Tulis Impian, Elak Kekesalan Di Hari Tua

by on December 1, 2015

Post image for Tulis Impian, Elak Kekesalan Di Hari Tua

Tulis “impian hidup” tu percuma sahaja. Tapi kekadang nak tulis “impian” pun kita rasa takut. Takut “impian” yang kita tulis tu tak tercapai. Sedangkan menulis “impian hidup” tu memberi kesan besar dalam hidup kita secara tak sedar. Sub-conscious mind kita akan mula bekerja ke arah apa yang kita impikan.

Kalau tak ditulis, kita hidup hanya mengikut-ikut orang lain sahaja. Akhirnya kita kecewa sebab tak mengusahakan apa yang bermakna dalam hidup kita sendiri. Bila toleh kebelakang, kehidupan kita sama sahaja berbanding 5 – 10 tahun yang lalu. Pendapatan bertambah, hutang pun turut sama bertambah. Pendapatan makin membesar, hidup makin sibuk tanpa apa-apa pertambahan nilai dalam hidup kita…

Saya pernah terbaca satu buku bertajuk “The 5 Secret You Must Discover Before You Die”. Penulis menemuramah 235 mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang dianggap sebagai bahagia dan berjaya dalam hidup. Bila ditemuramah, antara perkara mengecewakan mereka ialah mereka tak berusaha pada apa yang bermakna dalam hidup mereka, berbanding mereka telah berusaha tapi tak berjaya. Lagi malang kalau dalam kesibukan kita bekerja dan mencari kekayaan, kita lupa apa yang bermakna dalam hidup kita sendiri. Hidup macam tak ada arah tujuan.

Elak Kekesalan Di Hari Tua

Jadi untuk mengelakkan kekesalan di hari tua nanti, ambil waktu bertenang sekejap dan tulislah “impian hidup” sekarang. Walaupun kita belum mengusahakan lagi, tetapi sekurang-kurangnya kita tahu halatuju hidup kita sendiri. Bila dah tahu halatuju hidup, ia akan jadi penilaian penting bila-bila masa kita nak buat apa-apa keputusan penting dalam hidup.

Waktu saya masih bekerja dahulu, saya terima beberapa tawaran pekerjaan dengan gaji yang lebih baik. Tetapi kesemuanya saya tolak ketepi sebab bila saya semak impian hidup saya, pekerjaan baru dengan gaji lebih besar itu melambatkan saya mencapai impian untuk mendapat “kebebasan masa” (melalui bisnes sendiri). Jawatan baru itu hanya sekadar mencapai impian boss dan majikan baru, tetapi bukan impian saya sendiri.

Saya rasa, kalau saya tak tulis “impian hidup” tu, pastinya saya terima apa sahaja tawaran kerja dengan gaji lebih baik dan hanyut dalam dunia pekerjaan saya…

kapal terbang berlepasKenderaan boleh berubah, tetapi destinasi kita tak akan berubah. Sebelum ‘berlepas’, kenalpasti dahulu ke mana arah tujuan kita.

Apa Yang Kita Tulis, Itu Yang Kita Dapat

Sebenarnya, saya mula menulis impian hidup sejak 10 tahun lepas lagi, iaitu selepas saya melihat kehidupan orang yang saya anggap berjaya dalam hidup. Alhamdulillah, hampir 80% apa yang saya tulis 10 tahun lepas, Allah rezekikan kepada saya untuk nikmatinya pada hari ini. Dan saya terus menulis impian-impian yang baru supaya saya tak berasa selesa dengan comfort zone sekarang.

Saya tulis impian-impian itu dalam file Microsoft Word yang saya namakan “IMPIAN HIDUPKU”. File itu saya update dan adjust dari semasa ke semasa. Bila dah tulis, baru saya sedar apa yang BERMAKNA dalam hidup, dan apa yang tak bermakna dalam hidup saya sendiri. Bahkan baru saya sedar, sebahagian apa yang saya pernah tulis itu sebenarnya bukan impian hidup saya, tapi sekadar untuk “impress” orang lain… Tak lebih dari itu… Jadi ‘impian’ itu perlu didelete.

Tanamkan Impian Dalam Kepala

Dari senarai “Impian Hidup” itu, saya tulis dan tampal catatan ringkas dan foto-foto berkaitan di workstation kerja saya, di pintu toilet, dan di dalam bilik tidur supaya impian itu melekat dalam sub-concious mind. Bila dah melekat dalam kepala, kita akan terus bekerja menggapai impian tersebut tanpa sedar, sebagaimana kita memandu pergi dan balik kerja.

Start sahaja enjin kereta, lepas tu kita tak perlu berfikir lagi ke arah mana jalan nak pergi kerja (sebab dah ‘set’ dalam sub-concious mind). Sedar-sedar, kita dah sampai di pejabat. Kalau nak singgah ke tempat lain dulu pun (yang bukan destinasi utama), kita mungkin terlupa!

Itulah pentingnya memasukkan “impian hidup” itu dalam sub-concious mind. Ia akan membuatkan kita lebih fokus kepada apa yang lebih utama dalam hidup kita. Impian Hidup itu akan memotivasikan kita untuk terus maju tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 Disember 2015
19 Safar 1437H

[Kredit foto : yohyoh, living-the-faith-dream]

{ 26 comments… read them below or add one }

1 Fahmishah December 1, 2015 at 11:29 am

Menulis impian ada kekuatan tersendiri. Tahun lepas saya hanya tiga matlamat untuk dicapai pada tahun 2015, iaitu kumpul 10 dinar, berkahwin dan ada bisnes sampingan.

Alhamdulillah. Beberapa bulan lepas saya belek buku impian saya, semua perkara tersebut dah tercapai walaupun saya sendiri tak perasan. Saya akan teruskan untuk “tajam”kan lagi impian saya supaya bila dah tua nanti saya tak menyesal.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 11:47 am

Terima kasih En. Fahmishah atas perkongsian ini. Saya percaya, ia boleh memotivasikan orang lain untuk menulisnya juga, insyaAllah. Jazakallahu khair…

Reply

3 ProfHariz December 1, 2015 at 12:09 pm

Saya tidak percaya dengan perkara ini. Tetapi ramai orang yang berjaya katakan “[Apa Yang Kita Tulis, Itu Yang Kita Dapat]” maka saya akan bermula untuk menulis dan saya akan lihat sendiri.

Sejauh mana ia berjaya dan ia dapat. InshaAllah…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 12:23 pm

Tulis + tindakan, InsyaAllah akan berhasil. Tulislah impian tinggi melangit pun tak apa, kalau kita hanya mencapai awan, itupun sudah cukup bagus bebanding tak menulis apa-apa.

Reply

5 skyfun December 1, 2015 at 12:32 pm

pemerhatian sy,ramai dari kita impian hidupnya mencipta hutang beli kereta atau rumah sebagai aras kejayaan,selepas itu…nothing!

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 6:51 pm

Sama-sama kita beri ilmu dan kesedaran yang betul kepada masyarakat, insyaAllah.

Reply

7 Emellia Maskor December 1, 2015 at 1:30 pm

Impian 2015 hampir semuanya jadi kenyataan dan teratur cantik pada tarikh / sela masa yang ditetapkan. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, hanya satu impian hampir tercapai tapi Allah belum izinkan. Hajatnya nak beli rumah lelong tahun ni dan bank draf sudah sampai ke tangan ejen. Tapi bila baca semula POS sebelum ejen masuk dewan lelong, saya tidak layak dan saya bakal kehilangan duit deposit jika berjaya menang lelong. Alhamdulillah.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 6:52 pm

Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian pengalaman Pn. Emellia.

Reply

9 Mohd Zahran December 1, 2015 at 5:09 pm

Terima kasih atas perkongsian dan peringatan yang diberikan. Impian dan matlamat sangat perlu dalam hidup seseorang dan perlu ‘ditambat’ di dalam nota agar setiap kali menelusuri kehidupan, kita tak terkeluar dari matlamat dan impian kita..sekadar pendapat saya :-)

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 6:52 pm

Sama-sama En. Zahran.

Terima kasih atas pendapat yang En. Zahran berikan.

Reply

11 Rizal December 2, 2015 at 12:11 am

Saya baru siap tulis impian saya.utk 10tahun akan datang.merangkumi 3perkara.kebebasan kewangan.kebebasan masa Dan impian.

Dan juga target bisnes utk tahun 2016

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie December 2, 2015 at 7:06 am

Alhamdulillah. Bagus tu En. Rizal. Saya doakan Allah berkati usaha En. Rizal. Amiin ya Allah…

Reply

13 Mohd_Jan December 2, 2015 at 1:58 pm

Saya berpengalaman menulis impian hidup saya 15 thn lpas. Mostly berkaitan karier, kewangan & family. Kini hampir kesemua impian itu telah tercapai, hanya satu yg masih in-progress (50%). Bila dikenangkan, rs mcm tk percaya, ianya akan tercapai. Dan skrg ini, saya lbh menyedari, bahawa mencari redha Allah dan mengejar syurgaNya adalah impian tertinggi dlm hidup kita.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie December 2, 2015 at 2:03 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih En. Mohd Jan atas perkongsian pengalaman.

