Kalau dah kaya kenapa dia masih kerja kuat, masih buat kelas, masih jelajah seluruh Malaysia dan Indonesia sampai seminar dan adakan coaching?
Dia tamak tak cukup duit ke?
Banyak konten-konten saya di Tiktok kena kecam, kena sindir, kena tuduh, kononnya apa yang saya buat tu semuanya sebab nak buat duit (dari peserta seminar dan followers saya).
Walhal satu sen duit pun saya tak dapat dengan sampaikan ilmu. Keluarkan duit poket sendiri ada lah...
Bila saya fikir balik, sebenarnya itulah normal dalam masyarakat.
Bina nama makin popular dan ada ramai follower. Itulah masanya buat duit dari followers!
Dan memang itupun banyak diajar dalam kelas-kelas marketing.
Bina followers untuk buat duit. Daripada followers itulah mereka upsell macam-macam produk demi produk.
Tak salah... Tapi ibarat bila habis madu, sepah dibuang!
More...
Bila dah kaya, followers tu tak diperlukan lagi.
Mereka cuma nak bina followers untuk jadi kaya ataupun maintain kekayaan.
Kaya Bukan Untuk 'Goyang Kaki'
Tapi saya bukan macam tu...
Saya gunakan bisnes #PublicGold untuk bantu followers. Bukan gunakan followers untuk naikkan bisnes!
Lagi kaya, maka lagi kuatlah saya patut bekerja.
Lagi kaya, lagi banyaklah manfaat yang saya patut saya berikan kepada followers yang mempercayai saya.
Itulah lebih kurang jawapan saya bila ditanya oleh training consultant semalam bila dia kagum dengan empayar bisnes G100 (#PGG100Network).
Nak bina network dealer dan customer yang pelbagai latar belakang sampai 700,000 seluruh Asia Tenggara bukanlah kerja mudah.
Apatah lagi bila dah kaya, yang tak kerja pun ada duit (income besar). Itulah comfort zone yang membuatkan ramai orang sudah hilang semangat kerja kuat macam sebelumnya.
Bekerja Untuk Bekalan Akhirat
Tapi saya tak macam tu...
Saya akan bekerja sampai mati... Kerja saya bukan tentang duit, tapi tentang amalan kebaikan untuk hari kematian saya.
Walaupun saya bukanlah paling pandai, tapi saya masih lagi antara dealer paling komited dan paling konsisten dalam Public Gold.
Masih lagi kerja kuat demi #MisiUbahHidup1000Keluarga
Malam tadi lepas habis kelas #G100Academy pukul 10.30 malam, ada peserta kagum bila tengok sayalah yang paling akhir balik dan tutup semua lampu di Level 7 Menara Public Gold.
Walhal mereka tak tahu, jadi orang paling akhir balik daripada mana-mana event memang antara rutin saya sudah bertahun bulan.
Datang antara paling awal. Balik antara yang paling lewat...
Bekerja Lebih Kuat Sebagai Tanda Syukur
Saya fikir, kalau waktu susah dan miskin dulu saya kerja kuat. Maka bila Tuhan berikan kurniaan yang melimpah ruah, sepatutnya saya kena kerja lebih kuat berbanding dulu.
Berikan lebih banyak manfaat kepada orang lain berbanding dulu.
Bukan sebab nak buat lebih banyak duit. Tapi untuk berikan lebih banyak manfaat sebagai tanda bersyukur...
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah);
dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
(Surah Al-Qasas 28 : 77)
Zulkifli
Cyberjaya
9 April 2025
10 Shawwal 1446H
Artikel berkaitan:
- Kenapa Kita Perlu Terus Bekerja Walaupun Dah Kaya?
- Bila Kaya, Show-Off Manfaat Buat Orang Lain, Bukan Kemewahan!
- Kekayaan, Kemewahan dan Tanggungjawab
- Hidup Rasa Kosong, Kekayaan Beri Kita Pilihan Hidup Lebih Bermakna
- Rahsia Besar di Sebalik Kejayaan G100: Teamwork Tanpa Bayaran
- Pencapaian 600,000 Penyimpan Emas di Bawah G100 Network!
- Bekerjalah Lebih Kuat Sebagai Tanda Bersyukur
- Kaya Bukan Dosa, Tapi Peluang Untuk Masuk Syurga!

