MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Seronok Travel

May 11, 2009

Perjalanan bersama keluarga yang memakan masa 6 -8 jam bagi kami satu keseronokkan. (Foto: Panorama indah di Lebuhraya Pantai Timur)

Family Gathering di Kuantan

Malam tadi, kami sekeluarga balik dari Kuantan. Bertolak dari Damansara Damai petang Sabtu ke rumah adik saya (no. 3) bersama suaminya di Kuarters Pensyarah, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.

Kami ke sana untuk ‘family gathering’ – jumpa mama, abah, adik no. 5 yang baru habis belajar di UPSI dan adik bongsu yang akan berdaftar di Kolej Matrikulasi Pahang. Mereka semua baru balik dari Langkawi, ikut abah kendalikan kursus YADIM sambil makan angin sejak Khamis, 7 Mei 2009.
Kenapa Saya Seronok Travel

Perjalanan ke sana lebih kurang 3 jam setengah. Perjalanan balik semalam terfikir, kenapa saya seronok travel.

“Yang (Sayang). Ayang tahu tak kenapa Abang suka travel?”

“Em, sebab suka tengok alam yang Tuhan buat?”

“Betul. Tapi ada lagi sebab yang lebih penting. Tahu tak apa dia?”

“Ayang rasa, sebab kita boleh sembang lama. Betul tak?”

Yer betul. Antara sebab saya suka travel jauh-jauh ialah sebab saya boleh sembang lama-lama dengan isteri. Macam-macam topik boleh sembang samada pasal anak-anak, keluarga, agama, dakwah, dan semasa.
Peluang ‘Privacy’ Bersama Isteri

Memang boleh dikatakan tak ada masa lain untuk kami sembang lama-lama selain dari waktu travel. Di rumah, kami cuma sempat bersembang bersama dalam waktu-waktu berbaki – menjelang tidur yang cuma beberapa minit. Yang lain, habis untuk aktiviti dan rutin harian. Kalau duduk di rumah pun, biasanya banyak masa dihabiskan untuk layan 4 orang anak kami yang masih kecil, dan mengurus rumah. Tak ada waktu khusus untuk bersembang.

Perjalanan yang memakan masa 7 ke 8 jam balik kampung – Kuala Terengganu atau Kota Bharu – adalah satu kesonokan bagi kami. Anak-anak biasanya akan tidur dalam perjalanan. Perjalanan yang sunyi memberi privacy pada kami untuk bersembang, bertukar-tukar pandangan, bermuhasabah atau mengalunkan lagu-lagu nasyid kesukaan saya bersama.
Faktor Keseronokan Lain

Pendek kata, faktor utama kenapa saya sangat excited bila berpeluang travel bersama isteri ialah peluang privacy bersama isteri. Selain tu, ada lagi beberapa keseronokkan sampingan, dan peluang yang biasanya saya manfaatkan ketika travel iaitu:

Kedua, menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Panorama hutan, bukit bukau yang indah sepanjang jalan dapat redakan stress hidup di hutan batu metropolitan.

Panorama indah di Jalan Bentong – Raub.

Nikmati Keindahan Alam

Aroma hutan dan kampung sepanjang perjalanan sangat menyegarkan. Ia mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak dan remaja. Sejak darjah 3, saya sangat obses dengan aktiviti berpengakap dalam hutan. Obses hingga layak ke ujian terakhir untuk mandapat “rambu” Pengakap Kanak-Kanak (pangkat tertinggi) peringkat Negeri Kelantan.

Zaman sekolah rendah juga banyak habis masa di kebun abah – tolong abah dan main dengan kawan-kawan ‘kampung boy’ dalam kebun.

Zaman remaja dan universiti biasa berkhemah dan bertamrin dalam hutan. Belajar dan berlatih dengan modul kepimpinan Islam sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di kawasan jeram dan air terjun. Memang menarik.
Ketiga, masa travel adalah masa untuk saya berfikir dan menilai semula kehidupan.

Langit biru di Genting Sempah. Di KL, langit tak berapa biru sebab jerebu.

Menilai Semula Kehidupan

Selalu sibuk dengan rutin harian menyebabkan saya selalu terlepas pandang tentang matlamat yang ingin dicapai dalam hidup. Matlamat keluarga, kerjaya dan kehidupan umumnya. Pejam celik pejam celik, dah 6 tahun duduk di KL. Matlamat yang dirancang 5 tahun lalu masih lagi tertangguh hingga ke hari ni.

Masa isteri dan anak-anak tidur dalam perjalanan balik kampung, itulah masa yang baik untuk berfikir dan menilai semula tentang kehidupan. Apa yang saya dapat hari ini, banyak dipengaruhi apa yang saya rancang dan buat 5 tahun yang lalu.

5 tahun akan datang? Bakal dipengaruhi apa yang saya rancang dan buat pada hari ini…

Zulkifli
Damansara Damai
11 Mei 2009

About the author 

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>

Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.