MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Impian 100 “Next Mohd Zulkifli” Akhirnya Jadi Realiti dan Legasi…

January 26, 2026

Satu masa dulu, saya bergerak seorang diri sampaikan ilmu... 

Jelajah seluruh Malaysia.
Masuk keluar Indonesia setiap bulan. 
Seorang diri... 

Airport KLIA dah jadi macam rumah ke-2 saya.
Hotel macam rumah ke-3 saya.

Dewan seminar jadi “office” saya. 

Ke sana sini seorang diri,  
Ataupun berdua ditemani isteri. 

Demi cita-cita besar (dan 'gila' saya) - nak sampaikan ilmu.... Demi misi bantu ubah hidup 100 keluarga - dengan platform yang sediakan oleh Public Gold. 

More...

Berjalan seorang diri di laluan sunyi 

Supaya mereka pun kaya, sama macam saya kaya dengan emas dan Public Gold. Malah, mereka turut sama sambung legasi ilmu saya. 

Masa tu, tak siapa yang berani canang; kaya dan capai "financial freedom" bersama Public Gold - selain saya!

Masa tu, ilmu "kaya dengan emas" belum lagi jadi topik 'arus perdana'. 

Malah, banyak sifu-sifu kewangan dan pelaburan pun banyak yang skeptik dengan emas. 

Tapi saya percaya, kalau ilmu emas dah berjaya ubah kewangan dan hidup saya, ilmu yang sama dapat ubah hidup orang lain juga.

Berbekalkan kepercayaan tu, saya terus bergerak walaupun di lalui yang sunyi seorang diri...

Hari ni bila saya pandang ke belakang, saya rasa sangat bersyukur...

Sekarang saya tak lagi bersendirian... Tapi bersama team. 

Sekarang ni sekitar 30 - 50 daripada mereka yang aktif bergerak sana sini, persis macam saya satu ketika dulu.

Lahir team penyambung legasi  

Walaupun saya tak berada bersama mereka setiap masa, tapi mereka terus bergerak tanpa saya. 

Jelajah seluruh Malaysia. 
Masuk keluar Indonesia setiap bulan. 

Meneruskan apa yang saya mulakan dulu - sampaikan ilmu "kaya dengan emas" kepada masyarakat sejujurnya... 

Bukan untuk jual emas, tapi nak bantu masyarakat keluar dari masalah kewangan - hasil menabung emas dengan ilmu. 

Setiap kali terpandang news feed dari Facebook mereka (sedang jelajah sampaikan ilmu), saya senyum... Rasa syukur dan bangga... 

Sekarang saya sedar... impian 100 #NextMohdZulkifli yang saya simpan sejak tahun 2016, bukan lagi sekadar impian...

Hari ni impian tu benar-benar jadi realiti...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Mudah-mudahan mereka semua jadi penyambung legasi ilmu yang akan terus mengubah kewangan masyarakat walaupun saya tak ada lagi satu hari nanti... Amiin... 

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya

- (HR Muslim, no. 1631Riyadhus Solihin no. 1383)

Zulkifli
Cyberjaya
26 Januari 2026
6 Syaaban 1447H

P.s. Terima kasih Cik Odah Solehah yang tolong snap foto ni sebaik sahaja kami landing di KLIA2 lepas sampaikan ilmu dalam #SeminarMembinaSatuJutaPertama dan #MillionaireBy30 di Perlis dan Kedah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}