Friday, May 25, 2012

5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan


Sekarang ni dah banyak company yang keluarkan emas pelaburan. Ramai orang jadi confuse nak beli emas yang mana satu. Ramai juga yang tanya saya pasal syarikat lain, antaranya GCP, Amsyiq Gold, GSR, Sri Ayu dsb. Saya rasa lebih adil sahabat semua tanya direct dealer company tu sebab saya takut maklumat yang bagi tu tak tepat ataupun tak lengkap. Dealer company tu sendiri lebih layak untuk explain berbanding saya.

Saya cuma expert tentang Public Gold (PG) dan ilmu pelaburan emas secara umum. Setakat yang saya survey, emas pelaburan paling tinggi permintaan di Malaysia ialah Kijang Emas BNM, Dinar Kelantan, dan Public Gold jer. So, saya lebih fokus kepada Public Gold sebab saya tengok Public Gold sediakan fasiliti pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia.

Monday, May 14, 2012

Dunia Datang Bersamanya 'Bebanan'...

Masa saya mula-mula datang kerja di KL tahun 2003 dulu, saya memang excited tengok kereta mewah, rumah besar, pangkat besar, makan mewah, dan duit & harta yang banyak. Kalau orang ada, saya pun nak ada juga kalau boleh. Tapi, bila dah lama duduk KL, tengok realiti kehidupan dan masalah orang kaya, lebih faham apa itu keperluan hidup, apa tujuan hidup, apa makna hidup, di mana keseronokkan hidup, semua benda tu saya rasa tak teruja sangat. Sebabnya, setiap nikmat dunia yang Tuhan bagi, rupa-rupanya datang bersamanya bebanan.

Memang pakai kereta yang mewah tu nampak hebat. Tapi kereta mewah tu datang bersamanya bebanan maintenance yang tinggi, loan yang besar, installment yang mahal, takut hilang kena curi, takut tercalar, dan lagi parah kalau rasa lebih sayang kereta daripada anak! Pagi petang siang malam dok belek kereta. Berhabuk sikit dah nak kena basuh... Jadi, yang mana satu hamba,  yang mana satu tuan? Di mana nikmat sebenar berkereta mewah?... (",)

Thursday, May 3, 2012

Berkuda di Denai Alam Recreational Club (DARC)

Alhamdulillah, pengalaman baru bagi saya serta anak-anak. Hujung minggu lepas (29 April 2012), kami bawa anak-anak ke tempat rekreasi terbaru yang diperkenalkan oleh customer kami iaitu Pn. Azni dan suaminya yang tinggal di Denai Alam.

Friday, April 13, 2012

6 Kelebihan Bisnes Jual Beli Emas

Ada ramai juga tanya saya nak buat bisnes emas, tapi saya cuma boleh syorkan bisnes emas ni bagi siapa yang ada MODAL besar. Pada asalnya, saya bukan nak berniaga emas. Saya jadi dealer sebab saya beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. Daripada duit tu saya simpan di Tabung Haji yang untung cuma 5% setahun, lebih baik saya simpan emas yang untungnya 15% - 20% setahun!

Tapi bila saya ada ILMU pasal pelaburan emas, dan berkongsi dengan ramai kawan-kawan semata-mata untuk sebarkan ilmu secara personal, di blog dan di facebook, alhamdulillah, ramai orang datang nak beli emas dengan saya. So, nak tak nak, saya ‘terpaksa’ tolong orang lain melabur dalam emas a.k.a. berniaga emas. Dan sekarang, untung jual beli emas jauh melebihi untung simpan emas. Kalau untung simpan emas 20% setahun, untung jual beli emas sekitar 20% sebulan! Alhamdulillah...

Thursday, April 5, 2012

Tukar Environment, Mulakan Bisnes Sendiri

Tak  Yakin Memulakan Bisnes Sendiri?

Rasa berat, tak yakin, dan was-was nak mulakan bisnes sendiri itu memang perkara biasa bagi orang baru. Memang bertuahlah siapa start bisnes dengan bersemangat sebab kebanyakkan orang berjaya hari ni pun penuh dengan ragu-ragu masa nak bermula…

Chef Li Jutawan Senyap pun lemah semangat masa mula start bisnes. 1001 perasaan ragu-ragu masa nak mula. Sifu kami beberapa kali fikir nak berhenti masa mula-mula start bisnes. Irfan Khairi cuma dapat 3 customer setahun berniaga. Azizi Ali rugi RM100,000 buka bisnes pertama dia jual alatan muzik. Robert Kiyosaki jatuh bangkrap dengan bisnes pertama dia...

Itulah dia kalau nak bercakap pasal “semangat”….

Tuesday, March 27, 2012

Apakah Kita Bersedia Kalau Hilang Upaya?

Boleh dikatakan setiap tahun, saya dikejutkan dengan email “HCM Announcement: Medically Board Out”. Sejak bekerja lebih 8 tahun ni, sekurang-kurangnya 6 – 8 staff terpaksa diberhentikan oleh syarikat disebabkan hilang upaya untuk bekerja. Daripada level kerani hinggalah top management, semua tak terlepas...

Bukan sebab kemalangan, tapi sebab sakit. Macam-macam jenis sakit. Terbaru, rakan kami En. Sabri (bukan nama sebenar), diberhentikan sebab sakit tulang belakang setelah lebih 17 tahun berkhidmat. Rakan kami ni jenis orang yang sangat kuat bekerja. Sebab terlalu kuat kerja, mungkin tak cukup exercise, dia kena sakit tulang belakang hingga terpaksa bertongkat datang kerja, dan lumpuh beberapa ketika.

Bulan Julai 2011, adalah bulan terakhir beliau digelar sebagai seorang pekerja.

Bukan dia sorang jer. Banyak lagi kisah menyayat hati, dan saya pernah ikuti beberapa diari hidup rakan  yang senasib dengan En. Sabri tu. Kisah-kisah live begini saya jadikan iktibar supaya kami bersedia untuk hari-hari mendung begitu.

Tuesday, March 6, 2012

Cara Mudah Lock Harga Emas Public Gold

Lepas monitor harga emas, tiba-tiba nampak harga emas menjunam pada tengah malam. Nak lock harga, tapi dealer dah tidur! So, macam mana nak lock harga? Sebenarnya, tak perlu tunggu dealer untuk lock harga (place order) . Anda boleh lock sendiri dan berurusan direct dengan Public Gold. Cara untuk lock harga ialah:

(1) Print screen harga
(2) Hantar maklumat
(3) Tunggu Sales Order
(4) Buat bayaran
(5) Ambik emas

Secara terperincinya, boleh ikuti langkah di bawah:

Langkah #1: Cek & Print Screen Harga Semasa

Harga emas Public Gold berubah setiap 20 minit. Semak harga di www.publicgold.com.my/liveprice.html dan print screen harga. Print screen ni penting untuk rujukan kita dan Public Gold. Gunakan print screen macam di bawah ni atau yang sama waktu dengannya, dan emailkan kepada Public Gold masa place order di Langkah #2 nanti. In case Public Gold tersilap harga masa keluarkan Sales Order (Invoice) nanti, kita boleh kemukakan bukti ni untuk pembetulan.

Thursday, March 1, 2012

Hadiah Untuk Papa dan Mama...

Sampul ni Aisyah hulur masa saya sibuk nak pergi kerja.
Waktu pagi masa saya sibuk nak pergi kerja, Aisyah (anak sulong kami, darjah 2) hulurkan sampul ni untuk saya. Katanya, Aisyah buatkan untuk Papa dan Mama. Saya terima jer apa yang Aisyah bagi dan tak sempat buka pun. Saya letak jer atas meja...

Hadiah Istimewa Buat Papa dan Mama

Malam sebelum tu, Aisyah tidur lewat. Adik-adiknya semua dah tidur, tapi dia duduk sorang-sorang dalam bilik depan (bilik tetamu cum store room) buat kerja dia. Jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam, isteri saya mintak saya suruh Aisyah pergi tidur sebab esok nak pergi sekolah. 

Saya biarkan jer dia buat kerja, sebab Aisyah tak ada masa untuk buat kerja yang dia suka kecuali bila adik-adiknya dah tidur. Kalau adik-adiknya tak tidur, memang dia tak boleh fokus. Kalau dia mewarna, mesti ada yang nak tumpang 'menolong'... 

Friday, February 17, 2012

Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah

Salah satu hikmah yang saya belajar akhir-akhir ni ialah, kalau nak Allah gandakan rezeki, perbanyakkan sedekah. Allah akan ganti 10 KALI GANDA. Ada satu hari tu, saya nak test power untuk kuatkan keyakinan saya tentang janji Allah. Ada seorang student belajar Mesir dalam kesempitan. So, saya sedekahkan RM50, keluarkan dari tabung infaq bisnes kami. Seminggu lepas tu, Allah ganti balik dengan 3 urusniaga yang untungnya sekitar RM1,100! 20 KALI GANDA! Alhamdulillah...

Kami untung bersih sekitar RM1,000 sebab setiap hasil untung bisnes, kami akan potong 12.5%. 10% kami kembalikan ke tabung infaq, 2.5% kami masukkan ke tabung zakat.

Bersedekah Dulu, Baru Datang "Kaya"

Nasihat saya pada semua sahabat, kalau rasa sempit, perbanyakkanlah sedekah. Masa saya sempit dulu, saya pun lokek bersedekah sebab saya rasa untuk diri sendiri pun tak cukup, macam mana nak keluarkan sedekah? Tapi sampai satu masa, saya fikir sampai bila nak lokek macam ni. Then, saya start sedekah sikit-sikit. Mulakan masukkkan duit dalam tabung masjid RM1 seminggu. Lama-lama, sedekah tu makin hari makin bertambah sampai ianya dah jadi habit.

Wednesday, February 8, 2012

Jalan Sebenar Bebas Kewangan

Saya tulis artikel ni sebab saya nampak ramai orang terbuang masa cari jalan "kebebasan kewangan". Luang waktu 5 minit, baca artikel ini. Saya tunjukkan sahabat semua jalan sebenar untuk bebas kewangan, hasil pencarian saya selama 5 tahun, dan belajar sendiri dari orang yang telahpun 20 tahun bebas kewangan” - Zul

Baru lepas terbaca satu tulisan ex-classmate saya di Majalah Niaga, bertajuk "Bebaskan Diri Mu!". Dah lama nak share pasal tajuk bebas kewangan ni, tapi tak sempat-sempat. Oklah, just nak share pasal tajuk ni. Kita dok sibuk kerja siang malam cari duit tapi sebenarnya ramai orang tak tahu berapa banyak duit yang dia nak. Dia cuma fikir nak duit banyak jer, tapi tak tahu berapa banyak sebenarnya.

Kekayaan Tanpa Had

Bagi orang yang celik kewangan, mereka bekerja ke arah bebas kewangan. Bebas kewangan bukan gaji besar, bukan duit banyak, tapi maksudnya kita ada aliran tunai masuk yang tetap tanpa perlu bekerja. Contoh mudah ialah ada 5 buah rumah sewa. Katakanlah sebuah rumah sewa boleh dapat RM1,000 sebulan, maksudnya, dengan 5 rumah sewa, kita dapat income RM5,000 tanpa perlu bekerja. Besar ker RM5,000 sebulan? Tak besar tapi bagi orang yang celik kewangan, mereka anggap RM5,000 passive income jauh lebih besar daripada gaji bulanan (active income) RM50,000 sebulan.

Tuesday, January 31, 2012

5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!


Dalam keghairahan melabur emas, sebenarnya terlalu banyak kes penipuan dalam urusan jual beli emas, especially urusniaga melalui facebook! Itulah pemerhatian saya selama setahun lebih terlibat dengan jual beli emas. Sebab tu saya tak syorkan orang baru terlibat dengan emas buat belian pertama melalui facebook.

Baik & Buruk Beli Emas Dari Facebook

Kelebihan membeli emas melalui facebook (secondary market) ialah mungkin kita dapat harga lebih murah daripada harga pasaran (primary market) sebab kebanyakkan penjual adalah penjual individu,  bukan dealer. Tetapi silap hari bulan, duit kita boleh lebur!

Selain daripada penipuan, kekurangan membeli emas melalui facebook ialah anda melabur tanpa BIMBINGAN yang betul, di mana saya nampak, dealer yang berpengalaman jer yang boleh bagi bimbingan yang tepat. Tanpa bimbingan yang tepat, duit yang anda nak labur boleh jadi lebur! Saya memang dapat banyak email, sms, panggilan telefon mintak bimbingan pelaburan emas. Dan ramai juga yang contact saya yang telahpun ‘tersilap’ dalam melabur!

Friday, January 27, 2012

Didik Anak Soleh, Lagi Untung Dari Pelaburan Emas

Anis, anak ke-3 kami dah masuk tadika tahun ni. Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik, kesemua anak-anak perempuan kami dah masuk sekolah dah. Excited rasanya, bercampur sedikit debaran dan penuh harapan.

Harapan kami supaya mereka jadi orang bertaqwa. Nak kerja apa bila besar tu terpulang pada kecenderungan dia, rezeki tu Tuhan dah jamin. Tak perlu dirisau-risaukan. Yang perlu dirisaukan ialah keimanan dan ketaqwaan mereka.

Quran, Solat, dan Aqidahnya

Sibuk dengan macam-macam hal sekarang ni, saya risau tentang dua perkara jer buat masa ini tentang anak-anak iaitu (1) Solatnya, dan (2) Qurannya. Dan yang lebih penting dari dua perkara tu ialah bagaimana nak didik mereka biar kenal Tuhan. Bila kenal Tuhan, nak amalkan apa yang Tuhan syariatkan akan lebih mudah. Bak kata orang, bila kenal baru cinta. Bila cinta, semua pun jadi mudah.

Tuesday, December 27, 2011

Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal

Apa akan jadi pada pelabur emas Public Gold (PG) kalau syarikat lingkup? Apa akan jadi pada pelabur Dinar Kelantan kalau BN ambik alih kerajaan Negeri Kelantan? Pendek kata, apakah risiko pelabur emas fizikal kalau PENGELUAR lingkup?

Itu antara soalan yang biasa orang tanya saya sebelum beli emas.

Risiko Syarikat Pengeluar Lingkup?

Jawapan paling mudah yang saya rasa semua orang boleh jawab iaitu apakah risiko pembeli barang kemas kalau pekedai emas tutup kedai? Pastinya TAK ADA RISIKO sebab emas tu ada ditangan kita.

‘Invest’ dalam emas fizikal ni kita tak perlu risau. Macam beli barang kemas di kedai emas jer. Kita tak perlu risau samada kedai pengeluar tu lingkup ataupun maju sebab yang paling penting, kita pegang emas FIZIKAL. Emas ada ditangan kita. Nilai kekayaan kita bukan lagi terletak pada kedai tu, tapi terletak pada nilai berat dan ketulenan emas itu sendiri. Cuma kalau kedai tu masih wujud dan kukuh, kita akan dapat LEBIH MANFAAT. Mungkin boleh jual balik atau trade in emas tu dengan harga yang lebih tinggi berbanding trade-in di kedai lain.

Thursday, December 15, 2011

Harga Emas Jatuh, Rugi atau Rezeki?

Harga emas jatuh agak banyak dalam masa seminggu ni. Bulan November, harga tertinggi 1 Dinar Public Gold (PG) ialah RM820. Tapi pagi tadi, harga terendah RM715! Penurunan sebanyak 13%! Wow, banyak tu… Bagi orang baru, pastinya mereka rasa panik. Takut harga dah tak naik-naik dah. Tapi bagi orang yang ada ilmu pasal emas, oh! waktu gandakan keuntungan datang lagi! Mereka ‘bersorak’ dan memborong ramai-ramai!

Kejatuhan Bersifat Sementara

Kenapa kita perlu seronok bila harga jatuh? Bagi orang yang tahu, kejatuhan begini cuma sekejap jer. Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka boleh buat fast profit! Saya yakin, 3 bulan akan datang, mesti mereka yang tak beli masa ni akan rasa menyesal…

Monday, December 12, 2011

Susah, Hanya Pada Langkah Pertama!

Bohonglah kalau orang kata mulakan bisnes dengan mudah sebab bisnes memang susah, PERMULAANNYA…. 

Kami dulu tak tahu bisnes, tersilap langkah, tersalah tindakan, tersakitkan hati orang, terpush orang, tersilap bahasa, tersilap strategi, terhabis duit (rugi), rasa lemah semangat, dan rasa putus asa... Itu memang biasa masa mula-mula buat bisnes dulu. Tapi Tuhan Maha Pemurah. Dia pun kesian tengok kita bersusah payah cari rezeki. Lepas susah, dia bagi senang. Lepas senang, dia bagi susah. Susah dan senang yang silih berganti itulah cara Tuhan mendidik kita...

Semunya Susah, Permulaannya…

Sebenarnya, bukan bisnes jer yang susah. Apa-apa pun susah masa nak BERMULA. Nak drive kereta pun susah masa mula-mula dulu. Tersalah masuk gear, terlanggar pasu, nak tekan brek tapi tertekan minyak, nak masukkan gear pun terfikir-fikir, tersondol kereta orang, tergesel dinding garaj, terlupa tutup lampu sampai kong bateri kereta dan macam-macam lagi… Itulah masa baru-baru nak pandai kereta… Tapi sekarang, sambil drive silap boleh makan-makan, balas sms, ribakan anak, bahkan bancuh susu anak pun boleh!… (",)

Tuesday, December 6, 2011

Pelabur Emas Untung 20%, Dealer Untung 40%!

Just nak share 1 tip penting dengan sahabat, iaitu daripada simpan duit kertas, lebih baik simpan emas.

Nasihat saya, kalau ada duit RM20,000, jadilah dealer Public Gold. Saya untung banyak juga dengan Public Gold ni walaupun sambil-sambil. Semalam saya dapat satu urusniaga yang untungnya RM950! Alhamdulillah… syukur pada Allah yang menghantar customer pada saya. Entah macam mana, tetiba ada seorang yang saya tak kenal call nak beli emas lepas baca Quick Review Tentang Emas dari blog ni.

Cara Dealer Emas Gandakan Keuntungan

Untung kenaikan nilai emas sahaja setakat ni, lebih kurang 13% dalam masa 9 bulan! Di bawah ni, saya senaraikan 4 keuntungan jadi Dealer Public Gold:

Thursday, November 24, 2011

Persiapkan Waris RM1.2 juta Sebelum Mati

Disaat saya tulis artikel ni, saya dah ‘persiapkan’ untuk waris RM1.2 juta (walaupun saya belum jutawan) kalau saya kembali kepada Tuhan di waktu saya masih muda. Sebenarnya, kita tak perlu jadi jutawan untuk pastikan waris ada ‘harta’ yang cukup mereka survive setelah pemergiaan kita. Toolsnya ialah lindungan takaful!

Bagi orang ‘muda’ seperti saya, risiko terbesar kematian dikalangan orang muda adalah disebabkan KEMALANGAN, bukan KESIHATAN. Walaupun saya dah bersedia dengan lindungan takaful untuk "kesihatan", saya bagi perhatian besar pada lindungan "kemalangan".

Friday, November 18, 2011

Cara Menggandakan Kekayaan Dengan ‘Hutang’

Bagi sahabat yang telahpun bebas dari hutang, tahniah! Satu berita baik yang saya nak kongsikan, kita sebenarnya boleh memanfaatkan pinjaman untuk menggandakan kekayaan!

Maksud Sebenar "Bebas Hutang"

Dulu saya fikir, orang yang bebas hutang ialah orang yang bebas daripada segala bentuk pinjaman. Tapi bila saya study balik, itu bukan maksud sebenar “Bebas Hutang”. Walaupun memang bagus hidup tanpa buat apa-apa pinjaman, tapi kita akan terlepas peluang-peluang untuk gandakan kekayaan menggunakan teknik yang digunakan oleh orang kaya-kaya di dunia iaitu OPM (use Other People's Money).

“Bebas Hutang” juga bermaksud kita ada pinjaman, tetapi bebas daripada segala tanggungan atas pinjaman. Caranya ialah kita memanfaat apa yang dikatakan Good Debt untuk gandakan kekayaan sedia ada.

Friday, November 11, 2011

6 Tips Memahami Naik Turun Harga Emas

Sejarah harga emas 2 tahun. Trend sentiasa menaik.
Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.

Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.

Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

Saturday, November 5, 2011

Ready-Made, Cara Mudah Memulakan Bisnes

Ramai juga sahabat yang tanya saya macam mana nak mulakan bisnes. Nak bisnes apa? Modal tak ada, pengalaman tak ada, dan boleh dikatakan betul-betul zero tentang bisnes. Tapi mereka betul-betul nak perbaiki tahap kewangan mereka.

So, artikel ni saya tulis khas sebagai panduan umum untuk orang baru memulakan bisnes pertama dengan cara paling mudah. InsyaAllah.

Ready-Made, Bisnes Tanpa Production

Untuk orang baru mulakan bisnes, saya syorkan buat bisnes jadi orang tengah jer dulu untuk BELAJAR asas bisnes sambil buat duit. Ambik barang dari supplier, dan hantar pada customer. Dapat untung, 100% kita yang punya.

Tuesday, November 1, 2011

eBook Terbaik Pelaburan Silver

Sekadar makluman untuk semua sahabat yang berminat untuk melabur dalam Silver, ebook Pelaburan Silver tulisan Ikram Adi akan dinaikkan mulai jam 12.01 malam ni. Bagi sahabat yang berhajat untuk kuasai ilmu pelaburan silver yang keuntungannya 2, 3 kali lebih tinggi daripada emas, dapatkan ebook tu  hari ni juga. Harga hari ni masih lagi RM80, tapi mulai esok, harga dinaikkan ke RM100.

(Untuk dapatkan ebook tu, KLIK DI SINI)

5 Keuntungan eBook Ini

Walaupun harga RM100 tu masih murah berbanding dengan ilmunya, lebih baik rebut peluang beli hari ni. Saya jamin sahabat semua tak rugi beli ebook ni sebab:

Keuntungan #1: Ini satu-satunya panduan pelaburan silver yang di dedahkan Malaysia. Kalau panduan pelaburan emas tu memang senang dapat, tapi pelaburan silver memang tak ada di Malaysia selain daripada ebook ni.

Keuntungan #2: Ilmunya sangat praktikal, bukan sekadar teori. Ikram Adi kongsikan sekali kajian kes bagaimana beliau gandakan keuntungan 75% setahun dengan silver. Saya pun dah praktikkan ilmunya.

Sunday, October 30, 2011

Selesaikan Masalah Hidup Dengan Qurban

Pernah satu masa dulu, saya fikir ibadah Qurban ni sunat biasa-biasa jer. Nak buat, buat. Tak nak buat pun tak apa. Tapi bila saya dapat tahu yang Nabi S.A.W pernah pesan yang siapa tak buat ibadah qurban sedangkan dia mampu, jangan datang dekat dengan masjid Nabi! Uh, saya terus wajibkan diri untuk qurban setiap tahun. Saya jadikan qurban sebagai bajet wajib dalam bajet tahunan kami.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W berpesan: "Barang siapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan qurban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat (masjid) kami". (H.R. Ahmad & Ibnu Majah).

Dulu saya tak buat qurban sebab bajet agak tight masa tu. Tapi bila saya fikir balik, kita keluarkan duit kerana Tuhan sebenarnya rezeki akan datang melipah ruah. Dulu nak masukkan duit dalam tabung masjid hari Jumaat pun berkira. Tapi dok fikir-fikir, sampai bila aku nak macam ni. Hulur jer lah duit tu. InsyaAllah rezeki datang lagi banyak sebab memang Tuhan dah jamin.

Wednesday, October 26, 2011

Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu adalah merugikan kalau tak tahu menggandakan keuntungan dengan duit pajak tu.

Keduanya, simpan emas ni senang  jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Itu semua mindset jer. Kalau dah lama nanti, kita rasa selamber jer… (“,)

Sebagai panduan asas, ini 5 tips penting untuk pastikan emas kita disimpan dengan selamat:

Tip 1: Jangan bagi tahu sesiapa

Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,)

Friday, October 21, 2011

Awas! Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit

Baru tak sampai sebulan dapat kad kredit (kad kredit pertama dalam hidup saya), dah rasa tak senang bila ada usaha untuk menipu dengan kad kredit tu. Saya apply kad kredit dua bulan lepas untuk register akaun paypal (untuk internet transaction) dan dalam masa yang sama meminimumkan duit tunai untuk modal pusingan bisnes saya. Maksudnya, kalau saya dapat order yang besar, saya tak perlu keluarkan cash beli barang untuk hantar pada customer. Tapi, saya just slash kad kredit dengan supplier, dan bila customer buat payment, saya terus settlekan kad kredit tu. So, tak payah pakai cash sebab kalau cash banyak sangat, ia dah jadi tak efisien. Daripada duit terbiar macam tu, lebih baik beli emas ataupun silver.

Monday, October 17, 2011

8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.

Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% - 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:

Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja

Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.

Monday, October 10, 2011

Cara Kukuhkan Bisnes Dengan Facebook

Untuk sahabat-sahabat yang ada aksess internet, saya cadangkan manfaatkan betul-betul internet untuk kembangkan bisnes. Ini satu benda baru yang saya belajar dan praktikkan.

Saya rasa, buat bisnes tak sesusah dulu kalau kita guna internet. Antara strategi penting dalam bisnes iaitu “consistent contact, consistent reminder, dan consistent follow-up” dengan customer. Itulah teknik rahsia kenapa Joe Girard boleh jadi The Greatest Salesman in The World!

Teknik Rahsia Goe Girard

Joe Girard boleh jual 13,000 unit kereta dalam masa 15 tahun! Ini adalah rekod dunia. Kuncinya ialah kita kena consistent contact, reminder, and follow-up dengan customer. Caranya ialah bina friendship. Zaman dulu, Joe Girard rajin ambik contact number customer dia, rajin bagi ucapan setiap special day, kenali ahli keluarga mereka dsb. Bila bersesuaian, dia bagi hadiah… Itulah cara ‘tradisional’ yang digunakan oleh the Greatest Salesman in The World!..

Tuesday, October 4, 2011

Cara Merawat Batuk Kronik Tanpa Ubat

Bulan Mei tahun 2010 kena denggi. Bulan Mei 2011 ni kena batuk kronik. Sakit setahun sekali. Itulah rekod kesihatan saya dengan doktor di Klinik Idzham Damansara Damai. Datang klinik cuma setahun sekali.

Lepas sehari dua batuk, saya terus telan suplemen herba echinacea. Uh, tak baik-baik. Biasanya, kalau mula rasa nak demam, sakit tekak, herba echinacea memang cepat baik. Hari ni telan, esok insyaAllah terus baik. Tak perlu lagi ke klinik.

