MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Kereta : Nak Nampak Hebat atau Nak Hati Tenang?

August 29, 2025

Antara kebocoran besar kewangan kebanyakan orang ialah beli kereta lebih daripada keperluan sebenar

Bukan sebab benar-benar perlu, tapi sebab nak jaga “status”.

Nak tunjuk dekat orang kampung. 

Nak nampak hebat dan berjaya. 

Walhal akhirnya, duit habis... Diri sendiri yang menanggungnya... 

More...

Rahsia Bebas Hutang Awal 

Antara rahsia saya boleh bebas daripada hutang pada usia muda (umur 27 tahun) - saya tak bazir duit untuk kereta. 

Saya cuma beli kereta yang cukup-cukup untuk keperluan sebenar. Bukan sebab nak tunjuk kepada 'jiran sebelah'. 

Ramai orang tak sedar, kos kereta adalah kos paling besar selepas rumah

  • Beli sebuah kereta, kita hilang sekurang-kurang RM1,000 sebulan. 
  • Dalam 7 tahun, itu dah jadi RM84,000 - hilang macam tu sahaja! 

Padahal kalau kita tak beli kereta tu, kita mampu menabung jumlah yang sama. 

RM1,000 sebulan. RM84,000 dalam 7 tahun, banyak tu...! 

Beli kereta seadanya

Bukan salah beli kereta. Tapi beli lah kereta yang cukup untuk keperluan sebenar. Bukan ikut kemampuan.

Apatah lagi ikut kemahuan - sebab nak jaga "apa orang kata".

Masa mula-mula kerja dulu, saya pakai kereta Nissan Sunny 3rd hand lebih 7 tahun.

Bagi eksekutif muda di KL waktu tu, kereta tu memang “rare item”. Rasanya tak ada eksekutif muda pakai kereta tu waktu tu - selain saya.

Saya tak kisah. Yang penting, ia cukup untuk kami sekeluarga: 

  • Boleh balik kampung.
  • Boleh pusing seluruh Malaysia.
  • Ada air-cond, ada bumbung, ada tayar lengkap.

Dan yang paling penting — dah habis bayar

Saya pegang prinsip mudah: kereta hanyalah alat untuk bergerak.

Tukar kereta bila perlu, bukan bila mampu

Selagi kereta tu boleh bawa saya daripada point A ke point B dengan selamat dan sedikit selesa, itu sudah memadai.

Kalau orang lain naik kereta mewah boleh sampai ke kampung, saya pun sampai juga. Bezanya, mereka bayar bank tiap bulan... Saya cuma isi petrol je. 

Tak pening kepala fikir hutang 7 – 9 tahun! 

Saya masih ingat, kereta pertama saya tu saya beli dengan harga RM15,500 (pinjaman), habis bayar tak sampai 3 tahun.

Lepas 10 tahun, saya tukar kereta lain dengan cc lebih besar. Tapi harga masih bawah RM15,500 juga — Honda Accord lama milik ayah saya.

Dan kali tu, saya bayar cash

Kereta mewah tarik perhatian, bukan kepercayaan

Kereta tu saya pakai lama, sampailah kos repair tak berbaloi. Barulah saya beli kereta baru, yang keluar terus dari showroom. 

Dari pengalaman saya perhati, orang berjaya kebanyakannya hidup berpada-pada di fasa permulaan. Mereka berani “ikat perut” untuk capai matlamat. 

Mereka tak peduli apa orang kata.

Yang penting mereka bebas hutang dan hati pun tenang.

Ramai orang habiskan duit hanya sebab takut dengan “apa orang kata”. 

Tapi bila tersepit, bukannya orang datang hantar beras ke rumah kita pun!

Akhirnya, kita juga yang menanggungnya... 

Peace of mind lebih bernilai

Kekayaan sebenar ialah apa yang kita rasa (dalam hati), bukan apa yang orang kata (nampak dari luar).

Orang boleh kata apa sahaja, tapi akhirnya kita juga yang terbeban menanggungnya. 

Jadi sabarlah dulu seketika. 

Biarlah orang pandang kita nampak biasa-biasa. Yang penting, kewangan stabil, hutang terkawal, simpanan makin kukuh.

Itu jauh lebih membahagiakan daripada nampak gah dengan kereta mewah, tapi tidur malam pun tak lena... 

Biarlah orang nak kata apa pun... Asalkan bila kepala letak atas bantal, kita boleh tidur lena.

Walaupun tak nampak bergaya, hakikatnya poket kita kaya. 

Peace of mind... InsyaAllah. 

Zulkifli
Cyberjaya
29 Ogos 2025
5 Rabiul Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>