Bersara: Jaminan Bagi Seorang Pekerja

by on May 2, 2011

Satu-satunya jaminan bagi seorang pekerja ialah anda akan berhenti atau diberhentikan…

Tenghari tadi saya hadir majlis meraikan persaraan dua kakitangan syarikat, iaitu Kak Yani dan Kak Suzi. Kak Yani kerja di syarikat kami sejak tahun 1978! Wah… dua tahun sebelum saya lahir. 32 tahun dia kerja di sini. Dia staff paling lama di syarikat kami.
Hadir ke majlis persaraan tadi, hati saya rasa berbelah bagi. Perlu sedih atau perlu gembira?
Umumnya, orang nak bersara rasa sedih sebab nak tinggalkan kawan-kawan. Tapi dalam masa yang sama rasa gembira sebab BEBAS katanya! Tak payah pergi kerja lagi.
Oh, rupanya ramai orang tak suka kerja barangkali. Kerja adalah satu bebanan. Dan kalau boleh, semua orang tak nak pergi kerja! Hm, isu seronok atau tak seronok kerja ni saya dah pernah sentuh dalam artikel lalu bertajuk “Seronak Kerja, Baru Seronok Hidup“.
Nak ‘Bebas’ Tapi Berduit?
Ramai orang kerja sebab duit – termasuk diri saya buat masa ini. Boleh ke tak kerja tapi dapat duit? Hah ha… sebab nak duit dan tak nak kerja inilah ramai orang masuk skim cepat kaya yang heboh baru-baru ni (klik di sini). Cuba-cuba, mana tahu ada rezeki katanya.

Sebenarnya, nak bebas tapi berduit memang ada jalannya. Jalan yang sah, dan rezeki yang halal. Dan sememangnya itulah yang saya cari sejak tahun 2005 dulu. Itulah jalan yang dilalui orang orang kaya-kaya didunia, tetapi orang kebanyakkan ramai tak tahu atau tak sanggup bayar harganya..

Saya mahu ‘bebas’ sebab saya rasa banyak perkara yang perlu saya sempurnakan dalam hidup selain daripada kerja. Dan disebabkan realiti kerja yang sememangnya semakin mengongkong kita, ramai anak muda saya nampak beralih ke bidang lain selain dari makan gaji. Mereka mahu mengawal pendapatan mereka, dan dalam masa yang sama mereka ada sedikit fleksibiliti dalam hidup, sekurang-kurangnya.

Mencari Fleksibiliti Dalam Hidup
Ada yang memilih kerjaya ejen takaful, unit trust, bisnes MLM (yang jujur) dan ada yang berbisnes sendiri. Mereka ada duit dan dalam masa yang sama, mereka ada masa bersama keluarga. Mereka mahu kerja untuk hidup, bukan lagi hidup untuk berkerja!
Mereka nak menikmati hidup yang sebenar sejak dari muda lagi, tak perlu tunggu di hujung usia…
Ucapan Kak Yani tengahari tadi, menggambarkan kekecewaan beliau terhadap kerja – syarikat tempat beliau bekerja. Pada beliau, syarikat makin hari makin tak pedulikan kebajikan pekerja, berbanding dulu.
Bos Anda, Masa Depan Anda
Itu kisah kerjaya Kak Yani. Kita pula macam mana? Anda nak tahu tak apakah masa depan anda dalam kerjaya anda sekarang?
Mudah saja, lihatlah bos anda sendiri. Pendapatannya, gaya hidupnya, tekanan kerjanya, itulah masa depan anda – kalau anda terus buat apa yang anda buat sekarang! Kalau anda suka gaya hidup bos anda, mungkin anda di landasan yang betul. Tapi kalau anda tak minat dengan gaya hidup bos anda, tukarlah arah anda sekarang!
Bagi saya, itulah yang lebih adil untuk diri anda dan majikan anda. Anda tak perlu lagi komplen pasal syarikat yang bayar bonus sikit, kenaikan gaji yang sikit, benefit yang makin mengecil dsb, sebab anda adalah seorang pekerja. Dan anda perlu ingat, jaminan bagi seorang pekerja ialah samada anda terpaksa berhenti kerja atau diberhentikan (e.g. pencen). Itulah jaminan terakhir bila anda seorang pekerja kata Kiyosaki.
Habis, nak buat apa?

Menjadi Bos Sendiri

Salah satu perkara mengurangkan kegelisahan saya terhadap majikan ialah dengan ada bisnes sendiri disamping kerja. Pukul 9.00pg – 5.00ptg, itu waktu untuk majkan saya. Lepas jam 5.00ptg, itu waktu untuk membina masa depan kami sekeluarga.
Bila ada bisnes sendiri, dan kami boleh kawal pendapatan sendiri, alhamdulllah, saya lebih selesa untuk bekerja. Mungkin sayalah staff yang paling tak kisah dengan apa juga ‘masalah’ dengan majikan. Apa juga masalah, saya fikir itu adalah perkara yang mesti saya terima sebagai seorang pekerja. Tak perlu komplen itu, komplen ini di warong makan tengahari, terima ajalah…
Kalau saya nak semua yang saya nak, saya mesti jadi bos sendiri! Bos lepas pukul 5.00 ptg… Itulah jalannya…
Wallahu a’lam.
“Most of people waste their lives waiting for the ‘perfect time’ to do X, Y or Z. Whether it’s the best of times or the worst of times, it is only the time we got. The difference between people who live paycheck to paycheck and people who are financially free is how they use their daily allotment of 1440 minutes a day.” – Burke Hedges, The Parable of Pipeline

Zulkifli
Damasara Heights

3 Ogos 2010

{ 2 comments… read them below or add one }

1 Cik Ct August 6, 2011 at 11:16 pm

assalamualaikum..sy nak tanya..jika kita tidak mendapat sebarang offer letter daripada majikan, adakah kita boleh berhenti kerja tanpa memberitahunya? (majikan yang tidak pernah mengambil tahu hal kebajikan pekerjanya)

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2011 at 2:01 am

Wslm Cik Ct..

Saya tak mahir bab rule Human Resource. Tp cadangan saya, buat la surat. Serahkan surat seminggu sebelum berhenti. Berhenti cara baik. Mana la tahu suatu hari nanti kita terdesak kerja balik dgn dia.

Wallahu a’lam.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: