Benarkah Emas Kalis Inflasi?

by on March 29, 2017

Post image for Benarkah Emas Kalis Inflasi?

Emas dikatakan aset kalis inflasi.

Inflasi maksudnya kuasa beli duit kita makin susut. Kalau inflasi 5%, maksudnya kuasa beli duit susut 5% berbanding tahun sebelumnya.

Kalau simpan duit dalam akaun Tabung Haji dan kita mendapat dividen 5%, maksudnya nombor dalam akaun bertambah tapi hakikatnya kekayaan kita tak bertambah. Kalau kenaikan gaji tak sampai 5%, maksudnya kita lebih miskin dari tahun sebelumnya walaupun `nombor` gaji kita telahpun bertambah.

Kita perlu bayar duit 5% lebih banyak untuk dapatkan barang yang sama berbanding tahun sebelumnya.

news malaysia inflation inflasi 2017Akhbar The Sun, 28 Mac 2017

Benarkah Emas Kali Inflasi?

Tentang “kalis inflasi” ini, pakar-pakar berbeza pendapat.

Walaupun ada yang berpendapat emas adalah aset yang hanya kalis hiperinflasi, bukan kalis inflasi. Tetapi saya berpegang kepada pendapat yang mengatakan emas memang aset yang kalis inflasi.

Mereka yang berpendapat emas bukan kalis inflasi atas perbandingan pergerakan harga emas dunia berdasarkan wang kertas US Dollar sedangkan inflasi wujud sebab duit kertas tiada nilai sebenar. Nilainya berubah-ubah berdasarkan;

  1. berapa banyak mata wang itu dikeluarkan / dicetak (money supply)
  2. jumlah permintaan terhadap sesuatu mata wang

Harga Barang Pasti Naik

Jadi secara asasnya, kenaikan harga barang dalam jangka panjang adalah satu kepastian, bukan disebabkan faktor “permintaan dan penawaran” kepada barangan itu sendiri, tetapi sebab nilai duit kertas yang sentiasa merosot. Duit kertas itu sendiri gagal memenuhi fungsi sebenar duit sebab;

  1. ia tidak mampu menyimpan nilai
  2. ia tidak mampu menjadi unit pengukur sebab nilainya berubah-ubah
  3. ia gagal menjadi medium transaksi yang adil sebab nilainya yang berubah-ubah itu.

Tetapi berbeza dengan emas. Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri. Simpanlah beribu tahun sekalipun, nilainya kekal.

1 dinar 1 ekor kambing

Nisbah 1 Dinar Seekor Kambing

Sebagai contoh nisbah 1 ekor kambing dan 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh dikatakan kekal sejak 1400 tahun dulu sampai sekarang. Dengan emas 1 dinar hari ini, kita masih mampu membeli seekor kambing. Walaupun kambing ada banyak jenis dan saiznya, tapi 1 dinar itu masih munasabah ditukarkan dengan seekor kambing.

Jadi dalam situasi ini, berapa peratuskah kadar inflasi (kenaikan harga kambing) sejak 1400 tahun dulu berbanding emas (kalau emas dijadikan unit pengukur nilai)?

Jawabnya ialah 0%.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Mac 2017
2 Rejab 1438H

[Kredit foto : investingnews]

{ 14 comments… read them below or add one }

1 rohaizah khamis March 29, 2017 at 4:02 pm

Assalamualaikum Encik Zul,

Uniknya emas .
Dulu saya pandang kambing hanyalah seekor kambing.
Sekarang pandang kambing terbayang-bayang nilai sekeping 1 dinar emas.

Alhamdulillah …celik emas atas perkongsian ilmu yang Encik Zul usahakan.

Semoga Allah merahmati usaha Encik Zul sentiasa. Amin.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 29, 2017 at 5:25 pm

Wslm Pn. Rohaizah.

Alhamdulillah..

Reply

3 azrinros March 29, 2017 at 5:24 pm

Macam tak ada perubahan. Sama ketika sebelum dan sama juga ketika selepas. :(

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 29, 2017 at 5:25 pm
5 siti hazreen March 30, 2017 at 7:57 am

betul, emas kalis inflasi

1 dinar masih boleh beli seekor kambing 😉

Reply

6 CikguZaidiRazali March 31, 2017 at 8:43 pm

Kambing simbol kekayaan. lihat kambing, terserlah nilai yang tinggi.
busuk2 kambing pun, dagingnya,susunya bahkan tahinya sangat-sangat bernilai.

memang patut kambing menjadi perbandingan dengan emas :)

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie April 3, 2017 at 7:52 am

Terima kasih Cikgu Zaidi.

Reply

8 asrul April 4, 2017 at 10:12 am

apa yang saya pelajari dari artikel tuan kali ini ialah duit kertas (matawang) itu tidak dapat menyimpan nilai sendiri. oleh itu, memang amat rugilah kepada sesiapa yang menyimpan (saving) duit sebab sifat matawang (currency) itu sendiri yang kena bergerak dan mengalir (mcm current electric) baru ada nilainya dan memang jelas ia akan susut nilainya akibat faktor kerajaan (mencetak duit) dan ekonomi (supply & demand)..Nampaknya memang kena simpan duit2 kita ni dalam bentuk emas baru kalis dimakan inflasi..

Reply

9 amd trmz April 4, 2017 at 11:18 am

Maaf mencelah

KATAKAN KITA GUNA EMAS SEPENUHNYA…

1. Ahmad ada seekor kambing, Bakar ada dua dinar emas.

2.Harga yang sanggup pengguna bayar (Bakar) dua dinar emas. Andaikan harga sanggup diterima Ahmad dua dinar. Jual beli berlaku.

3.Datang la Chong wei(bukan nama sebenar) tawar 1 dinar untuk seekor kambing. Kambing chong wei(PENAWARAN) banyak jadi dijual 1 dinar untuk seekor kambing untuk tarik perhatian pembeli. Jadi ahmad terpaksa menurunkan harga kepada 1 dinar untuk cari pembeli.

4. Tiba-tiba kambing chong wei banyak yang mati. Kambing Ahmad pun tinggal sikit (PENAWARAN BERKURANG). Jadi pada siapa yang memerlukan kambing (Boleh dibayangkan sebagai BERAS juga iaitu barang yang sangat diperlukan) perlu membayar HARGA YANG LEBIH (Maksudnya HARGA YANG SANGGUP PENGGUNA BAYAR). Muthu sanggup membayar 10 dinar (INFLASI-pergerakan dari 1 dinar ke 10 dinar).

5.Harga keseimbangan yang di capai 1 dinar untuk 1 kambing tadi telah tiada. Maka harga pengguna yang sanggup bayar adalah 10 dinar bagi 1 kambing. Penjual yang tahu bahawa harga yang sanggup di bayar 10 dinar untuk 1 kambing telah menaikkan harga kambing mereka ke tahap harga pengguna sanggup bayar (KUASA PENGGUNA).

6.Kambing chong wei makin banyak, kambing ahmad pun terberanak jugak (LEBIHAN PENAWARAN). Jadi harga terpaksa diturunkan(Sebab-pengguna mencari tawaran harga alternatif lebih baik disebabkan banyak kambing boleh dibeli (lebihan penawaran).

7.Maksudnya disini pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi (dinar emas yang banyak) untuk mendapatkan barangan yang diperlukan sedangkan penawarannya berkurang.

8.Tak ingat buku apa yang saya baca, di zaman nabi muhammad saw pun harga barang di madinah mahal walaupun mengunakan dinar emas. Saya pasti ini mesti disebabkan HUKUM PERMINTAAN & PENAWARAN yang saya ceritakan tadi

8.MENGIKUT PENDAPAT SAYA YANG TAK BERAPA CERDIK NI, EMAS TIDAK SEKALI-KALI DAPAT MENAHAN INFLASI, TETAPI EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI YANG PALING AMPUH!

APA PENDAPAT ENCIK ZUL?

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie April 4, 2017 at 12:43 pm

Owh, inflasi bukan soal demand & supply produk.

Tapi soal naik turun duit kertas.

Nilai kambing terletak pada kambingnya. Nilai emas terletak pada emasnya.

Adakah nilai duit terletak pada kertasnya?

Jawabnya tidak sama sekali. Nilai duit sentiasa berubah-ubah mengikut. Jika kerajaan cetak duit terlalu banyak, kuasa beli duit semakin jatuh. Disitu berlakunya inflasi.

Inflasi dikira pada kesan kenaikan harga barangan secara KESELURUSAN dalam sesuatu ekonomi. Ia bukan berkaitan demand & supply untuk 1 atau 2 produk dalam pasaran. Kenaikan harga 1 atau 2 produk dalam pasaran tak dinamakan sebagai inflasi.

Tuan boleh baca juga artikel saya tentang teori 1 dinar dan 1 ekor kambing di http://www.mohdzulkifli.com/2017/02/hakikat-sebenar-disebalik-teori-1-dinar-seekor-kambing.html .

Reply

11 amd trmz April 4, 2017 at 3:40 pm

Maaf. Mungkin en. zul salah faham soalan saya. Saya mengandaikan penggunaan emas sepenuhnya dalam transaksi dan wang fiat sama sekali tidak wujud. Apapun terima kasih atas jawapan yang membina dan terima kasih atas buku emas terbaru saudara. saya dah beli:-)

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2017 at 6:08 pm

Sama-sama tuan.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan buku tu bermanfaat, insyaAllah.

Reply

13 Saiful April 7, 2017 at 6:34 am

Artikel yang bagus En. Zul.. Mengingatkan saya kepada kajian oleh Mike Maloney, pakar analisis emas. Beliau selalu buat perbandingan emas dengan komoditi lain. Bukan hanya melihat kepada turun naik harga emas sebab bagi beliau, harga emas tak membawa maksud sebenar. Yang paling penting, berapa banyak yang kita boleh beli dengan emas yang kita ada.
Sekadar berkongsi, terima kasih.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie April 7, 2017 at 10:54 am

Alhamdulillah..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: