Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir

by on July 12, 2018

Post image for Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir

Bagaimana kita melihat dunia, bergantung apa yang ada dalam fikiran kita. Kalau fikiran kita penuh dengan keindahan, kita akan nampak dunia ini serba indah. Dan begitulah sebaliknya…

Siapa yang selalu baca cerita gosip, berita negatif, berkawan dengan orang negatif, maka dia akan melihat dunia ini penuh dengan perkara negatif yang membuatkan hidupnya tak ceria. Kehidupannya dikelilingi segala perkara yang negatif disebabkan apa yang dia baca, apa yang dia lihat dan tonton, dan pergaulan sekelilingnya.

Seperti penggemar cerita seram dan cerita hantu. Dia takut keluar malam dan takut untuk ke tempat gelap sendirian sebab dia sentiasa terbayangkan hantu ada di mana-mana. Walaupun seumur hidup dia tak pernah jumpa hantu, tetapi dia sangat takut akan hantu tersebut! Walaupun pada hakikatnya hantu itu tidak muncul di depan mata dia, tetapi hantu itu sebenarnya telah masuk dalam fikiran dia hasil movie hantu yang dia sendiri PILIH untuk menontonnya!…

Jadi bagaimana nak melihat dunia dengan penuh perkara positif dan kebaikan yang membuatkan hidup kita sentiasa opitimis dan ceria?

UBAH apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita tonton, apa yang kita dengar, dan dengan siapa kita bergaul!

Hentikan Yang Negatif

Pertama, PILIH untuk hentikan segala input negatif.

Saya mulakan azam hentikan semua input negatif sejak tahun 2009 lagi. Sejak dari itu, saya tak lagi ikuti rancangan TV atau menonton berita-berita di TV, ataupun berita dari news paper. Saya tak akan baca posting negatif yang lalu di news feed Facebook saya. Saya unfriend sesiapa sahaja yang suka letakkan posting negatif yang boleh mengganggu news feed saya dengan unsur negatif, kebencian, perbalahan dan sebagainya. Saya tak akan lihat foto-foto negatif, dan saya tak akan klik video negatif yang lalu di wall saya. Semua posting dan link itu akan membuatkan sesiapa sahaja rasa lemah semangat, takut, sedih dan sebagainya.

Bagi saya, ia hanyalah pembaziran emosi yang kita tak mampu mengubahnya…

Kalau komputer kita install dengan berbagai-bagai jenis software anti-virus, spam filter dan sebagainya, bagi saya fikiran kita lebih berharga dari itu. Kita patut lindungi fikiran kita dari dimasukkan ‘sampah’ dan virus.

Masukkan Yang Positif

Kedua, PILIH untuk masukkan segala input positif. Hanya yang positif. Baca buku-buku dan posting motivasi, kewangan, dan kejayaan. Tonton video-video yang memberikan inspirasi dalam hidup. Dan yang penting juga, berkawan dengan orang berjaya dan kawan-kawan yang sentiasa positif.

Itulah yang akan mengubah perspektif kita tentang kehidupan dan membuatkan kita sentiasa ceria dan bersemangat untuk terus maju, insyaAllah.

Kita adalah apa yang kita fikir…

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi)

Cara Membentuk Mind Positif

Saya tertarik dengan video bertajuk “4 Cara Mengubah Mindset” oleh seorang motivator dari Indonesia ini. Pesanan beliau;

1. Baca yang positif saja
2. Harus ada figur yang sukses
3. Afirmasi diri
4. Dengar lagu positif saja

Apa yang kita baca, dengar dan lihat, itulah yang membentuk pola pikir kita. Jom tonton video ini.

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya, Malaysia
12 Julai 2018
28 Syawal 1439H

{ 9 comments… read them below or add one }

1 MohdHafiz Gani July 13, 2018 at 8:08 am

Alhamdulillah..
Dah macam melanggan majalah ni.
Setiap hari buka tengok update tuan.
Salin balik apa tuan kata.
Mohon restu ilmunya.
Mohon doa dari tuan agar saya mencapai kebebasan kewangan

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie July 13, 2018 at 8:14 am

Alhamdulillah.

Terima kasih En. Mohd Hafiz kerana ziarah blog ini.

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

3 MohdHafiz Gani July 13, 2018 at 8:17 am

saya cinta diri saya
saya ingin bahagia
saya pasti bisa

Terus sukses.. Aamin

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie July 13, 2018 at 8:24 am

Amiin..

Reply

5 Syed Mohd Tazrin July 13, 2018 at 11:43 am

Assalamu’alaikum Ustaz Zul..

Dari zaman budak lagi, saya sangat sayangkan buku-buku saya.
Saya simpan dengan elok, baca dengan cermat, bawa dan letak dengan sopan. Semua buku-buku saya masih kelihatan baru. Tak semua buku saya baca, saya lebih gemar membelek dari membaca (Skim & Scan) dan bercerita apa yang dah saya baca. Kalau terpaksa kitar semula buku-buku lama yang dah ‘outdated’, dimakan ulat buku pun susah. Hati tak tenteram melepaskannya.

Saya tak pernah bercita-cita besar sebab saya bukanlah seorang yang bijak pandai, biasa-biasa aje, kadang-kadang bengong juga . Tapi sekarang ini, Allah s.w.t. jadikan saya seorang Guru di UIAM. Orang lain – jiran-jiran, rakan sekerja dulu, saudara-mara ingat saya ini bijak pandai. Alhamdulilah.

Benarlah apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat, itu semua d’oa. Do’a yang baik pasti dimakbulkan Allah. Alhamdulillah

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie July 15, 2018 at 6:57 am

Wslm En. Syed,

MasyaAllah.

Pengalaman dan sharing yang menarik.

Jazakallahu khair.

Reply

7 skyfun July 18, 2018 at 2:08 pm

Patutlah kena unfriend

Reply

8 azrai July 19, 2018 at 1:12 pm
9 Mohd Zulkifli Shafie July 21, 2018 at 5:07 am

Betul En. Azrai.

Terima kasih.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: