MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kaya Dengan Emas : Jangan Leka Dengan “Buy Low Sell High”!

March 14, 2026

Bukan sekadar "beli harga rendah jual harga tinggi".

Sebenarnya sekurang-kurangnya ada lebih 10 cara untuk kaya dengan emas.

Tapi bagi mereka yang tak ada ilmu, emas bagi mereka hanyalah alat pelaburan... yang tak banyak beza berbanding saham. 

Mereka beli emas sebagai alat spekulasi saja. 

Itulah yang saya perhatikan sejak 10 - 15 tahun lalu...

Kebanyakan orang beli emas tujuannya untuk "pelaburan" (bukan "simpanan"). 

Kononnya beli ketika harga rendah. Nanti bila harga naik, mereka akan jual emas tu. 

"Buy low... sell high..." 

Ulang perkara yang sama... kononnya mereka akan kaya dengan cara begitu. 

Nampak bijak, tapi tak ke mana

Tapi realitinya, saya belum jumpa orang yang akhirnya kaya raya hanya kerana bermain dengan naik turun harga emas. 

Belum jumpa setakat ni... 

Bahkan kebanyakkan mereka, emas tak ada, duit pun tak ada!

Tak ke mana-mana juga... 

Nak kaya dengan emas, mesti bermula dengan ilmu.

Supaya kita tahu bagaimana memanfaatkan emas untuk jadikan kita bertambah kaya dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun... 

Maksud "kaya dengan emas"

Supaya walaupun bermula dengan tabungan emas sekecil RM100 setiap bulan, tapi akhirnya kita;

  • ada dana kecemasan yang cukup, 
  • dapat tutup hutang satu per satu,
  • dapat tambah rumah pelaburan dari tahun ke tahun,
  • dapat capai matlamat untuk beli tanah dan buat rumah sendiri, bahkan
  • dapat naik haji dengan lebih cepat. InsyaAllah...

Semua ilmu itu telahpun saya bukukan dalam #BukuWangEmas dan #BukuMisiBebasHutang

Saya cadangkan beli dan baca... 

Supaya kita tahu cara yang betul untuk "kaya dengan emas". 

👉 Tak akan sama orang berilmu dengan yang tak berilmu... 

Allahu a'lam. 

Zulkifli
Cyberjaya
8 Mac 2023

15 Sya'aban 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}