MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Islam: Jalan Mendapat Apa Yang Kita Cita

April 22, 2008

Islam
Apabila Ditanya Tentang “Islam”

Apakah jawapan anda apabila ditanya “apa itu Islam?” oleh non-muslim yang mahu mengenali Islam?

Err… saya sendiri sukar menjawabnya. Walaupun umur hampir menjangkau 30-an, lahir dan dibesarkan di dalam keluarga muslim, tetapi persoalan asas sebegitu saya tak dapat menjawabnya secara yakin.

Sedikit pengalaman saya ketika bersama Brother Shah Kirit (SABA Islamic Media) memperkenalkan Islam kepada muallaf, saya ingin kongsikannya diruangan sempit ini kepada sahabat, moga ia bermanfaat untuk semua, insyaallah.

Apa itu “Islam”?

“Islam” sepertimana yang kita semua pernah belajar, berasal daripada dua perkataan iaitu “Salam” dan “Aslam”.

Salam” bermaksud “selamat”, “sejahtera” atau yang sama waktu dengannya (aman, damai, tenang, bahagia).

Manakala “Aslam” bermaksud “tunduk”, “patuh”, atau “menyerah diri” (surrender).

Apabila digabungkan kedua-duanya, “Islam” bermaksud “mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan hidup di Dunia dan di Akhirat dengan cara tunduk dan patuh kepada Tuhan (yang Maha Esa), yang menciptakan manusia, langit dan bumi, serta segala isinya”.

Islam Jalan Bahagia

Maka, dari situ saya dapat sesuatu yang baru, iaitu kenapa saya perlukan Islam. Kerana Islam maksudnya “surrender” diri sepenuhnya kepada Pencipta kita, dan manfaatnya untuk diri saya sendiri – mendapat bahagia dalam hidup. Ya, saya boleh dapat bahagia yang saya cita tetapi syaratnya, saya mesti menyerah diri sepenuhnya kepada Sang Pencipta kerana hanya Dia yang boleh memberi bahagia.

Dan memang benar, saya bekerja keras sehari-hari semata-mata ingin memburu “bahagia”. Dan bukankah “bahagia” itu juga dicari-cari oleh seluruh ummat manusia? Subhanallah… baiknya Tuhan. Dia yang mencipta, kemudian Dia sediakan pula jalan untuk mendapat apa yang kita cita.

Wah… beruntungnya sesiapa yang “muslim”.

(bersambung)

Zulkifli
Damansara Damai

13 April 2008, 8.21 pagi

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >