"Antara kesilapan yang aku pernah buat ialah masuk universiti!", kata sahabat (seorang yang financially free) kepada saya.
Sambil saya pandang dia atas bawah. Dia sambungnya lagi...
"Kalau masuk universiti sebab matlamat akhir untuk dapat duit banyak, tak payah masuk universiti pun boleh. Aku dah buang masa 5 tahun di universiti. 5 tahun tu masa yang cukup untuk bina kekayaan"
Copy Kejayaan Ibubapa
Saya cuba fikir dalam-dalam apa yang beliau katakan, kemudian beliau sambung lagi...
"Anak aku semua aku masukkan sekolah tahfiz. Untuk buat duit nanti, aku ajar dia buat duit. Nanti kawan-kawan dia masih terkial-kial tengah cari kerja lepas universiti, dia sudah kaya raya..."
Kata-kata beliau itu adalah muhasabah untuk saya tentang pendidikan anak-anak.
Kadang-kadang kita rasa bimbang masa depan anak-anak.
Tapi kalau kita dah berjaya, kita sebenarnya tak perlu bimbang.
Wariskan jer anak-anak ilmu dan pengalaman yang kita ada, supaya mereka dapat sambung legasi kejayaan kita.
Wariskan Ilmu Buat Anak-anak
Dari sudut kerjaya masa depan mereka sepatutnya saya tak perlu bimbang. Kalau mereka COPY sahaja 'kejayaan' saya hari ini, itupun sudah cukup bagus.
Saya sudah ada FORMULA SENDIRI untuk mereka, insyaAllah...
Bukan beliau sahaja yang cakap macam tu. Banyak orang kaya (jutawan) yang saya jumpa pun ada pandangan yang sama.
Ketika saya jumpa Tuan Saiful Nang beberapa tahun dulu, beliau ada beritahu; tempoh 3 tahun belajar diploma fotografi di universiti sebenarnya membazir masa.
Untuk buat duit yang besar dalam bisnes fotografi, kursus intensif 3 bulan sudah memadai. Bahkan, kursus 3 bulan yang Saiful Nang Academy (SNAP) anjurkan itu kesannya jauh lebih baik berbanding 3 tahun di universiti.
Mereka dah boleh buat duit yang besar katanya.
Ilmu Kekayaan Tidak Diajar
Dalam buku Robert T. Kiyosaki (guru kewangan di Amerika) juga ada ceritakan perkara sama.
Di universiti, kita tak diajar untuk jadi kaya, tetapi kita diajar untuk bekerja dan memenuhi pasaran pekerjaan.
Puan Ainon (multi-jutawan) juga berpendapat yang sama katanya di universiti kita tak diajar jadi pemilik bisnes, tetapi kita diajar untuk jadi pekerja kepada pemilik bisnes.
Sedangkan kalau nak kaya raya, kita perlu belajar jadi PEMILIK BISNES itu sendiri, bukan sekadar pekerja...
Bukan salah masuk universiti. Tapi kita letak expectation yang betul bila belajar di universiti.
Bukan Kerana Sijil dan Kelulusan
Hantarlah anak ke sekolah dan di universiti supaya mereka dapatkan ILMU dan tingkatkan kualiti diri. Bukan sekadar sijil, kelulusan ataupun expectation orang lain.
Di universiti, mereka boleh dapat ilmu bukan sekadar dalam kelas dan dalam buku teks. Bahkan saya fikir aktiviti di luar kelas itu lebih penting.
Aktiviti sosial dan berpersatuan di luar kelas, itu akan membentuk jati diri dia bila mereka masuk ke dalam masyarakat bila tamat belajar nanti.
Kalau mereka aktif dengan aktiviti mahasiswa, nanti mereka juga akan aktif memimpin masyarakat setelah tamat belajar.
Lihatlah pemimpin negara dan aktivis masyarakat hari ini. Kalau semak latarbelakang setiap mereka, kita boleh katakan majoriti dari kalangan mereka adalah aktivis mahasiswa 20 - 30 tahun dulu!
Jati diri mereka itu sebenarnya dibentuk pada zaman sekolah dan universiti lagi.
Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadi para ibubapa, hantarlah anak-anak ke sekolah dan universiti. Sentiasalah bagi dorongan supaya mereka seronok belajar dan terokai ilmu mengikut 'pace' mereka sendiri...
Jadikan proses pembelajaran itu sebagai pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka.
Dan proses pembelajaran itu sepatutnya tidak bertitik noktah di sekolah atau universiti, tetapi ia proses berterusan sepanjang hayat mereka.
Saya percaya, mereka tetap akan berjaya dalam kehidupan mereka jika kita berikan peluang, insyaAllah.