
Cara Membaca Dengan Betul
Seorang businessman dari India berkongsi katanya dalam masa 12 tahun, dia tak pernah habis baca walaupun satu buku! Buku memang banyak, tapi dia cuma baca beberapa part penting yang dia terus boleh apply samaada dalam kehidupan seharian ataupun dalam bisnes.
Rupa-rupanya, baca buku ni ada caranya. Kita bukan baca buku untuk ambik exam katanya. Tapi untuk membangun diri. Yang paling penting ialah tabiat suka membaca. Buku adalah “a collection of people wisdom”. Membaca adalah cara paling cepat dapat untuk wisdom.
Nilai Sebenar Sebuah Buku
Biasanya seorang penulis menulis hasil dari kajian, pemerhatian, pengalaman dan jatuh bangun mereka sendiri dalam hidup. Kalau penulis tu dah berpengalaman 20 tahun dalam bidang yang dia tulis, maksudnya bila membaca, kita jimat masa 20 tahun!
Sekarang ni, saya masih menela’ah buku “Focus on Your Dream”. Memang menarik. Habis buku tu, saya nak terus sambung buku “In Business and In Love” and “The Magic of Thinking Big”. Cara saya baca buku kali ni ialah:
-
Mulakan memahami kesimpulan apa yang nak disampaikan penulis – baca muka depan, baca muka belakang, baca keseluruhan topik dan sub-topik yang ada.
-
Baca mana-mana topik yang menarik perhatian saya.
- Target 1 topik sehari.
- Baca waktu yang tak produktif – sebelum tidur, masa menunggu.
- Highlight mana-mana point penting untuk future reference.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
12 Januari 2011
8 Safar 1423
In Business And In Love introduces you to what many couples have found to be the best way to make their marriages stronger and more meaningful – working together as husband and wife. Operating a marriage-based business can give your marriage and the rest of your life a whole new enriching dimension that you simply can’t get any other way.
Salam.
Nak tanya ttg gadaian public gold dinar di Agro Bank. Apa beza kita pajak ketika harga tinggi atau rendah.
Dicadangkan saudara jawab dalam entri baru. Bukan dalam ruangan komen ni
Wslm Joe,
Mohon maaf, saya terpaksa jwb dlm ruangan komen ni coz time constraint.
Setakat ilmu saya, pajak ni paling bagus bila;
(1) harga emas rendah utk beli lagi emas. Walaupun harga turun, harga pajak biasanya akan maintain. So, kita boleh dpt byk duit utk beli emas lagi. Bila harga naik, kita jual emas, tebus, jual lagi, tebus lagi satu persatu. Untung kenaikan boleh cover duit upah ar-rahnu. Detail, joe check di http://www.jutawanemas.com.
(2) Bila nak pakai duit utk buat keuntungan e.g. pusing modal biz. Kalau dealer emas, mungkin nak pakai duit utk buy back, atau ada org nak tolak emas murah.. Dan make sure untung tu boleh cover kos ar-rahnu.
Tapi ada juga orang “rempit emas”. Apa yg saya faham, ini cara gamble. Kalau emas naik, naik, naik, mrk boleh untung berlipat kali ganda (e.g. 40%) berbanding orang yg sekadar simpan tanpa pajak (e.g. untung setahun lebih kurang 20%). Tapi kalau harga emas turun teruk, memang mereka akan ‘mati’ takleh tebus..
Untuk makluman Joe, sy tak berani ‘merempit’… dan tak pernah pajak lagi stakat ni.. saya cuma “pemandu berhemat” jer… he3x..
Mohon maaf kalau tak menjawab soalan. Kalau ianya membantu Joe, puji-pujian bagi Allah…
(“,)