Bayar Yuran Kebodohan, Fokus Masa Depan

by on June 14, 2016

Post image for Bayar Yuran Kebodohan, Fokus Masa Depan

Dalam usaha membina kekayaan, setiap orang pasti pernah buat kesilapan yang merugikan. Saya gelarkan ia sebagai “yuran kebodohan”. Lagi besar kebodohan, lagi besarlah yurannya.

‘Yuran kebodohan’ pertama saya ialah sebanyak RM1,800 akibat tertipu dengan sindikit “Gores & Menang”. Ketika itu, duit simpanan kami suami isteri yang ada cuma duit maskahwin sebanyak RM3,000 sahaja. RM1,800 waktu itu terlalu besar bagi saya sebab saya tak mampu menyimpan duit sebanyak itu dalam tempoh 2 tahun kalau hanya mengharapkan duit gaji. (Dan gaji itulah satu-satunya pendapatan saya sebab nak berniaga pun tak pandai).

Sudahlah nak menyimpan pun tak mampu, ditambah lagi banyak keperluan paling asas kami sekeluarga belum mampu kami dapatkan e.g. belum mampu beli kereta walaupun sekadar Kancil, belum mampu menyewa rumah sendiri, dan belum cukup duit untuk beli keperluan menyambut kelahiran anak pertama dll. Saya pernah menangis sendirian bila memikirkan kebodohan saya itu.

Pelajaran Daripada Sebuah Kesilapan

Tetapi ‘yuran’ RM1,800 itu mengajar saya prinsip-prinsip penting dalam kehidupan. Saya yakin, pengalaman itu dapat menyelamatkan saya daripada kerugian RM180,000 atau RM1.8 juta pada masa depan. Antaranya pelajaran yang saya dapat;

(1) Jangan ingat orang lain jujur seperti kita. Kalau kita orang yang baik, jangan ingat semua orang baik macam kita. Jadi jangan mudah percaya sesiapa kalau ia melibatkan duit.

(2) Tiada kejayaan yang datang percuma, semuanya perlu kerja keras. Jangan sesekali cari ‘short cut’ untuk dapat wang besar dalam jangkamasa yang singkat. Sebuah kejayaan itu perlukan masa.

(3) Tiada sesiapa yang akan datang kepada kita secara sukarela untuk berikan bantuan percuma bila kita kesusahan. Kalau ada yang datang secara percuma tu, sila “hati-hati”. Yang datang nak ambil kesempatan itu yang ramai.

(4) Kaya itu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin. Mempertahankan duit yang sedia daripada bocor / hangus ada lebih penting daripada mengharapkan duit besar yang belum tentu dapat.

(5) Ambil tempoh bertenang sebelum keluarkan duit. Jurujual selalunya cuma cakap yang manis-manis sahaja. Yang masam-masam biasanya disorokkan hinggalah kita rasanya sendiri selepas duit itu berpisah dari tangan kita.

Jalan Terus Sahaja

Itu salah satu daripada ‘yuran kebodohan’ saya. Ada lagi ‘yuran kebodohan’ yang saya pernah bayar, antaranya kena tipu dengan tuan rumah berkenaan duit deposit sewaan, bagi pinjam duit kepada kawan sudah 10 tahun tapi sampai sekarang tak dibayar, bagi pinjam duit kepada kawan tanpa surat hitam putih (sebab terlalu percaya), bagi duit kepada kawan untuk diniagakan tetapi bisnes tak jalan dan duit pun diam seribu bahasa, dan ditipu pelanggan dalam urusan jual beli.

Skim cepat kaya sahaja saya tak pernah sertai (sejak bekerja) disebabkan saya pernah bayar ‘yuran kebodohan’ berjumlah beberapa puluh ringgit ketika zaman universiti dalam skim cepat kaya gaya pos. Pengalaman itu mengajar saya, apa itu skim cepat kaya…

Saya percaya, setiap orang berjaya pernah membayar yuran kebodohan masing-masing, bezanya samada jumlahnya besar atau kecil sahaja. Nasihat saya, jangan dikesalkan apa yang telah berlalu sebab ia telahpun jadi sejarah dan kita tak mampu lagi mengubahnya, sebaliknya fokus sahaja kepada masa depan sebab kita mampu mencorakkannya. Yang paling penting, belajar daripada pengalaman itu, dan JALAN TERUS…

Zulkifli
Damansara Damai
14 Jun 2016
9 Ramadhan 1437H

[Kredit foto : shutterstock]

{ 20 comments… read them below or add one }

1 azrai June 14, 2016 at 7:54 am

Masalah orang kita adalah bila dah terkena ‘yuran kebodohan’ ni, mereka akan duduk senyap sebab malu dan tak habis2 menyalahkan diri sendiri. Sepatutnya lepas kita nak terhantuk tu, kita tolong bagitau orang lain jangan masuk dalam lubang yang ada ular tu. Bukankah satu sedekah mengalihkan duri di tengah jalan? Yang paling penting, ibu bapa kena bagitau anak2 supaya generasi selepas kita tak terhantuk lagi.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2016 at 9:36 am

Betul.

Saya setuju dengan En. Azrai.

Ramai orang duduk diam sebab ia ‘maruah’ mereka. Saya percaya mereka akan kongsikan pengalaman mereka bila mereka berjaya suatu hari nanti, insyaAllah.

Reply

3 mohd azinuddin Abdullah June 14, 2016 at 9:08 am

Betul sifu, kerana terdesak dan nak cepat terlepas dari rasa bebanan hidup mendorong kita tak rasional dalam buat keuputsan. jadi gelojoh dan apa saja peluang melintas kita rebut cepat cepat tanpa berfikir..itulah jadi bodoh bila akal tak digunakan…saya pun banyak belajar dari sifu dan saya juga pernah bayar yuran kebodohan yang kami tanggung hingga sekarang..semoga jadi iktibar untuk kita semua. terima kasih sifu.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2016 at 9:37 am

Saya percaya, kesilapan yang lalu adalah guru supaya kita jadi lebih baik pada masa akan datang, insyaAllah.

Reply

5 Hamidin Yaacob June 14, 2016 at 11:18 am

skim cepat kaya gaya pos SBSAH ke tuan. Saya pun kena juga ha..ha..sungguh bodoh rasanya waktu itu akibat officemate yg hari-hari promote.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 14, 2016 at 11:43 am

Saya pun tak pasti. Cuma saya ingat masukkan duit ke akaun orang lain dan poskan bukti bayaran. Waktu tu memang tak tahu apa-apa pasal pelaburan, kewangan dsb.

Reply

7 rahimah majid June 14, 2016 at 12:18 pm

Saya pun ada yuran kebodohan ni. Mahal juga kena bayar. Alhamdulillah sekarang tidak lagi dan akan lebih berhati-hati. Terima kasih berkongsi rasa yuran kebodohan ni.

Reply

8 Mohammad Jamil Md Sah June 14, 2016 at 1:30 pm

Saya pon pernah buat sesuatu keputusan yang agak “Bodoh” sertai MLM yang tidak berdaftar & buat loan untuk buat bisnes.

Padahal untuk mula beniaga kena apa modal yang kita ada.Buat secara mampu & belajar.

Alhamdulillah..belajar dari kesilapan yang lepas.

sekarang

Reply

9 skyfun June 19, 2016 at 6:02 pm

bisnes apa bro sampai buat loan?,bukak bengkel kereta?

Reply

10 akubiomed June 14, 2016 at 10:18 pm

Penganjaran yang diperolehi amat pedih tetapi lebih beringat dimasa hadapan.

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2016 at 5:10 pm

Betul En. Azrin.

Reply

12 safari June 16, 2016 at 12:44 pm
13 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2016 at 5:10 pm
14 Hafizul June 16, 2016 at 12:54 pm

Alhamdulillah.. tak ada lagi bayar yuran kebodohan… betul tu..1800 nak simpan 2 tahun belum tentu cukup..hehe

Reply

15 rina June 20, 2016 at 9:09 am

Assalam en. Zul. Saya nk mtk pendapat sikit. Saya dh labur dlm 2 unit trust shariah public mutual lebih 2 tahun. Unit trust tersebut adalah jenis jangka masa sederhan hingga panjang. Saya dapati 1 unit tu NAV sentiasa jatuh dan jika convert kepada RM sekiranya saya jual saya akan rugi lebih RM300 drp jumlah pelaburan. Manakala 1 lg unit trust hanya untung RM100 lbh ja kalau saya jual.
1. Adakah saya perlu jual unit trust saya salah satu atau kedua-dua sekali?
2. Adakah saya perlu tunggu lagi sebab baru 2 tahun, sepatutnya minimum 5 tahun klu bg jangkamasa sederhana?
Mohon pendapat en.zul dalam hal ini..Terima kasih.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2016 at 11:02 am

Wslm Pn. Rina,

Secara jujurnya, saya tak labur duit tunai dalam Unit Trust. Yang saya labur hanya duit KWSP je.

1. Untung rugi dalam pelaburan tu biasa. Pelaburan begini, bila harga turun, kita boleh kurangkan kerugian dengan cara beli unit yang lebih banyak.

2. 2 tahun tu bagi saya tempoh yang pendek. Tunggu pun tak apa.

Apa yang penting, belajar lebih mendalam tentang apa-apa sahaja instrument kewangan yang pun terlibat.

Reply

17 rina June 20, 2016 at 12:28 pm

ok..terima kasih atas pendapat en. Zul

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2016 at 5:09 pm

Sama-sama puan.

Reply

19 skyfun June 20, 2016 at 6:13 pm

salam,
sy nak update sikit apa yg berlaku pada sy hari ini ttg yuran kebodohan dan kesilapan.hari ini kedai sy kena curi barang oleh custumer sendiri.mereka berlakon sebagai pembeli.barang yg hilang ialah smartphone dan camera DLSR,yg diletak didlm laci..purata nilainya lebih dari 3k.tapi apa yg nak sy kongsikan bukan ‘kehilangan’ tersebut tetapi itulah yuran kebodohan sy untuk sy bertindak memasang CCTV didlm premis dan tidak membenarkan costumer berligar-ligar di hadapan meja counter.sebelum ni dah ada niat untuk pasang tapi sy tangguh-tangguhkan dahulu kerana faktor kos…lepas dah kena terus berasa segar untuk bertindak..hehe..

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2016 at 10:41 pm

Wslm. Tak apa. Pengalaman tu akan menjadikan kita lebih baik di masa hadapan, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: