Semua Orang Tuhan Jadikan Pandai

by on May 24, 2016

Post image for Semua Orang Tuhan Jadikan Pandai

Anak saya darjah 1 rasa dirinya kurang pandai, sebab dia di kelas C. Katanya, pelajar yang pandai semuanya di kelas A. Saya beritahu dia, Tuhan ciptakan manusia semuanya pandai, cuma kepandaian manusia tu berbeza-beza. Cikgu pandai mengajar, tetapi kalau kereta cikgu rosak, dia terpaksa hantar kepada pomen.

Saya tanya anak saya, pomen tu pandai atau tak pandai? Jawabnya, “pandai juga”. Jadi begitulah Tuhan jadikan manusia. Kita semua pandai dan saling bergantungan. Kita tak boleh hidup hanya dengan kepandaian sendiri. Kita perlukan kepandaian orang lain untuk dapatkan keperluan hidup. Jadi pada setiap orang itu, Tuhan telah anugerahkan kepandaian masing-masing.

Anugerah Kepandaian Berbeza-beza

Cuma di sekolah, kepandaian tu diukur pada siapa yang dapat jawab exam dengan baik. Bagi sesiapa yang tak dapat jawab dengan baik, dia juga pandai cuma kepandaiannya mungkin dalam bidang berbeza, atau dia dalam proses menjadi pandai.

Untuk mendorong anak-anak terus maju, saya fokus perbetulkan MINDSET dan SIKAP mereka tentang pelajaran di sekolah. Saya jarang luangkan masa mengajar mereka tentang subjek di sekolah. Pasal subjek, biarlah mereka belajar dari guru atau dia explore sendiri. Saya mahu membentuk jati diri mereka sebagai orang yang berjaya.

Fokus Pada Kelebihan

Saya percaya, Tuhan anugerahkan kelebihan kepada setiap daripada mereka (termasuk juga setiap daripada kita) cuma kelebihan itu belum nampak di mana. Orang yang berjaya bukanlah orang yang mempunyai kekurangan, sebab setiap orang pasti ada kekurangan. Orang yang berjaya ialah mereka fokus memanfaatkan kelebihan yang Tuhan berika kepada mereka.

Jadi saya selalu nasihatkan anak-anak; pergi sekolah fokus dapatkan ilmu. Belajar betul-betul kerana ilmu, bukan kerana exam. Saya tak risaukan sangat tentang exam. Dapat markah berapa pun saya tetap bangga dengan mereka. Saya mahu mereka seronok belajar dan dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Bila fokus pada ilmu, saya percaya suatu hari nanti mereka mesti boleh jawab exam dengan baik dan pasti berjaya pada masa depan, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
23 Mei 2016
16 Syaaban 1437H

[Kredit foto : cindytansin]

{ 14 comments… read them below or add one }

1 Cikgu Zaidi Razali May 24, 2016 at 5:00 am

Tahniah tuan atas nasihat TERBAIK yang tuan berikan kepada anak tuan.

saya yakin sekiranya semua ibu-bapa melakukan perkara yang sama seperti tuan, anak-anak di sekolah akan bersemangat untuk belajar.

mentaliti “kejar cemerlang exam sahaja” telah melumpuhkan majoriti anak-anak di sekolah. tetapi jika dibetulkan mindset kepada FOKUS ILMU dan KERANA ALLAH, pasti Majoriti cemerlang..

kerana ilmu yang diajar dan dialami disekolah adalah pelbagai. bergantung kepada anak itu mahu belajar atau tidak.

saya selalu nasihat pelajar supaya belajar apa yang diajar disekolah..belajar bukan terhad di dalam kelas, termasuk pergaulan,kokurikulum, kepimpinan,hubungan sosial… pendek kata, sekolah tempat latihan kehidupan sebelum menempuh cabaran sebenar kehidupan..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie May 24, 2016 at 9:15 am

Alhamdulillah.

Terima kasih Cikgu Zaidi.

Betul, sekolah adalah tempat latihan kehidupan sebelum menempuh cabaran sebenar kehidupan. Itu mindset yang betul tentang pendidikan disekolah.

Reply

3 mohd azinuddin Abdullah May 24, 2016 at 10:58 am

Sangat setuju.
Bina mindset yang betul untuk kehidupan, bukan sekadar mengejar kejayaan dalam exam yang bersifat hafalan dan luahkan..habis exam…lupa dah huhuuu..itu dulu2 la. System sekarang dah beza kot.

Tahniah buat Master Dealer terpantas Ampang. Mohd Zulkifli Shafie

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie May 24, 2016 at 4:58 pm

Alhamdulillah.

Reply

5 Sabri May 24, 2016 at 12:43 pm

Ya tepat sekali…belajar main pun tak sempat zaman budak2 sekarang akibat kejar akademik :)

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie May 24, 2016 at 4:58 pm

Betul Tuan Sabri. Kesian anak-anak zaman sekarang. Tak macam kita zaman dulu yang sempat bermain macam-macam.

Reply

7 imran May 25, 2016 at 8:40 am

Bukan anak2 yang kejar akademik, tapi mak ayahnya. Masalahnya mungkin sebab nak berlawan dengan sedara dan kawan2. tak lupa juga mak ayah yang menyesal masa muda disiakan tidak belajar bersungguh2, jadi anak2 dijadikan sandaran.

Reply

8 asraf May 24, 2016 at 6:43 pm

Terima kasih berkongsi pengalaman,

Semoga terus berinpirasi Tuan Zul..

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie May 25, 2016 at 12:01 am

Sama-sama En. Asraf.

Alhamdulillah.

Reply

10 imran May 25, 2016 at 8:41 am

Ada lagi satu yang pandai. Pandai berkata-kata. :-)

Reply

11 azrai May 26, 2016 at 3:15 pm

Titah Sultan Perak harini.

“Tidak semua pelajar akan berakhir sebagai Presiden atau Perdana Menteri di sebuah negara atau menjadi Ketua Hakim di mahkamah atau Naib Canselor di universiti atau Ketua Eksekutif di syarikat ternama.

“Namun, setiap pelajar boleh dicanai menjadi aset berharga dan warga patriotik kepada negara dan bangsanya,” titah baginda.

Reply

12 azrai May 26, 2016 at 3:16 pm

Baginda bertitah bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni, pencapaian sesebuah sesekolah tidak boleh terlalu dipengaruhi dengan ukuran yang mirip kepada kuantiti atau taksub dengan markah peperiksaan.

“Melahirkan insan berjiwa murni lebih penting diutamakan daripada sekadar melahirkan insan berkelulusan akademik yang cemerlang.

“Semakin tinggi kelulusan pendidikan seseorang insan, semakin besar tanggungjawab yang diserahkan, menjadikan semakin perlu untuk insan tersebut disauhkan sifatnya dengan nilai murni,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, walaupun negara mempunyai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, aspek berkaitan nilai murni tidak harus dipinggirkan terutama dalam keadaan semasa yang semakin dipengaruhi materialisme.

Reply

13 hr June 6, 2016 at 10:26 pm

Terima kasih atas info yang sangat berguna ni,,,kita kena betulkan pemikiran kita terlebih dahulu sebelum kita membuat apa apa tindakan.. apa sahaja tindakan kita bergantung dengan apa yang kita fikir dan buat

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie June 8, 2016 at 5:27 am

Alhamdulillah. InsyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: