MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Duit Banyak Datang Bersama Tanggungjawab Yang Besar

August 1, 2024

"Nak berjaya dalam bisnes ni kena cari orang ke?"

Bukan... Apa bisnes pun bukan tentang cari orang (macam skim piramid) untuk berjaya. Ia bukan kerja jenis "touch n go". Buat sikit dan tinggal...

Tapi tentang sempurnakan tanggungjawab penuhi harapan orang lain.

Duit yang banyak datang bersama tanggungjawab yang besar. 

More...

Nak duit lebih banyak, kena sanggup pikul tanggungjawab lebih besar.

Kalau berjaya sempurnakan tanggungjawab dengan baik, duit yang banyak akan datang menyerah diri.

Tapi kalau tiada kesungguhan nak sempurnakan tanggungjawab, hanya sekadar nak dapat duit sahaja, duit itu akan lari. Nanti penat kita nak mengejarnya. 

Tanggungjawab sebenar dalam bisnes

Nak berjaya dalam bisnes bukan tentang cari orang, tarik orang, ataupun ambil kesempatan atas orang.

Ia tentang tanggungjawab penuhi harapan orang - yang nak dapatkan keperluan dan kehendak mereka masing-masing. 

Mereka tak datang serah duit supaya kita (pemilik bisnes) kaya. Tapi nak penuhi keperluan dan kehendak mereka sendiri. 

Usahawan berjaya, sentiasa fokus berikan terbaik untuk customer. Mereka ambil tanggungjawab sepenuhnya penuhi kehendak dan keperluan customer mereka dengan cara paling baik. 

Bila tanggungjawab tu disempurnakan dengan baik, barulah duit yang banyak akan datang menyerah diri. Makin lama makin ramai customer berpuashati, dan bisnes pun makin kukuh. InsyaAllah... 

Tanpa kesungguhan sempurnakan tanggungjawab kepada customer, tiada siapa sudi serahkan duit.

Makin lama makin jauh duit tu lari... 

Dealer berjaya, dealer yang bertanggungjawab

Itulah apa yang saya perhatikan berlaku kepada dealer-dealer Public Gold. 

Mereka yang incomenya besar, sentiasa obses berikan terbaik kepada customer mereka.

Orang beli emas bukan nak kayakan dealer. Tapi sebab mereka nak jadi kaya.

Dealer-dealer yang incomenya besar sentiasa fokus berikan ilmu, bimbingan, sokongan dan bantuan untuk pastikan penyimpan emas di bawah mereka akhirnya kaya dengan emas.

Bisnes mereka makin lama makin kukuh dan macam-macam award mereka terima daripada Public Gold.

Sebaliknya dealer-dealer yang jenis "touch n go", tinggalkan customer mereka terkontang kanting, mereka pun terkontang kanting dalam bisnes.

Penat mereka tak pernah habis...

Sebab fokus mereka nak ambil kesempatan atas customer. Bukan nak bantu customer.

Tanggungjawab atas gaji yang diterima

Yang kerja makan gaji pun sebenarnya sama. 

Mereka bergaji besar sebab tanggungjawabnya juga besar. 

Lagi besar saiz tanggungjawabnya, lagi besarlah majikan sanggup membayarnya.

Nak dapat gaji lebih besar, kena upgrade diri dengan skill yang sesuai untuk pikul tanggungjawab lebih besar.

Nak jadi manager, bukan sahaja kena tahu buat kerja sendiri, tapi kena mahir laksanakan tanggungjawab menggerakkan dan pantau kerja orang lain (orang bawahan).

Lagi tinggi pangkat, lagi besarlah tanggungjawab... 

Tanggungjawab atas duit yang diterima

Bila dapat duit, ada tanggungjawab besar juga. Ada hak orang lain atas duit yang kita terima. 

Bagi yang berbisnes, ada tanggungjawab bayar gaji dan elaun pekerja, tanggungjawab lunas semua bayaran kepada vendor dan mereka yang bantu kita. 

Kita juga ada tanggungjawab nafkah ahli keluarga, tanggungjawab zakat dan sedekah, tanggungjawab cukai untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. 

Tanpa kesungguhan nak sempurnakan tanggungjawab tu, duit lebih banyak tak akan datang. 

Ia akan terbantut sampai setakat itu sahaja...

Bersedia terima tanggungjawab lebih besar

Nak kaya, nak ada harta yang banyak, kena bersedia pikul tanggungjawab lebih besar. 

Tanggungjawab yang sedia ada tu, sempurnakanlah dengan cara paling baik dulu. Jadilah orang yang paling bertanggungjawab dalam hidup kita. 

Supaya bila dapat tanggungjawab lebih besar, tak ada masalah untuk kita sempurnakan dengan baik juga. InsyaAllah...

"How you do anything is how you do everything" - T. Harv Eker, Secrets of The Millionaire Mind

Bagaimana kita buat sesuatu perkara, begitulah juga dengan perkara-perkara yang lain. 

Kalau tanggungjawab sedia dapat disempurnakan dengan baik, begitulah juga dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
1 Ogos 2024
22 Muharram 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>