Bulan lepas (November 2025), saya terbaca satu posting menarik daripada Dato Nik Hasyudeen, bekas Presiden Malaysia Institute of Accountants (MIA).
Beliau share satu infografik menarik; perbandingan prestasi emas dan S&P 500 (pasaran saham Amerika) untuk tempoh 25 tahun.
Ringkasnya begini...
Kalau pada tahun 2000 kita labur USD10,000:
- Dalam emas → hari ini jadi sekitar USD126,000
- Dalam saham → sekitar USD77,000
Bezanya bukan sikit...
Emas untung hampir 2 kali ganda lebih tinggi daripada saham dalam tempoh 25 tahun!
Dan ini bukan cakap ejen emas.
Tapi berdasarkan data daripada sumber kewangan antarabangsa.
More...
Akhirnya cuma emas dan hartanah
Saya tahu... Bila dengar pasal saham, indeks, ekonomi global, kadar faedah — ramai terus rasa macam complicated...
Rasa macam susah je nak kaya dengan melabur dalam pasaran saham.
Jujurnya saya pun rasa macam tu...
Saham pun bagus, tapi bukan untuk orang kebanyakan...
Nak melabur saham, kena rajin... kena faham analisis pasaran... kena tahu baca graf, report dan tengok data... kena ikuti berita ekonomi... kena pantau isu geopolitik... kena tahu bila nak masuk (beli)... dan bila nak keluar (jual)!
Emosi kita sentiasa naik turun!...
Bahkan kalau silap langkah, duit kita boleh lebur!
Mungkin itulah sebab kenapa Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan) pernah cakap; dalam jangka panjang, pelaburan yang untung cuma emas dan hartanah - bagi orang kebanyakan.
- Emas dan Hartanah Sahaja Untung, Pelaburan Lain Semua Rugi!?
- 6 Prinsip Penting Elak Duit Lebur Dalam Pelaburan
Pelaburan simple, tapi untung
Walaupun semua instrumen pelaburan pun ada potensi untung. Tapi ending dalam jangka panjang, cuma emas dan hartanah (bagi orang kebanyakan)...
Ia pelaburan yang mudah... tak complicated... aset fizikal yang nampak depan mata... tapi tetap untung dalam jangka panjang...
Sangat sesuai bagi orang kebanyakan...
Yang menarik pasal emas ni; Harga tetap naik dalam jangka panjang
Tak perlu faham analisis pasaran yang rumit
Tak perlu risau keadaan ekonomi dunia
Kita cuma buat satu benda:
Fokus menabung dan tambah gram emas secara konsisten.
Tak perlu timing market.
Tak perlu stress tengok graf.
Tak perlu baca berita atau laporan ekonomi setiap hari.
Bina kekayaan tanpa stress
Dalam 'pelaburan emas', kita cuma;
👉 Beli → simpan → tambah gram → ulang lagi dan lagi.
Simple kan?...
Cuma kekurangannya, emas tak ada income macam saham (dividen) atau hartanah (sewa). Kalau nak pakai duit, kita kena jual emas-emas tu.
Ia berbeza dengan kebanyakan pelaburan lain.
Saya suka emas dan obses educate masyarakat tentang emas sebab; kita boleh bina kekayaan dengan mudah... tak complicated... dan tak stress!
Ia sesuai untuk orang yang tak ada masa... tak minat spekulasi...
Samada golongan pelajar... golongan profesional... mahupun golongan pencen... semuanya sesuai simpan emas!
Pendek kata, asalkan emas tu ada di tangan kita, kita tak akan rugi... Asalkan kita menabung secara konsisten, kita akan untung! InsyaAllah...
Nak tunggu harga murah baru beli?
Yang kita cuma kena buat; pastikan gram dan kepingan emas kita sentiasa bertambah dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun.
Alihkan 10% daripada gaji kepada emas setiap bulan.
Duit simpanan jangka pendek, biarkan dalam ASB atau Tabung Haji.
Duit simpanan jangka panjang, tukarkan kepada emas.
Tak kisah berapa pun keadaan harga emas, teruslah menabung secara konsisten.
Pendek kata, harga emas naik, kita beli... Harga emas turun, kita beli lebih banyak!
Sebab target kita bukan nak jual bulan depan. Tapi untuk jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas.
Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik dah lebih 8 kali ganda (850%). Secara puratanya sekitar 10% tahun sepanjang 20 tahun.
- Graf Harga Emas 30 Tahun : Ini Point Terpenting Perlu Difahami
- GAP Auto-Debit, Kaedah Terbaik Menabung Secara Konsisten
Daripada sejarah pun kita dah tahu... Tak perlu tunggu harga rendah baru nak beli.
Tak perlu sibuk hari-hari monitor harga emas. Ia cuma buang masa!
Asalkan kita 'melabur' dalam emas fizikal, dan emas fizikal tu ada di tangan kita, kenaikan harga cuma persoalan masa sahaja...
Zulkifli
Cyberjaya
25 Disember 2025
26 Rejab 1447H

Prestasi harga emas sepanjang 20 tahun dan setahun lalu sehingga 24 Disember 2025. (Sumber : goldprice.org)

Graf harga emas sejak 1995 (30 tahun lalu) sampai 24 Disember 2025. (Sumber : goldprice.org)
Artikel berkaitan:
- Inilah Sebab Kenapa Jutawan Saham Ini Sarankan Menyimpan Emas!
- Fokus Bisnes Dulu, Jangan Buang Masa Dengan Pelaburan
- Harga Emas Tertinggi Dalam Sejarah, Apa Patut Kita Buat?
- Kenapa Tak Jual Emas Walaupun Harganya Dah Naik Tinggi?
- ASB, Tabung Haji, Emas atau Hartanah? Ini Cara Saya Simpan Duit
- Bila Emas Ada di Tangan, Kita Senyum Tengok Harga Emas Jatuh!



