Tanpa yang pertama, tidak ada lah yang ke-2.
Tanpa yang pertama, tidaklah adalah saya (yang ke-2369).
Dan tidak adalah yang ke 2 juta penyimpan emas hari ini.
Kerana dia yang pertama percaya.
Kerana dia yang merintis jalan.
Kerana dia yang menebas hutan.
Hari ni semua orang dapat nikmati laluan selesa.
Sebelum wujud jutawanemas.com...
Daripada laluan denai dan semak samun.
Hari ni jalan sudah terang benderang.
Bukan sekadar highway, tapi runway untuk kita take-off terbang tinggi dengan simpanan emas dan bisnes emas! Alhamdulillah...
Dia yang saya maksudkan ialah Mahaguru Emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim.
Hari ni, kita nak faham simpanan emas sangat mudah.
Sambil baring atas katil pun kita boleh belajar dari video konten, tengok live Tiktok atau baca buku-buku yang sudah ditulis dalam bahasa Melayu, yang terus relate dengan konteks kita di Malaysia.
Tapi sebelum beliau sampaikan ilmu melalui blog www.jutawanemas.com, satu rujukan buku pasal emas pun tak wujud di Malaysia!
Jadi macam mana nak belajar?
Kegigihan kaji ilmu tentang emas
Beliau order banyak buku melalui Amazon.com.
Boleh dikatakan apa sahaja topik pasal emas, beli dan baca dengan penuh obses.
Bila ada ilmu, beli try & error... Beliau beli barang kemas dari kedai-kedai emas, dan cuba beli emas yang dijual di bank.
Daripada pengalaman mahal tu, beliau share ilmu secara percuma kepada masyarakat tanpa apa-apa bayaran di blog beliau!
Sebab masa tu, belum wujud Public Gold...
Masa Public Gold baru wujud pun, tak ada sistem dealership. Tapi beliau tetap sampai ilmu sejujurnya untuk masyarakat - tanpa apa-apa bayaran!
Asbab ketekunan beliau sampai ilmu lebih sedekad, landskap simpanan emas di Malaysia sudah berubah.
Sekarang, emas releven untuk semua!
Dulu orang jahil pasal emas, tapi sekarang dah ada ilmu.
Dulu pakar-pakar kewangan skeptik pasal emas, hari ni pakar-pakar kewangan pun setuju dengan emas.
Dulu emas hanya untuk wanita, tapi hari ni emas untuk semua!
Bahkah student universiti pun dah mula simpan emas...
MasyaAllah... Saya tak boleh bayangkan berapa banyak manfaat yang sudah diberikan oleh beliau untuk masyarakat.
Dan berapa banyak pahala Tuhan berikan atas usaha beliau...
Maka beliau layaklah digelar sebagai Mahaguru Emas Malaysia dan juga "the first believer of Public Gold"!
Anugerah selayaknya untuk beliau
Tanpa beliau, tiadalah saya.
Tanpa beliau, tiadalah lebih 900k penyimpan emas di bawah #PGG100Network.
Tanpa beliau, tiadalah #MisiUbahHidup1000Keluarga.
Saya dengan rendah diri ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih atas kejayaan beliau dan isterinya Cik Jun Jonaina Nordin atas pengiktirafan sebagai "Million Star Double Diamond" Public Gold!
Pada saya, gelaran tu tak cukup untuk jasa mereka berdua.
Saya tunggu saatnya beliau dinobatkan sebagai "Million Star Crown Ambassador" dalam Public Gold.
Itulah yang selayak untuk mereka berdua!
#PGDoubleDiamondRecognitionCeremony2025
Zulkifli
Cyberjaya
17 November 2025
26 Jamadil Awal 1447H
Artikel berkaitan:
- Bila Niat Ikhlas, Bisnes Rasa Seronok, Kejayaan Lebih Besar
- Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga, Ia Mustahil Tanpa Jiwa Yang Besar
- Perelokkan Adab Dalam Berguru
- Ilmu dan Pengalaman Mahal, Peliharalah Ia Dengan Menulisnya
- Adab Menadah Ilmu : Buka Telinga, Tutup Mulut, Kecuali Bertanya!
- Ilmu Kekayaan Tak Diajar di Sekolah dan Universiti
- Biar Berpenat-penat Mencari Ilmu, Supaya Tak Penat Bila Bekerja

