MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Bigbike Untuk “Connect More People”

August 24, 2026

Tak payah complicated sangat. Rasa nak keluar, terus start motor dan jalan... Tak perlu fikir banyak... 

Tak kisah walaupun jalan jem hujung minggu pun, kita tak sangkut... InsyaAllah... 

Kadang duduk rumah buat kerja rasa mengantuk... Kalau duduk saja di rumah, mungkin tak produktif. 

Daripada lemau dekat rumah, baik saya keluar ambil angin. Dan dapat ruang masa dengan anak-anak. 

More...

Ruang masa dengan anak-anak 

Saya ada 5 anak lelaki, dan 3 anak perempuan. 

Kadang bila anak ramai, tak sempat adakan masa khusus untuk setiap anak. Mungkin ada perkara yang mereka nak berbual secara peribadi dengan saya, tapi kurang dapat peluang... 

Jadi setiap kali nak ride, saya bawa seorang anak lelaki ikut sekali. 

Saya cek di Google Maps, perjalanan nak sampai ke Bukit Tinggi ambil masa 1 jam 50 minit kalau naik kereta. Tapi naik motor, dalam sejam dah sampai sini. 

Bukan sebab motor lebih laju... Tapi sebab lebih konsisten... Kita tak tersangkut dengan pace (kelajuan) orang lain. 

Tadi average kelajuan saya bawa cuma 90 - 100 km/h atas highway. 

Objektif utama: "Connect More People"

Bila saya angkat bigbike, objektif utama ialah "connect more people". Khususnya orang yang penting dalam hidup saya.

Bila-bila rasa nak jumpa, start saja motor dan terus gerak. Tak perlu terlalu banyak perancangan... Bila ada bigbike ni, saya lebih rajin nak bergerak keluar rumah. 

Kalau dulu, setiap kali fikir nak keluar rumah, bila fikir jalan jem sana sini, fikir timing nak elak jem, terus datang rasa malas... Malas keluar rumah... 

Sekarang... alhamdulillah... Rajin keluar rumah.

Buat masa ni, saya belum ada minat ride untuk pergi cari makan sana sini. Objektif utama saya tetap "connect more people".

Objektif kedua ialah kembara!

Saya nak pergi mana-mana ceruk yang saya tak pernah sampai...

Mana saja ceruk yang ada rasa "ingin tahu", saya pergi...

Sebab nak mengembara, saya angkat Adventure Bike, bukan Touring Bike.

Touring Bike sangat selesa untuk pecut atas highway. Tapi Adventure Bike boleh pergi mana-mana ceruk pun kita nak pergi. Hatta nak masuk hutan, ataupun nak redah jalan gurun pun boleh!

Orang yang kenal motor, bila tengok bigbike saya, mereka tahu yang motor tu bukan untuk pecut... Tapi untuk kembara dan nikmati suasana...

Bukan tentang destinasi

Ke mana-mana pun saya pergi, sebenarnya bukan tentang destinasi...

Tapi dengan siapa saya pergi, dengan siapa saya jumpa... Dan bagaimana kami luangkan waktu bersama...

Saya percaya, orang penting dalam hidup kita itulah yang menambah makna besar dalam hidup kita... 

Ia bukan sangat tentang destinasi... 

#MyRidingJourney
#TipIbubapa
#FamilyTime

Zulkifli
Bukit Tinggi, Pahang
24 Ogos 2026
10 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}