Betul, akhir sekali kita nak redha Allah dan Syurga-Nya. Hakikat itu kita akan sedar bila kita mula menulis impian hidup kita sendiri, dan kita menilainya dari semasa ke semasa. Akhir sekali, kita mahu kembali kepada Tuhan juga.

Reply

15 nor zuraida December 4, 2015 at 1:31 pm

terima kasih atas perkongsian..saya rasa nk menangis bila relate ttg artikel ni dgn impian sy..sgt2 membantu menyedarkan saya..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie December 9, 2015 at 10:18 am

Sama-sama Pn. Nor Zuraida,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

17 suria December 5, 2015 at 10:45 pm

Nasihat terbaik yang saya dapat hari ni.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie December 9, 2015 at 10:16 am

Alhamdulillah..

Reply

19 harun December 7, 2015 at 9:23 pm

Assalamualaikum tuan.. terima kasih atas perkongisian yang amat menarik ini. saya merasakan artikel yang ditulis oleh tuan sangat dekat dengan diri saya. saya baru sahaja hampir setahun berada dalam alam pekerjaan dan masih mencari-cari hala tuju dalam pengurusan kewangan dan kehidupan saya.

saya selalu tertanya2, apa tujuan saya bekerja?. adakah saya puas dengan kerja skrg? dan smpai bila saya harus bekerja?..dan jawapan yg sy buleh katakan disini ,saya bekerja untuk menampung hidup saya didunia ini.,memberi nafkah pada ibubapa dan membantu adik2 yang masih sekolah..walopun saya sgt bersykur dengan pekerjaan sektor kerajaan sekarang,namun jauh disudut hati,sy juga inginkan kebebasan melakukan pekerjaan sendiri suatu hari nnti dimana saya bebas untuk menguruskan rutin kerja saya sendiri.
bukanlah kehidupan mewah yang saya kejari, saya tidak kisah menaiki kereta secendhand, rumah yang sederhana dan income bulanan yang biasa2, asalkan dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga yang amat saya cinta didunia kerana mereka bukanlah selama-lamanya ada dengan kita didunia ini. sekarang ini, saya bekerja jauh dari keluarga. saya tahu ramai juga berjauhan dari keluarga,namun saya rasa agak sebak apabila mengenangkan diri berada jauh bekerja meninggalkan ibubapa yang semakin tua dikampung.
suatu hari nnti, sya berharap, saya mempunyai kewangan yang kukuh dan perniagaan sendiri yang mantap seterusnya berhenti kerja dan dapat meluangkan masa yang banyak bersama keluarga.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie December 9, 2015 at 10:25 am

Wslm En. Harun,

Sama-sama. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat.

Apa yang En. Harun catatkan itu, itulah sebenarnya impian hidup En. Harun. Jadi tulis impian itu, dan perincikan dari semasa ke semasa hingga ‘keluar’ Action Plan untuk merealisasikan impian tersebut. Itulah sebenarnya perkara yang bermakna dalam hidup En. Harun.

Reply

21 asraf December 9, 2015 at 5:43 pm

alhamdullilah terima kasih atas perkongsian tuan sgt menusuk ke dalam jiwa saya.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2015 at 9:10 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

23 Ain December 10, 2015 at 2:49 pm

Master Zul, saya pernah memasang impian tapi tak pernah tulis dan saya setkan dalam mind dan hati saya saja. Beberapa tahun dulu saya pernah setkan 3 impian untuk saya capai sebelum umur 35 tahun iaitu ada simpanan 100k, ada sebuah rumah dan mengerjakan haji.

Walaupun saya tak tulis tapi apa yang saya setkan itu membuatkan saya berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah seperti yang saya target , 2 impian tu jadi kenyataan sebelum umur 35 tahun. Yang paling ajaibnya, saya pun bagaikan tak percaya bagaimana saya boleh terpanggil untuk meletakkan sasaran mengerjakan haji dan impian itu jadi KENYATAAN!!! pada usia saya 36 tahun.

Ya Allah, syukurnya saya. Dari situ, saya akhirnya mula menulis impian-impian saya….

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2015 at 9:14 am

MasyaAllah. Alhamdulillah.

Memang berbeza bila ada matlamat berbanding mereka yang tak ada matlamat.

Reply

25 asrul December 11, 2015 at 4:12 pm

Masya allah, begitu terkesan saya baca artikel tentang tulis impian. Terima kasih dengan ilmu dan panduan yg begitu bermanfaat ni. Semoga allah membalas en zul sekeluarga dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2015 at 9:16 am

Alhamdulillah… Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Asrul sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: