MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Enjoy Life Sekarang! Jangan Tunggu Umur Pencen Baru Nak Enjoy

Jangan tunggu umur pencen baru nak enjoy life. Tapi enjoy life sekarang.

Jangan bazirkan usia buat perkara yang kita tak suka dan tak bermakna untuk hidup kita. 

Tapi realitinya banyak orang hidupnya terperangkap. Terpaksa hadap kehidupan yang dia tak suka bertahun-tahun. Bahkan sampai 30 tahun! 

Kononnya lepas 30 tahun (penat bekerja) barulah dapat nikmati hidup... 

More...

Kenapa kena tunggu 30 tahun? 

Sebab hutang... Kena kerja sebab nak bayar hutang...  

Hidup ditambat oleh hutang

Bila sebahagian besar duit gaji hanya untuk bayar hutang, maka hidup jadi macam hamba! Terpaksa hadap juga gara-gara hutang nak kena bayar... 

Terperangkap dengan kerja yang membosankan pun kena hadap juga sebab hutang nak kena bayar. 

Nak pindah ke kediaman lebih baik pun tak boleh sebab hutang rumah (yang jauh dari tempat kerja) tu nak kena bayar.

Nak layan hobi pun tak boleh sebab saving pun tak ada.

Maka masing-masing simpan harapan, bila tua satu masa nanti, barulah dapat enjoy life... 

Realiti kewangan di usia pencen

Walhal realiti sebenar, kebanyakan orang akan bersara dalam keadaan miskin!

Duit pencen selonggok yang dia dapat tu nanti, itulah duit terakhir untuk tutup semua hutang-hutang yang ada. 

Personal loan... Loan kereta... Dan loan rumah tentunya... 

Lepas tu nak kena hadap hidup lagi 15 tahun (kalau umur panjang sampai 70 tahun) tanpa apa-apa income ataupun duit pencen yang cuma 30% - 40% sahaja dari income terakhir sebelum pencen! 

Kalau duit dah habis untuk settlekan semua hutang, nak enjoy life macam mana kalau duit nak hidup 15 tahun tanpa income pun tak cukup? 

Suka tak suka, umur pencen pun kena pergi kerja!...

Realitinya, umur pencen tak seindah apa yang banyak orang impikan... 

Kehidupan 15 tahun tanpa gaji

Cuba buat kira-kira, dengan jumlah simpanan dan harta yang ada, dan jumlah hutang yang masih berbaki, berapa lama duit yang ada tu boleh bertahan?

Boleh tak bertahan sampai umur 70 tahun (selama 15 tahun lepas umur pencen)? 

Dari kira-kira tu masing-masing dah boleh congak, samada boleh bersara tu selesa ataupun bersara miskin - kena terus bekerja walaupun dah tua... 

Ingat... Pencen bukan soal umur... Tapi soal kewangan.

Maka jagalah kewangan sebaiknya sejak dari muda. Bina kekayaan secepat mungkin.

Bila kewangan kukuh pada usia muda, kita boleh enjoy life sekarang. 

Enjoy life dan buat perkara-perkara yang bermakna untuk hidup kita sekarang. Tak perlu tunggu umur pencen. InsyaAllah.

#FinancialFreedom

Zulkifli
Cyberjaya
11 Mei 2025
13 Zulkaedah 1446H

Semua perkara penting dan bermakna untuk hidup kita, kita kena usahakan secepat mungkin. Bukan tunggu umur yang berbaki menjelang mati.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}