MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Teknik Berkesan Menabung 3 Bulan Gaji Sebagai Dana Kecemasan

June 18, 2026

"Nak kumpul 3 bulan gaji tu macam mana tekniknya? Contohnya, kalau gaji basic sekarang RM3,000" 

Ini soalan yang saya terima pagi ni, daripada peserta "Workshop Kaya Dengan Emas" di Menara Public Gold malam tadi. 

Soalan ni sangat basic. Sampai kadang-kadang saya rasa ragu-ragu nak explain benda basic ni dalam seminar... 

Tapi soalan ni sangat jujur... 

More...

Duit nak hidup 3 bulan

Kajian menunjukkan; 75% rakyat Malaysia tak ada tabungan... walaupun hanya RM1,000! 

Maksudnya bukan saja 3 bulan gaji... tapi tabungan 1 bulan gaji pun tak ada - walaupun dah kerja bertahun-tahun. 

Walhal, kalau ikut guru-guru kewangan, tabungan pertama setiap kita kena ada (sebaik saja dapat gaji pertama) ialah cukupkan tabungan 3 bulan gaji - sebagai "dana kecemasan". 

Kalau apa-apa terjadi, kita boleh bertahan sekurang-kurangnya 3 bulan. 

Ada duit nak makan at least 3 bulan. 

Jadi sebelum buat apa-apa tabungan lain (e.g. dana pendidikan anak, dana haji, dana persaraan, dana beli rumah dsb.)... sebelum bayar perlindungan takaful... apatah lagi nak melabur... kena fokus menabung 3 bulan gaji ni dulu. 

Cara kira 3 bulan gaji

Cara kira dia simple saja. 

Kalau gaji RM3,000 sebulan, kena ada tabungan kecemasan at least RM9,000.

RM3,000 x 3 bulan
= RM9,000

Duit RM9,000 tu kita tak boleh sentuh... Kecuali dalam hal-hal emergency saja... Hal yang di luar perancangan kita... 

Ini termasuklah;

  • kereta/ motor eksiden
  • handphone hilang/ rosak
  • hilang kerja dsb.

'Penyelamat' motorsikal hilang

Dulu, motorsikal saya selalu kena curi (hilang). Seingat saya, dah 3 buah motorsikal saya hilang. 

Tapi setiap kali hilang, saya akan korek dana kecemasan tu untuk beli motorsikal baru (secara cash).

Waktu pagi nak pergi kerja baru sedar motorsikal hilang... Saya terus pergi buat report polis... Selesai buat report, terus pergi beli motorsikal baru. 

Sebelah petang dah dapat motor baru! 

Lepas tu terus report buat claim dengan syarikat insuran. Syarikat insuran bayar claim tu dalam mas 6 bulan.

Bila dapat claim, saya gunakan duit tu untuk top-up balik "dana kecemasan" yang saya korek untuk beli motor baru sebelum ni. 

Bagi siapa yang belum ada dana kecemasan 3 bulan gaji, cadangan saya; 

Potong gaji 10%

Permulaan ni, PAKSA diri dulu potong 10% gaji masuk tabungan. Jangan tunggu duit lebih...

Kalau boleh potong masuk dalam ASB atau TH (Tabunga Haji), itu lebih baik. Buat potongan gaji paling baik, supaya kita auto-menabung setiap bulan. 

Tapi pastikan jangan linkkan akaun ASB/TH dengan mana-mana online banking - supaya tak terlalu mudah dikorek balik.

Dana kecemasan tu kena simpan di tempat yang "tak terlalu mudah, dan tak terlalu susah" dikeluarkan

Kalau terlalu mudah, duit tu bocor...

Kalau terlalu susah, nanti susah bila berlaku hal-hal emergency.

Permulaan ni, kalau terpaksa korek balik tabungan (sebab bajet tak cukup), korek balik dulu pun tak ada masalah. Itu lebih baik dari langsung tak menabung.  

Korek balik pun tak apa?

Bila korek balik, at least kita korek balik dengan rasa bersalah.

Lama-lama kita akan adjust perbelanjaan, dan cari duit extra untuk pastikan kita tak korek lagi tabungan tu.

Kalau langsung tak menabung, nanti kita habiskan duit tu tanpa langsung rasa bersalah.

Itulah sebabnya kenapa; kerja bertahun-tahun, tabungan tak juga bertambah.

Cuma... Kalau duit tu tetap tak lekat dalam ASB/ TH, boleh consider menabung dalam bentuk emas.

Boleh menabung melalui GAP Auto-Debit.

Emas, simpanan tak bocor

Bila dah tukar kepada bentuk emas, kita tak akan sewenang-wenangnya korek balik tabungan. Kecuali hal yang benar-benar penting saja.

Lebih-lebih lagi kalau belum untung... Rugi kalau jual... 

Bahkan kalau harga emas dah naik mencanak sekalipun, kita akan rasa sayang nak jual emas-emas tu - sebab ikatan emosi pada emas.

Itulah sebabnya banyak orang yang dah kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan... Tapi bila kenal emas, baru dia dia sedar yang dia sebenarnya mampu menabung! 

Emas dapat kawal sifat boros... dan elak duit kita daripada bocor... 

Alhamdulillah... 

Zulkifli
Cyberjaya
18 Jun 2026
2 Muharram 1448H

Workshop Kaya Dengan Emas (WKDE) diadakan di Menara Public Gold @ TRX, KL setiap Rabu, 8.00 - 10.00 malam.

Catatan FB peserta WKDE:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}