Herba Echinacea Pun Tak Jalan

Tapi kali ni lain macam sikit. Saya terpaksa ke klinik, dapatkan MC, dan makan ubat-ubat doktor termasuk antibiotik yang biasanya jadi pilihan terakhir saya. Seminggu makan ubat, masih tak baik-baik. Bukan batuk biasa-biasa, tapi sampai rasa sesak nafas, nafas rasa semput, sakit dan ketat dada, sampai nak batuk pun rasa takut sebab terlalu sakit.

Thursday, September 29, 2011

Mencari Bisnes Paling Serasi?

Memang betul, keserasian tu penting untuk kita maju dan bertahan lama dalam bisnes. Cuma kekadang orang salah faham apa itu “keserasian”.

Salah Faham Tentang “Keserasian”

Keserasian bukan segala-galanya bermaksud buat apa yang kita suka. Suka duduk rumah… suka tengok TV… suka duduk saja dsb, sebab dalam bisnes, kita terpaksa buat banyak perkara yang mungkin kita tak serasi pada permulaannya.

Kekadang bukan mudah nak cari bisnes yang kita serasi, tetapi lebih mudah untuk kita serasikan diri dengan bisnes. Untuk kita serasi dengan bisnes, perkara paling asas ialah kita kena anggap bisnes sebagai medium untuk menyebar luaskan lagi rahmat Tuhan (kepada lebih ramai manusia). Dan anggaplah bisnes sebagai medan memperbaiki diri.

Kalau kita fikir begini, insyaAllah, kita akan serasi dengan banyak jenis bisnes. Asalkan ada lubang buat duit, dan ia juga ruang untuk kita menjadikan hidup orang lain lebih baik, buat lah bisnes tu. InsyaAllah, kita tak akan bosan.

Saturday, September 24, 2011

Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat?

Harga emas turun lebih kurang 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM760. Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833. Bagi orang yang belum faham pasal emas, dia jadi panik, tapi bagi orang yang tahu perangai emas, dia mesti tersenyum lebar... Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang memaksimumkan keuntungan dengan teknik pajak di Ar-Rahnu!

Bagi orang yang tahu, bila harga emas jatuh 10%, dia berpeluang dapat keuntungan 10% dengan mudah!

Harga Jatuh, Untung atau Rugi?

Ok, bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi sahabat yang simpan 100 gram emas, cuba cek balik, emas yang kalian simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Jawapanya, tak berkurangan walaupun 1 gram. So, anda rugi ker bila harga emas jatuh? Pastinya tak... Macam tu juga bagi sesiapa invest dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan betul-betul rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung!

Thursday, September 22, 2011

Bergaul, Cara Mudah Celik Bisnes

Bila ada 'geng' bisnes, kita akan jimat masa dan tenaga 80%!

Alhamdulillah… Satu lagi ilmu bisnes yang saya belajar iaitu cara nak jana income RM2,000 sebulan hanya dengan modal RM300. Ini bisnes, bukan skim pelaburan. Tadi dok sembang-sembang dengan Adenan, kawan office yang memang dah 5, 6 tahun buat bisnes. Antara website dia ialah http://alitcom.blogspot.com. Dia buat macam-macam jenis bisnes; fotografi, video editing, jual handphone dan accessories handphone, jual baju online dsb..

Rahsia Untung 600% Sebulan!

Tadi dia dedahkan rahsia macam mana guna modal RM300, tapi isteri dia boleh jana income RM2,000 sebulan tanpa keluar rumah dengan jual akesori handphone secara online. Ia lagi untung dari orang berniaga buka booth jual aksesori handphone katanya. Dia dedahkan juga cara nak dapat barang dari supplier pada harga dealer, alhamdulillah... Satu lagi lubang bisnes yang Allah bukakan pada saya. Walaupun saya berlum terfikir nak buat bisnes aksesori handphone, tapi at least saya tahu ada lubuk duit kat situ.