Peniaga Yang Amanah Bersama Para Nabi

by on November 10, 2015

Post image for Peniaga Yang Amanah Bersama Para Nabi

Wujudnya bisnes sebab setiap manusia ada keperluan. Keperluan manusia berbagai-bagai. Bermula dari lahir sampai mati, hatta nak dikebumikan pun ada keperluan. Tetapi setiap manusia tak mampu penuhi semua keperluan dan kehendak diri sendiri melainkan ada orang lain yang bantu penuhi keperluan mereka.

Di situlah perlunya ada orang berniaga. Kalau tak ada orang berniaga, semua orang akan susah. Macam susahnya nak cari barang keperluan bila semua kedai tutup pada hari cuti perayaan. Jadi, mulianya orang berniaga sebab dapat penuhi keperluan orang lain. Orang berniaga menjadikan hidup orang lain lebih baik. Ia boleh jadi amal soleh di sisi Tuhan. Tetapi syaratnya, mesti berniaga dengan jujur dan amanah sebab ‘nasib’ pembeli berada di ‘tangan’ penjual.

Kalau peniaga menipu, maka kebarangkalian besar pembeli teraniaya.

Nasib Pembeli Di ‘Tangan’ Peniaga

Dalam bisnes makanan, kalau peniaga makanan memasukkan bahan yang tak halal (sebab nak menjimatkan kos), maka pembeli akan makan makanan yang haram. Sebagai pembeli, mana kita tahu bahan yang dimasukkan dalam makanan itu halal atau haram kan? Kita membeli hanya atas kepercayaan kita, mereka adalah peniaga muslim.

Dalam hal timbangan, kalau peniaga kurangkan timbangan, maka pembeli teraniaya membayar lebih dari yang sepatutnya. Akhir-akhir ini tersebar dalam media sosial bagaimana peniaga menambah berat pada timbangan, hatta pada ayam, dan ikan sekalipun!

Dalam bisnes takaful, kalau ejen takaful ‘propose’ polisi yang tak kena dengan risiko sebenar ‘pembeli’ takaful, maka pembeli akan rugi ratusan ringgit setiap bulan membayar polisi yang mereka tak perlukan!

Dalam pelaburan emas, kalau penjual emas memberi nasihat yang salah tentang pelaburan emas, maka pelabur akan kerugian besar sebagaimana wujudnya skim-skim cepat kaya bertopengkan emas pada tahun 2014!

Dan begitulah juga dengan bisnes apa sekalipun…

Amanah Dalam Promosi

Dalam membuat apa-apa promosi, kalau peniaga buat promosi berbentuk hype (gembar-gembur berlebihan), maka pembeli bakal membeli produk yang mereka tak perlukan. Lepas beli baru menyesal.

Hal begini walaupun nampak remeh, tetapi Nabi s.a.w. memandang serius sehingga Baginda s.a.w berpesan;

“Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi peniaga amanah berpada-pada dalam membuat promosi. Promosi yang berlebih-lebihan akan menghilangkan keberkatan dalam bisnes. Dalam jangka panjang, ia boleh merosakkan bisnes. Promosi-promosi begitu sebenarnya menganiaya pembeli.

[Saya tertarik dengan penjelasan Ustaz Zaharuddin dalam isu testimoni berlebihan di Youtube  bertajuk “Haram Testimoni, Duta & Iklan Palsu – Dr Zaharuddin“]

Mulianya Orang Berniaga…

Sebab itu saya katakan, ‘nasib’ pembeli berada di ‘tangan’ penjual. Dan saya percaya, atas amanah yang begitu besar yang terletak di atas bahu peniaga inilah Nabi s.a.w. berpesan;

“Peniaga yang benar dan amanah (akan ditempatkan) bersama dengan para nabi, siddiqin dan shuhada (di Syurga)” – Hadis direkodkan oleh At-Tirmizi, bertaraf ‘hasan’

Nabi, siddiqin, dan shuhada’ adalah golongan yang ‘rare’. Golongan ini tak ramai. Dan begitulah juga dengan peniaga yang amanah. Ia peniaga yang rare. Dalam pemerhatian saya, kalau ada 10 peniaga, mungkin hanya satu atau dua sahaja peniaga yang benar-benar amanah, yang benar-benar ambil berat tentang kepentingan pelanggaan dan pembeli.

Selebihnya, hanya mementingkan kepentingan diri dan poket sendiri melebihi kepentingan pembeli.

Peniaga Amanah Untung Berganda

Tetapi percayalah, akhirnya yang akan benar-benar kaya, berjaya dan bahagia dalam perniagaan ialah peniaga yang jujur lagi amanah. Walaupun bisnes mereka mungkin lebih lambat berkembang, tetapi bisnes mereka akan bertahan lebih lama berbanding mereka yang tak jujur dalam perniagaan.

Dan inilah yang saya ingatkan kepada dealer-dealer emas Public Gold di bawah bimbingan saya. Saya bukan sahaja mahu melahirkan peniaga emas, tetapi peniaga emas yang amanah dalam urusniaga supaya pembeli mendapat bimbingan yang betul.

Jadi kalau berniaga, berniagalah yang betul, berniagalah dengan betul, dan berniagalah betul-betul. Mudah-mudahan kita semua berjaya Dunia dan Akhirat… Perniagaan yang kita usahakan itu akan jadi amal soleh untuk kita menghadap Allah s.w.t. nanti. InsyaAllah…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
9 November 2015
27 Muharram 1437H

[Kredit foto : mohdshahizal.com]

{ 11 comments… read them below or add one }

1 mohd azinuddin Abdullah November 11, 2015 at 9:54 am

noted sifu

Reply

2 fiza November 11, 2015 at 3:02 pm

As salam,

Encik Zul,

1) Antara pelaburan emas, dinar dan perak, mana lagi baik?
2) Bagaimana cara nak simpan emas di safe deposit box Public Gold?
3) Saya ada terbaca teknik pajak emas di arrahnu untuk selesaikan pinjaman kereta dalam masa beberapa tahun saje. Tapi saya kurang faham teknik ini. Sekiranya encik tahu mengenai teknik ini, harap tak keberatan untuk berkongsi.

Terima kasih.

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie November 11, 2015 at 5:56 pm

Wslm Pn. Fiza,

1. Dinar tu syiling emas. Dinar dan perak masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Puan boleh baca artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2014/05/5-tips-pantas-fahami-pelaburan-silver.html .

2. Safe deposit box Public Gold hanya ada di Penang. Puan boleh dapatkan maklumat lanjut di http://www.publicsafe.com.my/ .

3. Kaedah tu merugikan berdasarkan pengiraan yang saya buat.

Wallahu a’lam.

Reply

4 skyfun November 12, 2015 at 11:16 am

kt tempat sy berniaga burger,isi dlm burgernya cuma diletakkan salat dan sedikit sos tetapi harganya sama dgn harga orang lain.apakah ini juga dikira tidak amanah?yg menghairankan custumernya x putus2 dtg..

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie November 12, 2015 at 5:46 pm

Tak amanah dan strategi kawal kos tu isu berbeza.

Reply

6 Mohammad Saifullah bin baharin November 16, 2015 at 9:45 am

Minta share tuan, suka ayat dan susunan yg Tuan coretkan:-)

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie November 16, 2015 at 10:17 am

Silakan En. Saifullah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

8 Rosfan November 16, 2015 at 8:52 pm

Assalammualaikum wbt.

Memang betul tu En. Zul, berniaga mesti kena amanah. Setiap sen kena ambik kira jangan terambil sedikit pun hak pelanggan. Itu yang selalu kawan-kawan cakap. Walaupun kami masih makan gaji prinsip tu kami cuba praktikkan dalam bekerja. Insyaallah…

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie November 18, 2015 at 10:07 am

Wslm En. Rosfan,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

10 norazlan February 28, 2016 at 9:08 pm

ASSALAMUALAIKUM tn zulkifli, mohon share utk masukkan dalam page fb saya.. jazakallah

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2016 at 10:47 pm

Wslm En. Norazlan,

Silakan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: