 : 201-202) 

Pergi sekolah cari ilmu sebab kita nak bina kehidupan yang baik (hasanah), dunia dan akhirat... InsyaAllah...

#IslahDiri
#TipIbubapa
#FamilyTime

Zulkifli
Cyberjaya
21 Ogos 2026
7 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}