MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tak Hensem Tak Kaya? Bina ‘Winning Point’ Dulu, Baru Orang Pilih Kita

January 1, 2026

"Kalau tak hensem, kita kena kaya. Kalau tak kaya, kita kena hensem. Kalau kaya tidak, hensem pun tidak, tak ada siapa nakkan kita..." 

Saya tergelak je dengan kata-kata Cik Jun, ikon #PGMall dalam diskusi semalam. 

Saya faham maksud Cik Jun. 

Untuk orang pilih jadi customer kita, kita mesti ada "winning point". 

Kita kena ada KELEBIHAN kita tersendiri yang membuatkan orang akan pilih kita. 

Kalau semua pun kita tak ada, jadi apa yang boleh kita expect orang akan pilih kita? 

Tak perlu pilih... 

Betul kata-kata Cik Jun tu untuk bina "winning point"...

Tapi untuk murid-murid saya, saya ada benchmark tersendiri... Mereka tak perlu pilih samada 'kaya' ataupun 'hensem'...

Sebab mereka boleh dapatkan kedua-duanya sekali!...

Untuk permulaan, saya tak kisah pun mereka hensem ke tidak. Dan tak perlu bimbang pun mereka hensem ataupun tidak.

Yang penting mereka mesti rajin belajar dan berusaha. Asalkan mereka sanggup belajar dan berusaha, pasti mereka akan berjaya satu hari nanti, insyaAllah... 

"Winning point" tu lama-lama pun akan terbina... InsyaAllah... 

3 winning point paling utama

Dalam bisnes, "winning point" paling utama yang kita kena bina ialah;

  1. Jujur dan bertanggungjawab (ini paling mahal!)
  2. Berilmu dan berkemahiran - jadi pakar dalam bidang kita
  3. Komited dengan usaha kita. 

Kalau ada 3 perkara ni, insyaAllah orang akan pilih kita. Kita akan menang dalam apa bisnes pun kita usahakan. InsyaAllah... 

#1 - Jadilah peniaga yang jujur

Sebab PERTAMA, majoriti peniaga tak jujur...

Sampai Nabi ingatkan, peniaga yang jujur tu akan di tempatkan bersama golongan VVIP di Syurga! 

Bahkan Nabi ingatkan, majoriti peniaga akan dibangkitkan di Akhirat sebagai orang yang berdosa! 

Jadi perkara pertama nak menang ialah jadilah peniaga yang jujur... Nescaya kita akan menang berbanding peniaga-peniaga lain dalam bidang kita! InsyaAllah... 

#2 - Jadi pakar dalam bidang kita

Yang KEDUA ialah ilmu dan berkemahiran.

Bidang apa pun kita ceburi, jangan berhenti 'asah kapak'.

Kalau kita sakit, kira nak pergi jumpa doktor yang pakar. Bukan yang belajar pun sekadar dapat markah lulus sahaja. 

Kita tak akan serahkan 'nasib' kepada doktor jadian - yang tak qualified! 

Begitu jugalah nak bina "winning point" dalam bisnes. 

Sentiasa belajar dan upgrade ilmu dan kemahiran dalam bidang apa pun kita ceburi. Supaya satu hari nanti, kita jadi pakar dalam bidang kita sendiri. 

Tak kisah bidang apa sekalipun, jadilah seorang yang pakar. 

Kepakaran kita tu nanti boleh bantu selesaikan masalah customer kita dengan lebih mudah, lebih cepat. 

Ingat... Orang datang kepada kita bukan saja-saja nak serahkan duit kepada kita. Tapi mereka ada masalah yang nak diselesaikan, dan mereka ada harapan yang perlu kita penuhi.

Kalau kita dapat selesaikan masalah-masalah mereka dengan baik, tentang duit tu tak perlu dirisau-risaukan lagi... Duit pasti akan datang menyerah diri...  InsyaAllah... 

#3 - Komited sampai berjaya!

Yang KETIGA, komited dengan apa sahaja yang kita buat.

Buat betul-betul, atau lebih baik jangan buat langsung! 

Apa yang saya perhatikan, dealer-dealer Public Gold berjaya ni ialah mereka yang buat betul-betul. 

Mereka betul-betul join training... Mereka obses tambah ilmu dari semasa ke semasa... Dan mereka obses sampaikan ilmu kepada penyimpan-penyimpan emas di bawah mereka... 

Bahkan mereka komited berikan servis terbaik kepada customer mereka sampai mati! Ia komitmen seumur hidup!... 

Itulah sebab kenapa mereka capai kejayaan besar... 

Sebaliknya, dealer yang tenggelam timbul, bisnes mereka pun tenggelam timbul juga. 

Bila dapat customer, mereka tinggal macam tu je. Mereka cuma nak komisyen je, tapi tak komited berikan servis terbaik kepada customer yang percaya kepada dia. 

Bisnes dia sekadar "touch n go" sahaja.... Tak ada komitmen...

Jadi tak hairanlah bisnes mereka tak ke mana-mana...  

Bila duit banyak, semuanya auto-hensem! 

Nak berjaya, bangunkan winning point kita dulu. Nanti barulah kita dilihat menarik untuk orang lain join kita.

Pasal hensem atau lawa tu, tak perlu dirisau-risaukan...

Bila makin kaya nanti, tentunya akan makin hensem (dan makin lawa). Bila duit banyak, kita semua akan auto-hensem! 

Ini bukan sembang-sembang yang nak menyedapkan hati... Tapi memang itulah realiti yang saya perhatikan pada murid-murid saya.

  1. Bila ada duit, kita ada waktu untuk exercise dengan cukup...
  2. Bila ada duit, kita boleh dapatkan makanan yang lebih berkualiti, dapat ambil suplemen makanan untuk kekal cergas... 
  3. Kita mampu bayar untuk dapatkan rawatan kecantikan berkualiti, bukannya guna produk-produk murah yang akhirnya merosakkan diri sendiri. 

Dan bila banyak duit, tentunya dapat berpakaian serta penampilan yang lebih meyakinkan.

Semua itu perlukan duit...

Jadi tak perlu bimbanglah pasal hensem atau cantik. Yang penting kerja kuat bina kekayaan dulu.

Nanti duit sudah banyak nanti, insyaAllah mereka semua akan auto-hensem, auto-cantik!

#TravelogDealerPublicGold 
#MembangunDiri

Zulkifli 

Cyberjaya 

1 Januari 2023

8 Jamadil Akhir 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}