MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM

September 2, 2011

MLM

Macam ni Zul. Saya ni memang beli satu produk makanan MLM ni. Sebenarnya beli memang untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Disebabkan bila jadi ahli ia lebih murah, jadi saya jadi ahli. Tapi orang atasan saya explain tentang bonus, bila kita dapat ambik orang jadi bawah kita. Jadi untuk mencapai bonus-bonus tu, kita kena cari ahli sebanyak mungkin.. Tapi saya terfikir pulak, kalau terlibat dengan bisnes MLM macam ni, dan ia adalah system pyramid, rasa macam penah dengar benda ni tak halal, jadi takut nak telibat dengan bisnes ni. Ada rasa nak cuba, tapi kalau benda tak halal, tak nak la ambik rezeki yang tak berkat walaupun keuntungannya banyak…

Apa pendapat awak?”

Pertama sekali saya explain dulu dari sudut bisnes. Bisnes sebenar MLM bukan dengan cara cari-cari orang duduk bawah kita untuk kita naik. Secara mudahnya, MLM yang betul ialah:

Langkah #1: Kita suka produk dia. Pendek kata, kalau tak jadi ahli pun, memang kita beli. (Self-use)

Langkah #2: Kita kongsikan pada kawan-kawan macam mana produk tu pun boleh bagi manfaat pada mereka. (Retailing)

Langkah #3: Bila dapat income dari no. 2 tadi sebab membantu orang lain dapat manfaat yang sama, bantu pulak kawan-kawan lain yang nak dapat extra income macam kita dengan bantu dia buat no. 1 dan no. 2 dengan betul. (Networking)

Itulah cara yang betul buat MLM.

Cara cari-cari orang sebab kita nak naik adalah cara yang salah. Cara ni bukan sahaja tak berkesan, bahkan ia menjejaskan kredibiliti kita dengan kawan-kawan. Sebab salah cara lah ramai orang buat MLM hilang kawan, hilang ‘maruah’, hilang nama, hilang duit, hilang masa bahkan hilang kerja pun ada.

Hukum Bisnes MLM

Kedua dari sudut hukum, belum ada pakar muamalat Islam yang bagi pengesahan halal kepada mana-mana bisnes MLM kecuali Storm Readers di bawah Telaga Biru. Itu setakat apa yang saya tahu. Walaupun macam tu, tak bermaksud MLM lain tu haram. MLM lain banyak yang belum ada kesedaran dan kesungguhan untuk dapatkan pengesahan halal atas banyak faktor.

So, kalau nak buat MLM, kita kena faham isu syariahnya dulu. Biarlah kita buat bisnes YANG HALAL dan dengan CARA HALAL supaya dapat hasil yang berkat. Bukan sebab tu jer, lagi penting ialah bisnes ni kita nak cerita pada kawan-kawan. Apa akan jadi kalau kita cerita bisnes yang kita pun tak pasti ianya halal dan betul-betul bagus? Kalau kita pilih MLM yang ‘berdosa’, mengerakkannya ialah seolah-olah menyebar luaskan lagi dosa. Kesan bisnes MLM ni bukan kecik, perkembangan dia jauh lebih pantas dari bisnes-bisnes biasa. Sebab tu banyak syarikat marketing berbondong-bondong tukar modus operandinya kepada MLM.

Dua Petanda Asas Menilai MLM

Isu syariah saya tak dapat huraikan kat sini, cuma saya boleh bagi 2 petanda penting untuk menilai sesuatu MLM iaitu:

Petanda #1: Produknya di beli dengan tujuan sebenar. Pendek kata, kalau jual kepada bukan ahli pun, orang sanggup beli sebab produknya memang bermanfaat dan harganya juga munasabah.

Petanda #2: Pendapatan hanya diperolehi dengan cara menggerakkan produk, bukan atas kepala yang kita rekrut. Pendek kata, kalau tak ada seorang pun yang join network kita pada bulan tu, kita masih boleh dapat income sebab produknya memang betul-betul boleh digerakkan. Rekrut orang dalam bisnes MLM sebenarnya bukanlah untuk dapat income ‘taja kepala’, tapi untuk membuka cawangan baru yang turut menggerakkan produk dengan lebih banyak. Ia proses mencari business partner. Bukan dengan tangkap muat orang yang berduit (atau layak buat loan) masuk bawah kita untuk kita makan komisyen atas dia.

Amalan Tak Sihat Dalam MLM

Ketiganya, kena hati-hati bilamana sesuatu MLM tu hidup mati hanya fikir cari orang downline, downline, downline. Bisnes macam tu biasanya skim cepat kaya yang bertopengkan MLM. Sebab nak dapat lesen, terpaksalah adakan produk, tapi produk bukanlah perkara penting dalam bisnes tu. Bisnes MLM yang sihat perlulah balance antara jualan peribadi (menggerakkan produk dengan cara sebenar) dan merekrut pengedar baru (melebar luaskan networking).

Kekadang kita pun keliru sebab terlalu banyak MLM. Semuanya ada dakwaan yang bagus-bagus. Jadi, untuk memudahkan sahabat menilai sesuatu MLM samada ianya (1) MLM yang 'betul', (2) MLM yang 'salah', (3) MLM yang betul tapi dijalankan secara salah, di sini saya senaraikan beberapa amalan yang tak sihat yang perlu sahabat semua awasi iaitu:

  1. Produk tak berapa penting. Jualan peribadi tak diberi perhatian.
  2. Head-hunting. Sebahagian besar gerak kerjanya ialah merekrut downline baru.
  3. Front-loading. Perlukan modal yang besar untuk sertainya (sebab kena beli stok banyak).
  4. Pinjaman. Untuk sertainya, anda perlu buat pinjaman disebabkan faktor no. 3 di atas.
  5. Menjanjikan pendapatan tetap. Tak ada bisnes yang boleh jamin 'fixed income'. Semuanya ada turun naiknya.

Kalau sahabat-sahabat dapat menghidu ciri-ciri di atas, sila fikir 20 kali sebelum join supaya kita tak hilang duit, hilang kawan dan yang paling penting, hilang maruah! Untuk rujukan lanjut tentang MLM ni, saya suggest baca artikel ni:

Saya rasa, artikel-artikel tu sedikit sebanyak menjawab persoalan asas tentang MLM. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
10 Ogos 2011
10 Ramadhan 1432

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Wslm tuan,

    Bagus apa yang dibongkarkan tu. Memang MLM ada dua jenis iaitu MLM Palsu (skim cepat kaya bertopengkan MLM) dan MLM Sebenar. MLM yang tak lulus 2 syarat yang saya gariskan dalam artikel ni bagi saya ialah MLN palsu. Mereka bukan berniaga, tapi skim cepat kaya yang bertopengkan MLM.

    MLM sebenar sangat mulia bisnesnya, bahkan mungkin lebih mulia daripada bisnes lain yang saya akan kupas di artikel lain bila berkesempatan, insyaAllah.

    Saya berani syorkan bisnes MLM yang sebenar sbb tokoh besar seperti Kiyosaki dan Azizi Ali (pakar kewangan peribadi) syorkan perkara sama.

    Wallahu a’lam.

    • Wslm.

      Bagi saya, MLM Skor A tu bagus dari sudut produknya sebab ia genuine produk. Dari sudut bisnes tu pun ok kalau orang yang join tu beli produk memang untuk guna produk pendidikan tu untuk tujuan sebenar, bukan sekadar syarat untuk join ‘skim’ bisnes.

      Wallahu a’lam.

  • Tq atas info Mohd Zulkifli Shafie.
    Nampaknya saudara menyokong Perniagaan MLM ini dan positif tentangnya.Bukan macam Aidid yang semua MLM dia nak jatuhkan.
    Sebab saya ni pengedar ScoreA, dan Saudara juga menyokong ScoreA
    Terima Kasih.

    • Alhamdulillah Rassendyll Rudolf. Mungkin Sdr. Aidid ada pengalaman buruk2 belaka tentang MLM. MLM ada sisi gelap, ada sisi cerahnya, tapi yang gelap tu memang lebih banyak dari yang cerahnya. Asalkan buat MLM dgn 2 syarat dalam artikel ni, insyaAllah, bisnes tu akan jadi bisnes yang sihat. Produk mesti genuine, dan digerakkan dengan cara yang genuine.

  • Salam en zul, sy nak tny pasal mlm monavie. Adakah ianya halal disisi islam. Sy berminat jugak nk sertai. Tp marketing plan die suruh carik org bwh dahulu kemudian baru jual barang. Sy bace kat blog aidid dan mcm2 die kutuk psl monavie ni.. Sokong org kafir la ape la smpai sy cuak pulak.. Bole en zul tolong jelaskan.. Maklumlah sy ni buta skit dlm hal2 bisnes ni tp taknak la jlnkan bisness yg tak halal.. Thanks

    • Wslm tuan/ puan,

      Saya tak berani kata halal atau haram. Cara MLM yang tulen ialah pakai produk dulu, bila kita puas hati, then recommend pada orang lain. Bila kita dah dapat income dari jualan, then baru start expand network.

      Macam kita buka kedai jugalah. Pertama kita buka kedai pertama dulu. Bila kedai pertama dah ada regular customer, dan establish, then baru kita buka cawangan baru untuk kembangkan bisnes. Kalau kedai pertama pun tak boleh jana income lagi, pelik la kalau terus buka banyak cawangan baru.

      Saya tak nampak bisnes MLM yang cari orang dulu baru jual produk sebagai MLM yang sihat.

      Wallahu a’lam.

  • […] Catatan #1: Senarai syarikat direct selling yang ada di Malaysia boleh cek di website Direct Selling Association of Malaysia (DSAM). Direct selling yang paling ‘dekat’ dengan kami cuma Amway, Tupperware, dan Era Edar (Salindah & Examo) jer sebab memang kami suka produk dia. Direct selling lain, sahabat kena tanya orang lain yang lebih tahu sebab mereka lebih arif dengan bisnes mereka. Untuk menilai samada sesuatu MLM tu genuine atau palsu, boleh rujuk artikel saya bertajuk “2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM”. […]

  • Salam En Zul,

    Bagaimana dengan Syarikat Mc Ocean?sy diberitahu,syarikat ini telah dirasmikan oleh Menteri KPDNKK baru baru ini.Adakah dia MLM yang tidak halal?

    • Wslm Pn. Ifsya,

      Puan nilaikan 2 kriteria yang saya maksudkan ni. Jangan kira siapa yang rasmikan sebab ada syarikat emas yang pernah di serbu BNM, tapi yang merasmikan pembukaanya ialah Tun Dr. Mahathir. Bagi saya, perasmi tak ada masa untuk semak perjalanan bisnes tu secara teliti. Mereka cuma menilai secara surface jer untuk datang perasmian.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Pn Ifsya, sy adalah salah seorg pengedar untuk produk-produk keluaran Sykt McOcean. Alhamdulillah sepanjang penglibatan saya selama 3 tahun dalam perniagaan bersama sykt ini, saya secara peribadi tidak menjumpai istilah “MLM tidak halal”. Kerana semua pengedar akan diberi latihan dan ilmu yang secukup dan sepatutnya tentang bagaimana cara untuk memasarkan produk-produk bagus yang telah dikeluarkan dan dalam masa yang sama boleh membina rangkaian Network mengikut sistem yang telah disediakan (dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa). Jadi saya mencadangkan Puan untuk meneliti produk-produk yang dipasarkan dan memahami sistemnya terlebih dahulu supaya Puan lebih faham dan untuk memudahkan Puan membuat keputusan..insyaAllah..

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Zul kerana telah menulis artikel yang mudah untuk difahami dan sangat memberi manfaat.

    Saya bersetuju dengan pendapat dan padangan Tuan bahawa perniagaan atau second-income adalah bagus dan sangat penting untuk membantu kita menyelesaikan masalah kewangan diri dan keluarga.

    Semoga lebih banyak ilmu bermanfaat dapat dikongsi bersama dan dapat membantu kita semua untuk mencapai “financial freedom” dan menjadi insan cemerlang. insyaAllah…

    -pn fiza-

  • Salam en zul tentu tahu mengenai tune talk tone excel (mlm juga tapi produk jualan nya simkad) boleh tahu pandangan en zul berkenaan? bis ni

  • sya dh diperknalkan dgn bisnes mc ocean & sd group..tapi sya masih ragu2 dan skrg tgh buat penelitian dan mndngar pendapat org lain ttg bisnes ni..harap blah mmbantu sya..

      • Salam En. Zul,

        Saya pun ada kemusykilan yang sama seperti yang diutarakan oleh En. Rusyaidi. Berdasarkan syarat tu, “Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.”, adakah bermaksud jual beli emas secara tangguh sahaja yang tak boleh atau emas dan perak ni memang tak boleh dijadikan produk untuk MLM? Ape pendapat En. Zul? Terima kasih.

  • salam en zulkifli, saya nak tanya pendapat encik tentang powergold. apa yg sekadar saya google sahaja katanya yang di banned oleh BNM tu powergold999.com and lagi satu tu. bukan powergold.biz . tapi saya risau andaikata mereka hanya menukarnama sahaja kepada yang batu. untuk kepastian, benarkah emas daripada amethyst gold creation itu tulen?

  • Salam en Zul,

    Nak tanya pendpt ttg biz RCC Stevia. Saya asalnya
    jadi member dgn pakej plg rendah sbb nak dpt harga murah utk next purchase. Saya mmg tgh cari stevia sbg pengganti gula. Kebetulan ada kawan promote. Bila dia cerita jadi ahli dpt harga murah saya tak ragu2 terus jadi ahli sbb mmg taknak pakai gula dah. Masa tu xde niat nk bisnes.

    bila dah guna sy dpt rasa byk kesan positif. .saya mula minat nak biznes. Upline cerita pakej lain..paling besar pun rm980 dpt 21 botol stevia. Kelebihan nya income lebih laju dgn pakej besar ini sebab seolah2 beli 7 cawangan kedai stevia. Saya tak pk pjg sgt utk pilih pakej ini sbb saya mmg nk pakai stevia tu. Kalau biznes tak jalan pun saya tetap nak pakai produk tu.

    Tapi sy risau juga sebab utk dpt income byk mmg kena dptkan ahli..dan ahli dibawah sy pun kena dptkan ahli baru income kita sbg upline ni boleh jadi banyak. Jadi mcm head hunting lah pulak. Cumanya produk tu mmg produk sangat baik..sy sendiri ada lebih kurang 10 testimonial yg boleh saya kongsikan pd org ramai..byk perubahan pd kesihatan sy dan keluarga. Dan ttg jadi ahli kebanyakan org tak de masalah pun utk jadi ahli sbb selain dpt harga murah dapat juga benefit lain spt khairat kematian dan bantuan musibah.

    apa pendpt en Zul ttg biznes ini..

  • Assalamualaikum.

    Apa pendapat tuan tentang MLM Young Living?

    Saya suka dengan produk-produknya kerana memberi manfaat kepada kesihatan dan keselesaan saya dan keluarga dan saya terasa ingin berkongsi dengan orang lain sambil berbisnes MLM.

  • Assalamualaikum . Saya beli produk gc Tea iaitu teh hijau yg bercampur dan setia dll dan produk ini mmg baik itu kesihatan. Ia bawah syarikat rashwealth. Sistemnya juga seperti mlm iaitu cari org bawah itu kembangkan dan kita dapat bonus. Apa pendapat tuan?

  • Salam en zulkifli
    Saya ada joint MLM ni, cara pemasaran produk adalah dgn mencari networking, dgn mencari networking baru secara tak lansung produk akan terjual sbb bayaran utk jadi ahli adalah termasuk harga produk. Produk yg pertama tidak dibenarkan jual tapi kena guna sendiri.kalau nak jual dan dpt untung kena beli produk lain…. Kita akan dpt untung byk kalau networking kita luas. MLM macam ni salah ke

    • Wslm Pn Suraida,

      Kalau produk dibeli hanya sebab nak join networking, nampak seperti bermasalah. Bisnes MLM yang betul, produk dibeli untuk tujuan yang benar. Bukan sekadar topeng.

      Wallahu a´lam.

  • Tkasih en zulkifli. Tetapi org yg membeli tu sedar yg dia beli sbb org yg promote produk tu ckp produk tu memang bagus. Dah saya dah baca journal pasal produk bkenaan dan ternya produk berkenaan memmpunyai khasiat yg baik. Cuma org yg joint bisnes ni sedar bahawa produk syarikat akan terpasar dgn sendirinya bila kita mencari ahli baru. Semua ahli berpuas hati dgn produk berkenaan. Saya amat memerlukan jawapan en zulkifli. T. Kasih

  • Dan semua ahli nampak berpuas hati sbb semakin besar networking yg dibuat, semakin byk produk terjual dan semakin byk bonus atau komisen yg mereka dpt ( mereka tu terdiri dari semua ahli dlm networking tu) ….bermaksud ia seolah olah win win situation. Upline dan downline semuanya berpuas hati. Cuma downline akn dapat sikit komisen berbanding upline sbb ahli mereka tidak ramai…. Tetapi upline mereka akan membantu downline utk mencari ahli baru dgn kaedah yg tersebut di atas. Saya sgt buntu en zulkifli… Adakah saya harus teruskan dgn biz ni. T. Kasih

    • Kalau produk itu memang dijual untuk tujuannya yang sebenar i.e. sebab manfaat produk, saya rasa tak ada masalah. Tapi kalau produk hanyalah topeng untuk menjadikan skim itu sah disisi undang-undang, itu akan bermasalah. Wallahu a´lam.

  • Assalamualaikum en. Zul. En pernah dengar berkenaan stg smart tycoon group. Apa pandangan en. Berkenaan bisnes ni? Kami join ahli hanya rm 50. Dan akan dapat percuma 1 item produk. Bila dah join, kami diberikan kelas, Dan kami akan beli produk2 untuk kegunaan sendiri Dan akan buat jualan produk jugak. Down line juga perlu kami cari untuk membesarkan networking. Produk yang kami pasarkan adalah Dari sahajidah Hai o marketing. Blh bagi pandangan en.

    • Wslm Pn. Nj,

      Saya tak pasti ok atau tidak sebab saya tak melihat lebih mendalam plannya. Tapi asasnya, kalau keuntungan yang didapati itu dari hasil menggerakkan produk dengan tujuan sebenar, selalunya tak ada masalah. Keuntungan bukan atas “taja kepala”.

  • Assalamualaikum en. Zul. Saya harap encik pernah dengar tentang bisnes MOH Academy yang foundernya ialah Steven Yeam. Setakat yang saya tahu ia sebuah syarikat Hong Kong. Produknya ialah education digital marketing. Di sini sesiapa yang beli produk tu boleh jadi duta/ambassador yang perlu mencari downline juga. Ia ada ‘fixed income’. Sesiapa yang tak mahu jadi ambassador boleh untuk jadi subscriber (beli produk/portal digital marketing tu sahaja). Saya rasa bisnes ni ok. Tetapi bila google terlalu banyak benda2 negatif tentang MOH Academy ni. Apa pendapat en. Zul?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >